Jom Klik

Showing posts with label Info Kehamilan. Show all posts
Showing posts with label Info Kehamilan. Show all posts

Sunday, March 31, 2013

18 Mac 2013 Pengalaman Bersalinkan Anak Ke-5


Hari ke-6. 23.03.2013

Wah..akhirnya..baby selamat jugak jenguk ke dunia ini pada 18.03.2013 @ 07:31am, di Hospital Serdang, Selangor Darul Ehsan...

17 Mac 2013 - aku ambik Thuja untuk hilangkan racun antibiotik yg telah diambil pada 16.03.13 ketika sesi cabut gigi geraham ku itu....lepas itu atas nasihat Prof Dr Hamsiah, aku ambil Hypericum satu dos dan akhir sekali aku ambil arnica satu dos. 

Oleh kerana baby dah lepas due date, aku cuba bertanya2 kawan2 apa patut aku makan. Puan Nadya cadang ambik L8 - setiap jam sebiji sebanyak 3 biji. Aku pun buat perkara yang sama pada 17.01.13..Bermula pukul 09.45am, ambil sebiji L8, 10.45am - ambil sebiji lagi L8 dan yang terakhir L8 diambil pada pukul 11.45am.

Start malam lebih kurang pukul 11.30 ke atas...dah rasa contraction tapi masih boleh bertahan lagi...  

Aku cuba nak tidor kat bilik atas tetapi tidak boleh melelapkan mata. Akhirnya aku turun dan tidor kat bawah sorang. Tetapi bermula dari pukul 3.00 am, perut ni asyik sakit sahaja setiap 5 minit sekali contraction dirasakan...tetapi sempat juga aku terlelap..akhirnya kul 03.30am aku sudah tak boleh melelapkan mata disebabkan rasa sakit yang 5 minit sekali tu...

Perut rasa memulas macam nak buang air besar, aku cuba tahan tapi sampai berpeluh2..tak boleh jadi ni...aku masuk toilet..check..tiada tanda darah pon. dalam takut2 tu aku berjaya juga membuang isi perut...

Oleh kerana melalui pembacaan kalau jarak contraction berlaku setiap 5 minit, kita sepatutnya sudah bergerak ke hospital..so aku cuba telefon Encik Suami tetapi langsung tidak dijawabya...

Akhirnya aku naik jugak ke atas untuk mengejutkan suami. Aku mengajaknya ke hospital kerana merasakan macam sudah nak bersalin. Suami pada mulanya enggan pergi kerana merasakan aku main-main jer...Dia tanya dah ada tanda ke? Aku bgtau dia dah ada keluar tanda darah sket (BOHONG SUNAT - tak de pun)....kalau akau cakap tak de...mesti dia tak nak pergi..sedangkan aku rasa sakit dah lain macam ni...rasa nak berak jer..

Akhirnya suami bersiap jugak....pukul 5.00am aku buat air chocolatte dicampur dgn nestum untuk diminum tetapi tak habis pon satu mug, hanya separuh jer yg berjaya diminum...perut ni lagi sakit rasenyer...

Pukul 05.30am aku masuk bilik air untuk mandi dan rasa nak buang air besar lagi...aku buang air besar lagi sekali walau rasa cuak jgk takut terbersalin dalam toilet...dari mula masuk toilet sampai keluar dari toilet tu rasenya 3 kali aku menahan rasa sakit yg datang 5 min sekali tu...

Akhirnya...kami bersiap untuk ke Hospital Serdang...Danial dan Danish masih tidur, hanya Kak Ngah jer yang sudah bangun  dan bersiap untuk ke sekolah. Aku pujuk Kak Ngah supaya tidak ke sekolah pada hari ini dan beritahu dia mama hendak pergi ke hospital pagi ni...tetapi Fatin berkeras hendak pergi ke sekolah jugak...

Oleh kerana waktu Subuh dah masuk, aku minta suami solat Subuh dulu...aku dah tak larat nak solat dah...hanya Solat isyarat je la...akhirnya pukul 06.30am kami bertolak dari rumah...untuk mengelakkn jem....orang nak pergi kerja.

Sampai di Hospital Serdang pada pukul 06.50am.Sepanjang perjalananan hanya menahan sakit dan menahan rasa hendak meneran...sambil minum air dan baca tasbih nabi Yunos...sempat juga ambik B6...

Sampai jer terus daftar dan masuk PAC room, ambik tekanan darah, kencing dan disuruh tunggu di katil. Misi di situ suruh aku baring tapi akak tak leh nak baring dah misi oiii...rasa nak berak ni...Misi tanya kenapa ni puan? Saya rase sakit dah 5 minit sekali sejak pukul 3 pagi td lg...ni. 

