Jom Klik

Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Saturday, March 23, 2013

Pizza oh pizza

Ni entry tertangguh sebenarnya...buat sebelum bersalin ari tu...

Mama...yayat nak makan Pizza...bila mama nak buat?
Alahai....esok ye...ni dah malam ni...nanti kita suruh Papa beli sosej ngan cheese ye...

Sebelum dibakar
Selepas dibakar..nyumm..nyumm..
     
Dapat 2 biji pizza tapi yg ni over cooked sket..
 Alhamdulillah..lepas la keinginan si anak bujang itu...

Thursday, June 21, 2012

kek Zebra..

ZEBRA CAKE
Sumber: Jo's Deli Bakery
Menghasilkan 1 loyang 8" bulat

Bahan-bahannya
6 biji telur yang kecil (Diana gunakan 4 biji telur Grade B)
110 gram gula kaster
150 gram tepung kek
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu besar ovalette
100 gram mentega, dicairkan
30 gram susu pekat manis
1 sudu teh esen vanilla

2 sudu teh serbuk koko
3 - 4 sudu besar air
1 sudu teh coklat emulco

Hirisan badam/ badam cincang

Cara-caranya
1. Panaskan ketuhar pada suhu 170 darjah C. Lenser dan salutkan tepung pada loyang bulat 8".
2. Ayak tepung dan baking powder. Ketepikan.


3. Pukul telur, tepung yang telah diayak, gula kaster dan ovalette dengan kelajuan tinggi selama 10 minit atau sehingga adunan tepung menjadi pekat dan kental.


4. Masukkan mentega cair, susu pekat manis dan esen vanilla dan putar menggunakan kelajuan perlahan sehingga sebati.
5. Bahagikan adunan kepada dua bahagian dan warnakan coklat pada satu bahagian.
6. Menggunakan sudu besar, sendukkan 3 sudu besar adunan plain pada tengah loyang dan kemudian 3 sudu besar adunan coklat. Selepas setengah adunan sendukkan 2 sudu besar dan kemudian seterusnya 1 sudu besar pada akhir aduanan habis. Mulakan dengan adunan plain dan akhirkan juga dengan adunan plain.


7. Taburkan dengan hirisan badam/ badam cincang dan bakar pada suhu 170 darjah C selama 35 minit.
8. Biarkan kek sejuk selama 10 minit selepas dibakar dan kemudian boleh dikeluarkan dari loyang pembakar.

Nota:
1. Jangan gantikan susu pekat manis dengan susu segar/ UHT kerana ini akan membuat adunan tepung menjadi cair dan susah bila hendak melapis.
2. Air yang dicampurkan dengan serbuk koko dan coklat emulco boleh digantikan dengan susu segar.
3. Elakkan menggunakan tepung gandum/ tepung serbaguna, jika boleh. Bila memukul tepung pada kelajuan tinggi, gluten dalam tepung akan membina dan ini akan menyebabkan anda mendapat kek yang kenyal bila digigit.
4. Bila menggaul cecair coklat kedalam adunan, gaul satu arah pusingan dan jangan keterlaluan yang mungkin akan mengakibatkan adunan menjadi cair.
5. Sebaiknya mulakan dan akhir proses melapis dengan adunan plain.








Tuesday, April 10, 2012

Kek Karamel Keju Coklat / Caramel Chocolate Cheese Cake

Alhamdulillah...1st trial untuk membuat Caramel Chocolate Cheese Cake menjadi gak...dlm BM - Kek Karamel Keju Coklat..kut... biasa buat Kek Karamel biasa je..



Slice kek..kurang menarik..corak tk jelas...
(A) Bahan (Gula Karamel) :
**2 sudu besar gula pasir  
Cara-Cara:-
Taburkan pada loyang yg diltkkn di atas api sederhana..biar gula cair dan keperangan. Terus tutup api dan ratakan gula di dlm loyang. Letak ketepi.

(B) Bahan Puding Karamel :-
 3 biji kuning telor + 2 biji telur (aku guna 3biji kuning telur + sebiji telur)
1 cawan susu cair 
 3/4 cawan susu pekat manis
1/2 sudu teh esen vanila

Cara-Cara:-
1.Kacau sebati semua bahan (kacau perlahan je)
2.Tapiskan dan tuang atas gula karamel/gula hangus tadi.
3.Ketepikan. 

