Jom Klik

Saturday, March 23, 2013

Due date = 16 Mar 2013

Iyer, due date bagi kehamilan kali ini mengikut pendapat doktor berdasarkan scan dan berat janin di dalam kandungan ku adalah pada tarikh ini 16 Mar 2013.

Aku sendiri telah mula bercuti dari 11.03.2013 (Isnin) lagi kerana sudah tidak larat untuk berjalan jauh dari parking ke pejabat di tingkat 2, Bangunan Putra Perdana, JPM itu..

Apatah lagi mengenangkan emakku yangterpaksa tinggal seorang di rumah kerana aku telah membawanya ke sini sejak minggu lepas lagi.

Aku sebenarnya mengharapkan kelahiran baby kali ini lebih awal dari tarikh jangkaannya...walaupun aku sedia maklum keempat-empat anakku sebelum ini semuanya hanya kan lahir setelah 40 minggu atau seminggu lewat dari tarikh jangkaan yang diberikan oleh doktor..

Hari selasa 12.03.2013 - aku mengalami sakit kepala..rupanya sakit giigi yang sudah 2 hari aku alami adalah penyebab sakit kepala itu. Aku baru sedar gigi aku berlubang pada petang semalamnya. Hari ini selepas aku mengirimkan barangan untuk adik iparku (Salindah set untuk kawannya) hati ini masih berbelah bagi..hendak ke klinik Jameaton atau terus ke klinik gigi...

Akhirnya aku terus memandu ke klinik gigi yang berdekatan dengan rumahku...Alhamdulillah tidak perlu menunggu lama dan aku terus dapat berjumpa dengan doktor untuk rawatan tampalan. Doktor beritahu hanya boleh buat tampalan sementara dan nasihatnya, aku kena buat rawatan akar jika mahu gigi ini diselamatkan

Alhamdulillah selesai sudah pening aku...

Sebelum balik ke rumah sempat aku beli cendol 2 bungkus...untuk aku dan emak..tapi bila sampai rumah aku tak boleh nak minum pon cendol itu.. doaku semoga aku tidak bersalin malam ini atau esok..sebab aku teringin sangat nak minum cendol itu..

Walaupun sudah ditampal gigi yang berlubang itu, sakit kepala masih belum hilang sampai badanku rasa panas...aku ambik ubat sendiri...Aconite...

Rehat..rehat..rehat..
  

 


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nak Order / Beli barang? Sila isi borang dulu ye..

Name:
Phone No / Tel:
Email Address:
Sila jelaskan nama barang dan kuantiti
Alamat
Total kena bayar

Put a website form like this on your site.

Followers