Misi mohon kebenaran nk buat VE. Selepas selesai VE, dia memberitahu doktor yg tengah check pesakit sebelah katil aku - dah 7cm...doktor pun kelam kabut dan beritahu nak buat buat prosedur utk pecah air ketuban, tapi doktor pun buat VE lagi sekali..katanya dah full - dah 10cm..tak yah buat prosedur tu, terus bawak ke labor room..

Setelah menukar baju uniform hospital aku terus ditolak ke labor room sambil Misi terus menghubungi suami tentang situasi aku.

Di labor room ada 2 orang misi yang sedang menunggu seorang Melayu dan seorang India. Aku pun beritahu Misi yang Melayu tu..aku rasa nak buang air besar ni..dia bagitau aku..kalau puan nak berak..berak jer...tak pe...eh aku confius plak...rupanya aku rasa nak teran baby tu..yang rase macam nak buang air besar tu...Misi tu beritahu...dah boleh teran..dan kita tak pecahkan air tuban ye..puan teran jer kalau ada rase nak teran...nanti air tuban tu akan pecah sendiri...

Aku macam tidak percaya jer aku sudah mahu melahirkan..sebab rase sakit yang aku rase tu tidak la semacam sebelum kelahiran anak pertama, kedua dan ketiga seperti sebelum ini.. Kesakitan ini masih boleh dikawal. Akhirnya setelah 2 kali teran...kepala baby dah selamat keluar dan misi suruh tahan sekejap bagi kepala baby pusing jap...dan mama boleh teran sekarang...aku pun teran la...akhirnya baby selamat keluar melihat dunia...

Baby diletakkan di atas dadaku...alhamdulillah...rasa bersyukurnya ke hadrat Allah kerana telah selamat melahirkan seorang insan lagi di dunia ini...Di dalam kepalaku terbayang...wah..awal pagi bersalin ni..tentu petang ni dah boleh keluar kalau tiada apa2 masalah...

....       

      

 

Saturday, March 23, 2013

Last Check Up on Due Date = 16 Mar 2013

Dari petang Selasa sampai Jumaat, 15.03.2013, kepalaku masih sakit dan gigiku sakit. Jumaat pagi tu memang aku hendak ke klinik gigi untuk buat scaling pulak sebab hari Selasa ari tu..aku confident jer mintak tampal gigi yang sakit tu.

Tapi kita hanya merancang, tuhan yang menentukan..si Danial demam dari petang Khamis lagi...so hari Jumaat pagi dia tinggal di rumah dan tidak boleh berenggang dengan mamanya langsung...takkan aku nak bawak si Danial ni ke klinik gigi kot. Aku menahan jer sakit gigi itu.....

Pada pagi Sabtu, 16.03.13..pagi-pagi lagi aku sudah mandi dan bersiap untuk ke klinik Jameotan dulu untuk buat last checkup dan sekiranya belum ada tanda hendak bersalin pada hari ini aku akan ke klinik gigi plak menguruskan kesakitan yang itu plak.

Sampai di klinik Jameaton sudah pukul 09.30am. Bila masuk ke dalam klinik terpampang nama doktor yang bertugas pada hari itu adalah Doktor Hairul..Aku tanya staff di situ Dr Jameaton tak de ke hari ini? Staff di situ beritahu : tak ade.

Aku mengambil keputusan untuk tidak membuat check up memandangkan doktor lelaki yang bertugas pada hari itu..Aku hanya akan ke klinik Jameaton pada hari Isnin depan, 18.03.2013 untuk checkup sekiranya belum bersalin lagi.

Aku terus ke klinik gigi Alam Putra ke apa namanya di Taman Equine tetapi malangnya klinik itu tutup.

So aku call suami dan minta dia teman gi klinik Lisa Alis di bandar baru Bangi. Kami sampai di Klinik Lisa Alis dalam pukul 11.30am dan alhamdulillah tidak ramai orang. Aku pun tidak perlu menunggu lama. Bila jumpa doktor aku pun terangkan masalah aku kepada beliau dan moho pandangan. Aku minta dia buat scaling dulu dan check mana2 gigi aku yang berlubang. Aku juga maklumkan bahawa hari ni due date bersalin aku dan kalau boleh aku tak mahu cabut gigi.

Doktor nasihatkan aku cabut sahaja gigi geraham aku yang paling hujung kat bahagian bawah kerana mengalami masalah berlubang tambahan pula gigi itu sebenarnya tidak berfungsi sangat..(ye ke?)..Aku tanya tak pe ke doktor saya dah nak bersalin ni..doktor bgtau - tak de masalah...