(C) Bahan Kek Coklat Keju:-
3 scoop 'ChocoLatte' - keluaran ERaEdar Sdn Bhd
135ml air + 3 scoop susu bio lac (EraEdar sdn Bhd).
7 susu besar gula
50ml minyak masak 
2 keping keju Cheesedale..(kalau nak lg sedap..boleh tambah lagi)
120gm tepung kek
1 sudu teh soda bikarbonat 
2 biji kuning telur - kacau dgn garfu/. 

Cara-Cara:-
1.Campurkan dalam periuk 'ChocoLatte, air susu, gula dan minyak masak.  Masak sambil dikacau selalu dengan api perlahan hingga semua bahan larut. Sejukkan sebentar.
2.Masukkan kuning telor yang telah dikacau tadi ke dalam adunan coklat, kacau sebati.
3. Kelap dariemudian masukkan tepung dan kacau dengan senduk atau spatula jer. Kacau sebati semuanya.

(D) Meringue:-

5 biji putih telur
70gm gula halus
1 sd teh cream of tartar.

Cara-Cara:-
1. Pukul putih telur pada kelajuan tinggi 2 minit, kemudian masukkan gula halus sedikit demi sedikit sambil terus pukul telur. Tambah cream of tartar..pukul sampai berkilat dan bertanduk.
2. Campurkan adunan meringue ini dengan adunan kek coklat td, gaul secara kaup balik guna spatula atau senduk..boleh bahagi 2 bahagian, letakkan perisa coklat dan pewarna coklat  dgn warna lebih gelap dan boleh mula melapis di atas loyang berisi puding karamel td..
4.Tuang ke atas adunan puding karamel tadi perlahan-lahan.
5.Bakar pada suhu 160 C selama 1 jam secara "bain-marie" hingga kek masak sepenuhnya. 

Sejukkan lebihkurang setengah jam atau lebih baru diterbalikkan ke dalam pinggan sesuai.

Tadaaa...Selamat mencuba...dan Selamat maju Jaya..





Monday, February 13, 2012

Kek Karamel @ Caramel Cake

Alhamdulillah akhirnya aku berpuashati juga dengan karamel kek yang aku buat sendiri...Ini adalah kali ke 5 kot..aku membuatnya...ada sekali tu tk jd keknya bantat mungkin terlalu lama semasa gaul nak sebatikan warna..maklum la nk buat kek ala-ala pelangi...



Terima kasih Kak Ina, atas tunjuk ajar walau hanya melalui skype..Aku dah lama teringin nak merasa kek karamel hasil tangan Kak Ina. Alhamdulillah hasil pertemuan kami sempena Kick Off Meeting company kat Tropicana Golf n Country Resort pada 13 Januari yang lalu..dapat juga aku merasa kesedapan kek karamel ini...tak puas makan..sedap betul...selama ini buat ikut resepi yg biasa tu..tapi kek karamel Kak Ina tebal karamelnya..lebih kurang tebal macam kat sebelah....emmm sedapnya..cuba la....

Untuk karamel setebal ini memerlukan 7 biji kuning telur...syoknya..siapa nak cepat gemuk boleh la selalu makan..he..he..he...






RESEPI KEK KARAMEL INI.


A : Karamel

2 sudu besar gula
Masukkan gula dalam Loyang (8 x 3 @ 9 inci) – panaskan di atas dapur sehingga
Gula cair dan keperangan. Guna api sederhana. Letak ketepi.

Thursday, December 29, 2011

Cinnamon Pull APart Bread - Yummy...






Salam semua, alhamdulillah anak-anak dah kembali ke pangkuan Mama ngan Papa dan sedang membilang hari untuk menyambung sesi persekolahan 2011..

Terima kasih Tok Wan ngan Mak Lang yang sabar melayan kerenah puteri-puteriku..

Alhamdulillah besday Danial Darwisy yang sepatutnya disambut hari ini kami sambut awal 2 hari di kampung bersama dengan Tok Wan...

