Jom Klik

Friday, September 23, 2011

Selamat Ulangtahun Kelahiran

Happy birthday to you....Happy birthday to you....Happy birthday to you....Happy birthday to... you....
Yei....jom kita potong kek. Selamat Hari ulangtahun kelahiran sayang! Semoga Allah panjangkan umur, murahkan rezeki dan bahagia di dunia dan akhirat..

Kek Oren Carrot special edition khas untuk Abang!
Actually, nak buat kek oren untuk suami tetapi singgah speedmart malam tu tak de limau sunkist..So kat umah ada sebatang lg carrot. Ambik separuh, parut campur ngan jus oren twister...rase yang tidak mengecewakan.. Alhamdulillah suami dan anak2 suka kek ini. Boleh buat lagi..

Sempat juga buat Pizza 2 biji. Kesukaan anak-anak.
 
Roti sosej dapat 6 biji. Cukup la sebiji seorang...
 
Satu adunan roti tu boleh dapat Pizza sederhana 2 biji, roti sosej besar 6 biji dan roti sosej kecik 6 biji juga..alhamdulillah semuanya menjadi dan boleh makan dengan senang hati dan gumbira...
 
opps...ada lagi...sepotong kek yang telah dipotong..nyummy!..nyum..nyumm.





Tuesday, September 6, 2011

Mat Sabu Vs Mat Indera

Saya sebenarnya tak berapa faham jalan cerita kes kontroversi Mat Sabu ngan isu hangat yang mengatakan beliau penyokong komunis....
 
Tapi hari ini saya terbaca email dari En Esbee Ali yang sudi berkongsi artikel dari sahabatnya.. Bila habis membacanya...saya tersenyum sendirian...dan tergerak di hati ini ingin berkongsi dengan rakan-rakan blogger mengenai artkel ini...so sudi-sudikanlah membaca sampai habis dan renung dan fikirkanlah kenbenarannya.

Kerajaan Johor iktiraf ketokohan Mat Indera
Mohamed Hadi al-Majwi  

 
Sebelum kita disesatkan lebih jauh lagi oleh media-media parti pemerintah, eloklah kita semua kembali ke pangkal jalan, mengkaji dan memahami semula sejarah. Sebetulnya tatkala kali pertama saya menonton klip video ceramah Mohamad Sabu (Mat Sabu) mengenai tragedi Bukit Kepong itu, hati saya telah terdetik "Apa sajalah yang UMNO akan merapu lepas ni". Dan memang saya mahu saksikan, label apakah yang hendak dicop kepada Mat Sabu rentetan daripada ceramah beliau. Sememangnya ucapan Mat Sabu telah diputarbelitkan oleh Utusan Malaysia dan kalau salah bacaan, kita juga akan terperangkap dengan permainan Utusan Malaysia. Mat Sabu tidak pernah menyebut komunis, tetapi hanya menyebut nama Mat Indera, pejuang yang telah mengetuai serangan ke atas Rumah Pasong Bukit Kepong pada 23 Februari 1950. Inti ucapan Mat Sabu ialah ketokohan Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan yang peranannya digelapkan oleh parti pemerintah, tetapi di tangan Utusan Malaysia, tiba-tiba Mat Sabu pula yang sokong komunis!
 
Yayasan Warisan Johor iktiraf Mat Indera
 
Saya tidak perlu membuat rujukan daripada pelbagai sumber untuk membuat pendirian bahawa Mat Indera ialah seorang pejuang kemerdekaan, seperti yang disebutkan oleh Mat Sabu. Saya hanya merujuk kepada buku biografi Pengukir Nama Johor yang diterbitkan oleh Yayasan Warisan Johor pada tahun 2004. Di dalam buku ini terdapat 22 biografi ringkas tokoh-tokoh ternama Johor dan salah seorang daripadanya ialah Mat Indera sendiri. Jangan tak percaya, Yayasan Warisan Johor meletakkan nama Mat Indera sebaris dengan Almarhum Sultan Ismail dan Tun Sulaiman Ninam Shah, bekas pengerusi tetap UMNO. Malah foto Mat Indera juga menjadi sebahagian daripada kulit hadapan buku ini. Buku ini adalah hasil karya pelbagai penulis, tetapi biografi Mat Indera ditulis oleh Ismail Adnan, bekas guru kanan yang pernah menjadi Timbalan Pengarah, Institut Kepimpinan dan Latihan Semangat Dato' Onn. Buku ini juga telah disunting oleh Profesor Datuk Abu Bakar A. Hamid, bekas Profesor di Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya dan Md Ismail Zamzam, Tokoh Guru Berjasa Johor 2002. Prakata buku ini pula ialah daripada Menteri Besar Johor sendiri, Dato' Abdul Ghani Othman. Pendek kata, penerbitan buku ini mendapat restu kerajaan Johor. Nah, saya tak pasti adakah selepas ini nama-nama ini pula akan dilabelkan sebagai pengkhianat tetapi merekalah yang bertanggungjawab mengangkat ketokohan Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan.
Siapa Mat Indera

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nak Order / Beli barang? Sila isi borang dulu ye..

Name:
Phone No / Tel:
Email Address:
Sila jelaskan nama barang dan kuantiti
Alamat
Total kena bayar

Put a website form like this on your site.

Followers