Maka beliau pun meneruskan tugasnya dengan membius gusiku..boleh thn sakit jugak kena bius ni..lepas tu dia tampal gigi hadapan yang juga berlubang..ish..banyaknya lubang..siapa la yang korek ni... lepas tampal baru dr buat scaling dan last sekali baru dicabut gigi gerahamku itu...

Balik ke rumah aku tidak boleh nak makan atau bercakap lagi..terus masuk ke bilik dan tidur...So..hari ni tk de check up for the baby...tapi checkup for the teeth... 

Due date = 16 Mar 2013

Iyer, due date bagi kehamilan kali ini mengikut pendapat doktor berdasarkan scan dan berat janin di dalam kandungan ku adalah pada tarikh ini 16 Mar 2013.

Aku sendiri telah mula bercuti dari 11.03.2013 (Isnin) lagi kerana sudah tidak larat untuk berjalan jauh dari parking ke pejabat di tingkat 2, Bangunan Putra Perdana, JPM itu..

Apatah lagi mengenangkan emakku yangterpaksa tinggal seorang di rumah kerana aku telah membawanya ke sini sejak minggu lepas lagi.

Aku sebenarnya mengharapkan kelahiran baby kali ini lebih awal dari tarikh jangkaannya...walaupun aku sedia maklum keempat-empat anakku sebelum ini semuanya hanya kan lahir setelah 40 minggu atau seminggu lewat dari tarikh jangkaan yang diberikan oleh doktor..

Hari selasa 12.03.2013 - aku mengalami sakit kepala..rupanya sakit giigi yang sudah 2 hari aku alami adalah penyebab sakit kepala itu. Aku baru sedar gigi aku berlubang pada petang semalamnya. Hari ini selepas aku mengirimkan barangan untuk adik iparku (Salindah set untuk kawannya) hati ini masih berbelah bagi..hendak ke klinik Jameaton atau terus ke klinik gigi...

Akhirnya aku terus memandu ke klinik gigi yang berdekatan dengan rumahku...Alhamdulillah tidak perlu menunggu lama dan aku terus dapat berjumpa dengan doktor untuk rawatan tampalan. Doktor beritahu hanya boleh buat tampalan sementara dan nasihatnya, aku kena buat rawatan akar jika mahu gigi ini diselamatkan. 

Alhamdulillah selesai sudah pening aku...

Sebelum balik ke rumah sempat aku beli cendol 2 bungkus...untuk aku dan emak..tapi bila sampai rumah aku tak boleh nak minum pon cendol itu.. doaku semoga aku tidak bersalin malam ini atau esok..sebab aku teringin sangat nak minum cendol itu..

Walaupun sudah ditampal gigi yang berlubang itu, sakit kepala masih belum hilang sampai badanku rasa panas...aku ambik ubat sendiri...Aconite...

Rehat..rehat..rehat..
  

 


Wednesday, March 13, 2013

39 minggu - Menunggu kehadiran orang baru

Hari ini genap 3 hari aku tidak pergi ke pejabat lagi..Badan dah tak larat sangat..Penat nak kerja...dari tempat parking nak pergi ambik pas keselamatan sehingga ke lif dan berjalan plak ke pejabat di Tingkat dua amat melelahkan...

Aku ambik keputusan bercuti awal...walau aku tahu..keberangkalian untuk bersalin awal tu cuma 5% sahaja sebab keempat2 anak sebelum ini semuanya overdue atau cukup-cukup 40 minggu..

Hari Isnin dan semalam kepala sakit, 2 malam juga gigi sakit tapi masih boleh tidur setelah disapu dengan minyak Morhabshi...Rupa2nya gigi geraham aku berlubang, petang Isnin baru perasan...

So hari Selasa selepas aku mengepos set Salindah untuk adik iparku di KL, terus aku ke klinik gigi berdekatan tempat tinggalku..dalam perjalanan berbelah bagi nak gi jumpa doktor gigi ke nak gi klinik Jameaton - sebab kepalaku masih sakit/pening...aku confius jugak...haih mana satu ni..malam-malam sebelum ni pon kontraksi macam nak bersalin tu sudah datang..tapi bila siang dia hilang  atau datang sekejap2 je...so aku decided selagi belum ada keluar tanda atau pecah air ketuban aku bertahan jer kat umah...

Akhirnya sampai jugak aku ke klinik PerGigian Poliklinik An  Nisa, Bandar Putra Permai. Selepas diperiksa oleh doktor aku dinasihatkan agar membuat tampalan sementara dahulu sebab aku tengah sarat dan menunggu hari je lagi..mengikut hasil pemeriksaan doktor gigi geraham aku tu dah sampai ke saraf rosaknya..kalau aku sayangkan gigi tu (tak nak cabut) maka dinasihatkan agar membuat 'Root Canal Treatment) selepas habis tempoh berpantang nanti...