Danial Darwisy sudah 2 tahun hari ini. Selasa pagi kami makan roti Cinnamon yang ternyata memang sedap...terima kasih kawan-kawan blog yg sibuk bercerita tentang keenakan roti ini. Oleh kerana cerita-cerita kalian yg begitu menarik aku telah berusaha untuk menjadikan Cinnamon Pull APart Bread suatu kenyataan.

Pagi ini kami sekeluarga menjamah lagi roti ini...alhamdulillah dapat juga dibawa ke pejabat hari ini bersama cempedak goreng.

Terima kasih emak kerana membekalkan 3 biji buah cempedak..sudah 2 pagi kami makan cempedak goreng yg begitu enak...

Cinnamon Pull APart Bread

Recipe: Joy the Baker

source : Shidah &  K.Nor



For the Dough

2 3/4 cups plus 2 tbs tepung gandum

1/4 cup gula kasar

2 1/4 sudu kecik yeast

1/2 sudu kecik garam

4 tbs butter

1/3 cup susu penuh krim

1/4 cup air

2 biji telur (size A)

1 sudu kecil Vanilla extract



For the Filling



1 cup gula kasar ~ sy guna Cuma 2/3 jer.

2 sudu kecil serbuk kayu manis (cinnamon) 

1/2 sudu kecil serbuk buah pala (nutmeg) ~ sy skip sbb tak ada stok

4 tbs butter - dicairkan sehingga menjadi brown

Thursday, July 21, 2011

Cream Cheese Frosting

Ini n3 lama..tertinggal dalam draf..patutnya nak publish lepas n3 birthday anak-anak bulan 7 dulu...hu..hu.hu..

Ni nak kongsi n3 pasal butter cream yang buat hiasan atas kek tu..Alhamdulillah walau hanya guna resepi dari internet...butter cream tu sedap dan boleh guna untuk hias kek...Untuk kedua-dua kek birthday anak-anak yang buat pada 16 Julai 2011...akak guna campuran cream cheese (philadelphia), buttercup, shortening, gula icing dan susu segar...Puas jugak google kat internet sebab resepi sebelum ni lupa nak letak cara dan bahan untuk buat icingnya...

Sayang juga untuk kali ini, akak cuma tulis kat kertas dan sebaik lepas siap semua, kertas itu dikoyakkan dan dibuang...adeh..deh...

Akak ada blogwalking kat blog Rai (Sweet Vanilla) - dia kongsi resepi tentang butter cream / cream cheese..ni..

Cheese Cream Frosting
250 gram cream cheese (philadelphia)

120 gm butter

120 gm gula icing


Akak biasa buat guna bahan-bahan ni jugak tapi cheese cream tak de la sebanyak ini. Kalau banyak macam ni mesti la sedap kan, sebab akak selalu guna dalam 120gm jer, pas tu campur ngan shortening...pukul semua sampai gebu dan putih berkilat..lepas tu boleh bahagikan beberapa bahagian untuk diwarnakan mengikut kehendak memasing la...

Untuk birthday anak-anak hari tu, guna butter cream yg buat tu sekali adun untuk dua kek sekali..ada lebih sket lagi..simpan dalam peti ais nanti boleh guna lagi untuk deco cupcake ke apa ke...

Lebihan cream semalamnya dihias atas cup cake. Buat tghari Ahad (17 Julai lalu)  sebab Adik datang petang tu.


BUTTERY ORANGE CAKE with Blueberry

Kek kedua ini adalah dibuat khas untuk birthday Kak Long. Kek ini juga menjadi pilihan semasa buat birthdayDD yang pertama tahun lepas untuk resepi boleh rujuk di sini.
Cuma gula untuk kali ni akak kurangkan kuantiti jadi 200gm, kalau ikut resepi sebelum ni 250gm..manis sangat nanti sebab jus oren Twister tu agak manis...

Inilah hasil percubaan kedua..seronok deco kek ni...

Rupa kek sebaik keluar dari oven...Nasib baik semua dah tidor..kalau tak..emm..

1st time akak potong kek jadi 2 lapisan..sapu ngan 'butter cream' dua2 lapisan then lekatkan balik.. seronok...