So semalam dapat MC satu hari..Patut la kepala aku dah 2 hari sakit tak hilang-hilang...rupanya ada kaitan dengan gigi yang sakit ni...




Saturday, February 23, 2013

Enam Makanan Kaya Zat Besi dan Penambah Darah


Enam Makanan Kaya Zat Besi dan Penambah Darah


Nak berkongsi artikel ni dengan sahabat2 blogger dan siapa juga yang sudi singgah dan baca blog ini. Ia juga sebagai panduan untuk diri sendiri dan anak-anak di masa hadapan..

Kebetulan Doktor tekankan saya ni kurang zat besi dalam sel darah merah..so kena teruskan ambil vitamin Iberet Folic Acid dan makan makanan yang kaya dengan zat besi...

Saya baca dan kongsi dari JaringNews, kekurangan zat besi, boleh membuat kadar hemoglobin --yang menyalurkan oksigen ke seluruh tubuh-- dalam darah terganggu. Rendahnya kandungan besi di dalam tubuh penderita anemia menyebabkan sel darah merah yang dihasilkannya pun sedikit.

Pengambilan vitamin biasanya menjadi pilihan ramai orang agar tidak kekurangan darah. Namun, vitamin semata-mata tidak mencukupi, kita juga memerlukan makanan yang berkhasiat yang mengandungi zat besi agar sel-sel darah yang mengalir dalam tubuh kita terus meningkat.


1. Ubi Bit 
Ubi Bit mengandungi serat, zat besi, vitamin C, serta mengandung betacyanin yaitu zat kuat yang boleh melawan kanser usus. Ia juga mengandungi antioksidan yang telah dibuktikan boleh menurunkan total kolestrol dan meningkatkan HDL atau kolestrol baik dalam tubuh.

Protein yang terkandung dalam ubi bit diperlukan untuk meningkatkan sel-sel darah dan meningkatkan aliran darah. Ubi bit juga dapat membantu mengeluarkan racun dalam tubuh dan sebagai pembersih darah. Maka dari itu, masukkan Ubi bit dalam senarai diet anda. Ubi bit mempunyai sumber vitamin A dan akar ubi bit sendiri merupakan sumber vitamin C.

2. Klorofil (zat hijau daun)

Sayuran seperti bayam, seledri, brokoli, kubis dan kangkung sangat baik bagi tubuh. Klorofil (zat hijau daun) pada sayuran hijau merupakan pigmen dari tanaman yang warnanya hijau dan terdapat dalam kloroplas sel tanaman. Klorofil mempunyai struktur kimia yang hampir mirip dengan hemoglobin (sel darah merah), sehingga menurut penelitian para ahli gizi, klorofil bermanfaat untuk merangsang pembentukan sel darah merah pada penderita anemia.

3. Kacang Almond / Badam 

Kacang yang satu ini kaya dengan zat besi yang dapat meningkatkan aliran darah dalam tubuh. Satu auns badam sehari mencakupi enam peratus dari keperluann zat besi setiap hari.

4. Buah-buahan 

Para ilmuwan menyarankan orang yang mengidap anemia untuk rajin mengambil buah dan sayuran hijau. Tidak hanya bergizi, buah juga efektif dalam meningkatkan jumlah darah dalam tubuh. Buah seperti alpukat / avokado, tembikai, epal dan anggur boleh melancarkan aliran dalam darah tubuh.

5. Jamur tiram / cendawan tiram 

Setiap 100 gram cendawan tiram segar mengandungi 45,65 kalori, 8,9 miligram (mg) kalsium, 1,9 mg zat besi, 17,0 mg fosforus, 0,15 mg vitamin B-1, 0,75 mg vitamin B-2, dan 12,40 mg Vitamin C. Nah, cendawan juga mengandungi asid Folik yang cukup tinggi, dan disebut-sebut mampu menyembuhkan anemia.

6. Udang 

Mineral selenium dalam 100 gr udang segar cukup untuk memenuhi 54 persen kebutuhan harian, disusuli  fosforus (20 peratus), besi dan tembaga (masing-masing 13 
peratus) , magnesium (9 peratus ), zinc (7 peratus) , sodium (6 peratus), potassium dan kalsium (masing-masing 5 peratus), serta berbagai mineral penting lainnya.

Selain itu aku juga sedang makan ceraian B4 dan B5 (Set Salindah - keluaran ERA EDAR Marketing Sdn Bhd), minum Extra Virgin Olive Oil sesudu sebelum tidur dan sesudu sebelum sarapan...juga kadang aku ambil juga pati minyak Habbatussawda keluaran syarikat Morhabshi...

Semoga kelahiran kali ini depermudahkan dan baby sihat walafiat ...- InsyaAllah...



Tuesday, January 22, 2013

Kandungan sudah masuk Minggu ke 32

Salam kawan-kawan semua...

Sudah lama saya tidak bercerita pasal kandungan saya yang telah menginjak ke 32 minggu. 

Pinjam gambar dari babycenter

Last checkup kat klinik Jameaton pada04 Jan 2013 yang lalu. Semuanya ok sahaja, cuma doktor remind suruh makan Folic Acid Iberet dan jangan lupa pergi checkup kat Hospital Serdang 10 Jan nanti..

10 Jan 2013 - pergi Hospital Serdang untuk checkup (TCA 3 weeks). Ada ceramah kesihatan plak. Ambik darah untuk check paras Hg..tapi result tak dapat hari yg sama. Dr Madihah yang check aku kata, baby ok (scan), air tuban cukup, gerakan baby ok..Cuma kepala baby dlm kedudukan breech. Doktor cakap tak pe..kita tunggu sampai 36 minggu kalau masih kat atas nanti doktor akan tolong pusingkan kepala baby ke bawah.

Doktor juga bgtau suruh buat ujian darah untuk kencing manis masa 32 minggu nanti (sekarang la tapi aku tak sempat pergi lagi..hu.hu..) tekanan darah, continue with Iberet, juga ujian darah kena buat 2 minggu sekali dan kalau kurang dari bacaan 8 kena rujuk ke Hospital...adoiii...la takutnya..

InsyaAllah esok aku akan ke Jameaton untuk ujian MGTT tu. malam ni kena start puasa la esok nak kena ambik darah...waaa....


Monday, December 17, 2012

1st check up at Hospital Serdang

Pada pagi Isnin yang lalu bersamaan dengan 10 December 2012, dapat panggilan dari Klinik Jameaton. Pembantu klinik memberitahu bahawa hasil pemeriksaan darah Jumaat lepas didapati kandungan hb darah aku terlalu rendah cuma 6.9 sahaja.

Doktor minta aku datang ke klinik semula dalam minggu ini untuk sesi kaunseling...tujuan ambik darah ari tu untuk check samada ada kencing manis atau tidak...so tak de la kencing manis aku ni tapi hb rendah sgt la plak...

Aku decided untuk ke klinik pada pagi Khamis (13 Dec 12) tetapi pada ptg 12 Dec aku dapat panggilan telefon dari Cik Abang beritahu Bapa Saudaranya meninggal petang tu dalam kul 5 lebih.. So kami decided balik ke kampung malam itu kerana suami rapat dengan arwah dan keluarga sejak kecil lagi..

Sudahnya aku pergi ke klinik Jameaton pada pagi 14 Dec 12. Kul 08:10am aku dh sampai di klinik tersebut tetapi diberitahu doktor akan datang pada pukul 9 pagi...

Doktor tanya previous kandungan pun memang ada masalah macam ni ye? Ha ah aku mengiyakan..Doktor tanya hendak bersalin di mana? Aku beritahu hendak bersalin di hospital Serdang. Doktor advised pergi jumpa pakar tengok dia bagi rawatan macamana nanti boleh sambung check up kat klinik macam biasa kalau tak de masalah yang serius...

Doktor Jameaton bagi MC hari ini dan suruh aku terus dapatkan tarikh appointment dengan doktor pakar kat Hospital Serdang hari ni jugak..
 
Fuuuh..ingatkan dapat MC dari Klinik Jameaton dpt la rehat sket...rupanya kena pergi Hospital Serdang utk buat appointment ngan Dr pakar. Sekali misi kat klinik OnG kata terus pergi ke Dewan bersalin..jumpa dr ambik darah atau masuk darah..ikut apa kata doktor kat sana..Ok...la..

Aku beritahu suami kena pergi ke dewan bersalin untuk ambik darah atau masuk darah..tengok la apa kata doktor kat sana...Kul 11:08am isi borang pendaftaran..pas tu masuk kat dalam PAC tu..kena buat checkup macam orang pregnant  biasa buat..ambik tekanan darah, urin test..test jantung baby..scan baby bagai..jumpa pakar...dia tanya aku makan ubat apa..aku bgtau Obimin je yg warna pink tu..tapi ingat nak tukar kepada Iberet Folat 500.. doktor tu cakap ha..bagus..lepas ni ambik Iberet Folat tu...nanti kita ambik darah dah tunggu keputusan kalau bacaan 5 kena masukkan darah, kalau atas 5 tidak perlu sebab kandungan masih awal lagi...