Ok..ini lah hasilnya..comot jugak ye. Sepatutnya kek ni dibuat guna acuan bulat penuh atau segiempat tapi akak guna acuan kek span..tu la pasal keknya berlubang di tengah...hu..hu...

Pandangan dari atas...ala silau plak...

Ok..kita letak dalam kotak elok2...simpan dulu dalam peti ais..esok kita makan...

Ini la rupanyer...alhamdulillah..kek ni lembut sangat dan sedap...perasan plak...

Wednesday, July 20, 2011

Blueberry Cheese Cake



Resepi asal dari Hana memories. (Strawberry Cheese Cake).
Akak tukar kepada blueberry.

Bahan-bahan
Bahan-bahan A:
250 gm biskut mudah hadam - Akak guna biskut merie je.
125 gm mentega tanpa garam - akak pakai buttercup je.
Bahan-bahan B:
200 ml krim putar(whipping cream) - tk guna  tak de..mahal ni woo.
250 gm krim keju - (Philadelphia cheese cream)
140 gm gula kastor -
1 sudu besar jus lemon - guna jus buah oren sunkist - tak sukat pun.

Bahan-bahan C:
15 gm gelatin halal - Halal gel gelatin
100ml air
- campurkan air dgn gelatin atas double boiler dan sejukkan selama 5 minit (kita pon guna air panas kacau.).

Bahan-bahan D
1 pack strawberry - potong jgn besar sgt, nanti berat dan jatuh ke bawah. - skip - cari buah strawberry tak jumpa. ganti ngan blueberry jem je..

Topping:
150 ml jus strawberry - hana gune jem stoberi jerk + 1sudu mkn gelatin + air sedikit = msk secara double boiler. Suamkan seketika then curahkan atas kek.
1 sudu besar tepung jagung - Kita campur semua msk dlm periuk api slow..

Cara-cara:
  1. Hancurkan biskut sehingga jadi serbuk.Sediakan loyang acuan berukuran 8 inci.
  2. Cairkan mentega. Tuangkan mentega kedlm bekas berisi biskut tadi. Kacau rata.
  3. Tekankan adunan biskut ke dalam loyang sehingga menjadi rata dan padat.Sejukkan dlm peti ais selama lebih kurang 30 minit agar ia menjadi keras.
  4. Pukul krim putar yogurt (1 cup Nestle punya yg harga Rm1.65 satu, beli dua tapi anak dah sebat 1 cup) sehingga pekat dan gebu.Ketepikan.
  5. Pukul krim keju bersama-sama gula dan jus lemon sehingga sebati. Setelah itu masukkan gelatin dan gaul lagi sehingga sebati.
  6. Kemudian tuangkan bahan ini kedlm bekas yg berisi krim putar yogurt tadi dan gaul rata dgn menggunakan whisk.
  7. Keluarkan adunan biskut dlm peti ais. Tuangkan 1/3 adunan krim cheese td keatas adunan biskut. Ratakan dan letakkan buah strawberry (tak letak - tak de). Akhir sekali tuangkan adunan sampai habis. Sejukkan di dalam peti ais sekurang2nya 3 jam. (akak letak dari malam Rabu sampai malam sabtu baru keluar dr peti dan alihkan dlm kotak untuk decorate). 
  8. Buat topping dgn mencampurkan jus strawberry dan tpg jagung. Masak atas api yg kecil. Apabila telah mendidih, tutup api. -Tuangkan jus stoberi hingga habis. Simpan dlm peti ais skali lagi sebelum dihidangkan.

Rupanya bila dikeluarkan dari acuan dan dimasukkan dalam kotak.
Sebab tak de spring form, akak pakai apa yg ade jer..tu yg tak same keliling..
Mari kita menghias kek......
Umur : 8 tahun tak muat dah nak tulis...
Sudah siap...aih...gambar ape la keliling tu yek..
 
Masukkan balik dlm kotak, simpan untuk Jamuan esok yey!!!..

Wordless Wednesday * Macaron*

First Attempt

Chocolate Filling

Where are the foots? hi..hi..hi..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nak Order / Beli barang? Sila isi borang dulu ye..

Name:
Phone No / Tel:
Email Address:
Sila jelaskan nama barang dan kuantiti
Alamat
Total kena bayar

Put a website form like this on your site.

Followers