Selesai ambik darah kul 12:25pm. Doktor kata kena tunggu result darah dalam sejam..klu hb 5 kena masuk darah terus..kalau atas 5 boleh balik..tunggu dekat 5 jam kot..kul 5 baru boleh balik...hu..hu..boring giler..aku tanya nurse kat situ boleh tak saya nak keluar makan jap (dlam pukul 3 dah masa tu..) dia kata suruh suami je belikan makanan..adoi la...aku bukan sakit nak bersalin ...misi woi..

So aku dah boleh balik...nurse tu pesan sebab dah pukul 5 tk sempat nak set appointment. Dia suruh aku cal hospital Isnin depan utk appointment lagi 3 minggu.

Tel Encik suami mntk ambik..kul 6 pm baru sampai - jem orang balik kerja...letihnya bila sampai rumah...



Monday, December 10, 2012

Checkup bulanan ke 5 - Sudah 25 minggu

Rutin bulanan diteruskan pada 7 Disember 2012 pada pagi Jumaat yang lepas. Malam Khamis tu aku kena puasa...tapi kul 10:30pm kawan datang hantar durian crepe yang aku order..alamak..nak makan ke tak ni?

Akhirnya aku makan juga sebantal durian tu kongsi bersama anakku Fatin...emmmm sedapnya..selebihnya kusuruh Fatin simpan di dalam peti sejuk..

Last aku minum air pukul 11:30mlm..pas tu puasa la sampai esok paginya...

Pagi Jumaat tu aku ke klinik Jameaton untuk check up bulanan. Bila tiba giliran...doktor ambil darah dulu selepas ambil darah, di hdapanku ada 2 gelas air..doktor suruh minum sampai habis..rupanya itu la air gula yang hendak buat ujian paras gula dalam darah selepas dua jam nanti..nasib baik air gula tu ada perisa oren..sedap juga la..tak de la aku rase nak termuntah..lepas habis segelas tu aku minum pula air masak  segelas sebagai bilasan kata doktor tu...

Berat aku naik sekilo dari sebelumnya.Baby pon dah 800gram..sekarang dia duduk melintang, kepalanya di  sebelah kiri perut aku...tapi doktor kata masih terlalu awal tak pe..biar dia bebas nak dok macam mana pun...
Aku balik rumah dan rehat sekejap..kul 11:25am aku ke klinik semula untuk ambik darah kali kedua..setelah selesai, doktor kata kalau ada masalah pihak klinik akan menghubungi aku semula..Jika tiada panggilan dari klinik maknanya - aku tiada masalah la...so aku pun terus ke opis di Putrajaya tetapi sempat juga aku singgah di MyMydin untuk beli roti dan air - lapar siut...tapi sebenarnya keluar je dari klinik tu aku dah tibai 2 bantal durian crepe..amboi...nikmatnya...sedapnya....wallah..ye la semalam makan sket je kongsi ngan Fatin plak...

Kudoakan semoga semua dipermudahkan Allah..Jangan la ada masalah kandungan kali ini..Semoga baby sihat dan selamat dilahirkan secara normal...insyaAllah di Hospital Serdang seperti yang dirancang...Aaamin...

Saturday, December 8, 2012

Checkup bulanan ke 4 - 21 minggu dah

Pemeriksaan bulanan masih di klinik Jameaton, Bandar Pinggiran Putra. Aku pergi pada 06 November yang lalu..Keluar rumah kul 08:15 sampai klinik belom 8:30am lagi. doktor pon belum sampai...Aku orang kedua.

Alhamdulillah checkup kali ni cepat jer, 09:15am dah habis. Sepatutnya nak ambik darah dan buat pemeriksaan kencing manis tapi sebab aku tak berpuasa maka tidak boleh dibuat pemeriksaan itu.

So, untuk next check up, doktor nasihatkan berpuasa dari malam pukul 12 malam sebelum checkup esoknya dah tak boleh minum air dan makan...


Kali ini aku berjaya download video baby dalam perut ini. Terima kasih doktor bagi download masuk dalam pendrive tanpa dikenakan bayaran..It is free...

InsyaAllah baby GIRL kali ini...Berat badan aku maintain jer tak naik tak turun sama seperti bulan lepas...71.5kg...tapi berat baby naik...it is ok..kata doktor..

Tuesday, October 23, 2012

Checkup ke 3

Alhamdulillah. Masa kunjungan utk checkup bulanan buat kali ketiga pada 6 Oktober yg lalu tiada apa2 masalah. Cuma bln dpn dr nk ambik drh lg sekali sbb hb yg ari tu cuma 8.7. Dr jg akan buat ujian kencing manis memandangkan umur aku yg agak lanjut. Alamak takutnya sbb aku ni suka sgt mkn gula gula hacks. Buat masa sekarang aku ambil jus delima sbg tambahan agar kandungan drh merah bertambah dan tiada masalah serius. Juga semoga baby yg di dalam sentiasa sihat. Aku juga masih mengambil B1, ceraian Salindah. Jom tengok gambar baby 17 minggu.



Wednesday, September 26, 2012

1st and 2nd checkup at Jameaton Clinic

Salam semua...

1st checkup aku pada 8 Ogos yang lalu masa bulan Ramadhan. Kata doktor kalau ikut tarikh LMP - usia kandungan sudah 11 minggu tetapi bila scan, diukur - doktor menyatakan usia kandungan baru 8 minggu...

So, 2nd checkup selepas Raya hari tu pada 09 September 12. Oleh kerana suami sibuk mengemas rumah KONONnya ada sedara nak datang beraya pada hari yang sama, makanya aku pergi checkup dengan ditemani 2 orang anak teruna dan seorang dara..Kak Long tak de, dia pergi sekolah ada kelas tambahan.

MasyaAllah, ramainya orang yang datang buat checkup pada hari Sabtu..Aku sampai ke klinik dalam kul 11 lebih..Mak ai lamanya sensorang jumpa doktor...Ingatkan checkup kat swasta cepat la...Dengan kerenah anak bujang 2 orang itu yang buat klinik itu macam rumah dia sendiri...masuk kat kawasan kaunter klinik sesuka hati...haih....anak-anak....inilah 1st time aku bawak korang gi klinik..lepas ni sorry la...

Nak beli makanan pun tak de plak kedai runcit yang berhampiran ...yang ada cuma kedai makan. Akhirnya aku suruh Fatin beli air milo ais bungkus 3.

Pukul 1 lebih baru aku dipanggil untuk berjumpa doktor...Semua anak-anak sibuk nak masuk juga..padahal di klinik itu disediakan 'taska' a.k.a. taman permainan untuk bebudak..

Masuk je ke dalam bilik doktor, Danish Lukman meluru naik atas katil dah baring...Eh..eh...macam dia plak yang mengandung...gelak  dan senyum jer doktor tu tengok gelagat anak aku. Then doktor scan baby..masa ni baby dah 13 minggu, 1 hari...anak-anak sibuk tanya baby boy ke girl..Doktor tanya Fatin nak baby apa kali ini? Cepat jer Fatin jawab: saya nak baby girl...kenapa? Baby boy nakal sangat...ha.ha..ha..macam la ko tu tak nakal...ye..

Doktor beritahu belum nampak lagi jantina baby..tunggu next check up...Doktor kata...uri kat bawah ni...tengok next checkup macam mana...ish..risau jugak aku..sebab setahu aku kalau uri kat bawah...confirm tak boleh bersalin normal...kena operate..tak nak...

Doktor ambik darah hari tu..tapi next check up baru boleh tahu..samada hemoglobin ok ke tak...Harap-harap ok la...Next check up adalah pada 06 Oktober 2012.

Danish tak nak keluar dari bilik doktor...dia nak baby..dia suruh doktor keluarkan baby dari perut mama...Ah..sudah...kenapa la sorang budak ni perangai pelik...walau sudah aku terangkan pada dia baby ni masih kecik tak boleh keluar dr perut mama lagi..kena tunggu dia besar dulu  nanti baru boleh baby keluar..

Tak...nak..yayat tak nak baby besar..yayat nak baby kecik...Last-last kami tinggalkan dia bersama doktor..

Puas pujuk dia nak ajak balik...haish...anak..anak..macam-macam pe'el iyer..Sabor la....

Sekian...akhirnya pukul 2 lebih baru sampai ke rumah...


Perkembangan janin - hamil 15 minggu





Perkembangan janin - hamil 15 minggu

Salam semua kawan-kawan blogger..Saya sambung balik artikel yang pernah saya kongsikan dari http://www.babycenter.com.my sedikit waktu dahulu. Last entry..Info kehamilan bertarikh 13 January, 2011 dan tajuk n3 -PERKEMBANGAN BAYI DARI BULAN KE BULAN {5-6 BULAN}

Untuk pengetahuan semua..artikel ini disambung penulisannya kerana penulis sekaraang sedang mengandung 15 minggu (anak ke-5). Tak sangka di usia begini Allah masih mengurniakan rezeki untuk kami menimang zuriat yang kelima...InsyaAllah...

Oleh itu, walaupun artikel last tu sudah lebih setahun berlalu dan telah menerangkan perihal janin / kandungan semasa berusia 5-6 bulan...Hari ni saya nak mula semula pada minggu ke 15 selari dengan kandungan saya yang seusianya...moga ianya menjadi diari kehidupan saya di samping panduan untuk blogger yang lain...

"Anda mungkin tidak sedar ianya berlaku, tetapi penghuni kecil anda kerap tersedu-sedu, satu perlakuan yang dikuasai bayi sebelum bernafas. Bayi tidak mengeluarkan sebarang bunyi sebab trakea mereka bertakung air dan bukan udara.

Walaupun badan anda telah naik berat antara 5 ke 10 paun / 2.2 ke 4.5 kilogram, berat fetus anda hanya sekitar 2.5 auns / 70 gram. Panjangnya dari mercu kepala ke punggung hampir 4 inci / 11 sentimeter. Kaki membesar sehingga lebih panjang dari lengan, kuku sudah terbentuk sempurna dan semua sendi dan anggota boleh bergerak. Anda mungkin dapat mengetahui jantina bayi anda dengan ujian ultrasound, sebab genital luarannya sudah berkembang sehinggakan doktor sudah dapat memberitahu anda samada anak itu lelaki ataupun perempuan.

Jika sebelum ini idea yang anda akan mendapat seorang bayi itu belum begitu nyata, anda akan betul-betul sedar yang ini satu hakikat apabila bayi anda bergerak untuk pertama kali. Ramai bakal ibu merasakan pergerakan (diberi nama 'gerakan pertama' di antara minggu ke-16 hingga minggu ke-20. Jika anda sudah biasa hamil, anda akan menyedari perkara-perkara seperti ini lebih awal lagi. Yang anda sangkakan perut berderam-derum mungkin bayi anda bergerak tunggang terbalik. Rekodkan bila anda mula merasakan pergerakan bayi dan beritahu doktor anda apabila berjumpa dengan dia nanti. Kehamilan di tahap pertengahan ini adalah masa yang baik untuk anda mula bersenam.
Nota: Pakar-pakar menyatakan bahawa setiap bayi berkembang secara berlainan - walaupun semasa dalam kandungan."

 

 

Thursday, January 13, 2011

PERKEMBANGAN BAYI DARI BULAN KE BULAN {5-6 BULAN}

sAlAm semua.....

Sambung lagi cerita pasal kandungan pada bln kelima dan keenam plak kali ni ye...

*BULAN KELIMA*

Bayi anda ketika berusia 20 minggu di alam rahim
 
Degupan jantung bayi boleh didengari jelas dengan menggunakan stetoskop. Pegerakkannya lebih kuat dan mudah dirasa.Panjang bayi kini kira-kira 10 inci (25 cm) dan beratnya kira-kira ¼ paun (227g) .


*BULAN KEENAM*

Ha...kalau mengandung anak kembar begini la agaknya - kedua bayi anda di dalam
 
Perut anda semakin besar manakala pegerakan bayi betambah kuat.Kulit bayi kelihatan merah dan berkerut.Panjangnya kira-kira 12 inci (30g) dan beratnya kira-kira 1 ½ paun (680g). 

Tapi kalau ada satu je baby/janin macam kat bawah ni la keadaannya leih kurang....

Ala comelnya...dia. Baik je kan....   



Masa ni selalunya bayi anda telah aktif menendang atau membuat aksi-aksi lasak yang kadang-kadang menggelikan hati kedua ibu bapanya..Tidak kurang juga kadang2 menyebabkan ketidakselesaan ibu-ibu...banyakkan la berinteraksi dengan bayi anda ya...


Cadangan makanan tambahan untuk ibu-ibu hamil.
PERINGKAT HAMIL :
MULAI MINGGU KE 24 HAMIL
 
*GUNA KAN B2 *
B2 - adalah satu ceraian dari set Salindah seperti di dalam gambar ini.

KHASIAT :
Membekalkan zat untuk tumbesaran tian serta menguatkan tulang dan membina otak tian. 
Menambah selera makan dan menambah darah.
Menghilangkan sengal tulang dan kebas anggota kaki dan tangan. 
Mencegah serangan sejuk dan sakit gigi. Mencegah Osteoporosis.

Sekian dulu...akan bersambung di n3 yang akan datang...da..da...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nak Order / Beli barang? Sila isi borang dulu ye..

Name:
Phone No / Tel:
Email Address:
Sila jelaskan nama barang dan kuantiti
Alamat
Total kena bayar

Put a website form like this on your site.

Followers