Jom Klik

Wednesday, April 27, 2011

SuperNeuron - Permainan terbaru - Pemangkin subjek Sains Anak Kita

Pernah dengar SUPERNEURON? Tak pernah...tak heran kalau tak pernah dengar sebab produk ini baru saje dilancarkan dan pertama kali dijual di pameran SmartKids World di PWTC baru-baru ini.  

Anak-anak gembira bermain Superneuron yang ala-ala main dam ular..
Produk keluaran anak tempatan Bumiputra Islam ini memang sangat bagus kerana memberi dimensi baru dan berlainan kepada anak-anak kita agar mudah dan minat untuk mempelajari dan score A dalam matapelajaran Sains.  Boleh dapatkan satu untuk anak kesayangan anda atau boleh juga sebagai hadiah harijadi mereka.

Cikgu sedang tunjuk corak permainan
Harga untuk seunit permainan ini hanya RM68.00 (promosi). Sekarang harga normal RM79.00.

Sila hubungi En Hamidon 019 368 4545 atau boleh juga hubungi saya untuk keterangan lanjut....

Kursus Kakak Berenam - Bhgn 2

Alhamdulillah kursus Kak Long telah berkahir pada tengahari 24 April 2011 (Ahad) yang lalu...Kami sekeluarga datang ke Rumah Pandu Puteri Selangor untuk menjemput Kak Long.

Ramai juga peserta kursus telah pulang dijemput keluarga mahupun guru-guru mereka. Semasa Mama sampai di hadapan Rumah tersebut Kak Long tengah makan tengahari...wah begitu berselera sekali. menu nasi Tomato, Ayam Masak merah - favorite Kak Long tuh..
Sedap Mama, Nasi Tomato..Lukman pun tumpang gak..
Maisarah pun baru hendak makan tapi Kakak Nabilah dah habis nasinya tinggal lauk je...
Dengan Maisarah. Amboi sukenyer dier...
Hanya 2 wakil peserta dari sekolah kak Long yang terpilih untuk menyertai kursus ini. Cikgu Rizal (Guru Ko Kurikulum dia) pesan suruh buat laporan kursus balik kursus nanti. Semalam kakak bangun pukul 2 pagi kejutkan Mama nak minta tolong tunjukkan macamana buat laporan..

Sebenarnya sebelum tidur Mama dah buat draf laporan untuk Kak Long. So Kak Long hanya isikan apa program dia sepanjang kursus Kakak Berenam tu. Gambar-gambar Mama tolong uploadkan... Akhirnya siap jugak laporan kakak pada pukul 4 pagi.....
Inilah antara hasil kerja Kak Long masa kursus tu
Inilah Logo Pandu Puteri...

Nanti mama akan masukkan n3 laporan kursus kakak..Tak pasti format tu betul ke tidak..Nanti sesiapa nak komen, silakan la..

Friday, April 22, 2011

Kursus Kakak Berenam - bhg.1

Assalamualaikum....

Hari ini ambil cuti sebab nak hantar Kak Long pergi kursus Kakak Berenam, anjuran persatuan beruniform Pandu Puteri Tunas. Kakak Nabilah dan sorang lagi kawannya, Maisarah terpilih untuk mewakili sekolah SK Taman Desaminiun pergi kursus ni yang diadakan di Rumah Pandu Puteri Selangor, Jalan Gasing, Petaling Jaya.
Jaga diri baik-baik Kak Long
Kami sampai di sana pada pukul 02.15pm. Pendaftaran peserta telah bermula seawal 01.30pm dan akan berakhir pada pukul 02.30pm. Alamat nama kakak tak de dalam list kat Rumah Pandu Puteri. Cikgu tu tanya dari sekolah mana. Bila beritahu  nama sekolah, dia geleng kepala..tak pernah dengar...ye la..sekolah Kak Long, sekolah baru ya amat. Baru dibuka awal tahun ini 01.01.2011....

Sebenarnya kena ada borang yang perlu difaks oleh guru KoKo sekolah ke sini. Akak pun beritahu Cikgu tu, SK Taman Desaminium ni talian telefon pun tak de lagi, sebab tu la cikgu tak fakskan tu. Kawan Kak Long tak sampai lagi. Maisarah keluar awal tadi, ayah dia ambil dia dari sekolah pukul 11 pagi.

Ha..sampai pon..Ini Maisarah

Kaunter pendaftaran..
Kakak telah ditempatkan di bilik Bunga Raya. Akak pon naik sama hantar beg pakaian Kak Long. Ha..tengok tu sempat lagi bergambar di dalam bilik. Ada projektor besar...apa la..rancangan cikgu Tunas Puteri tu nanti ya. Apa-apa pon semoga kursus Kak Long 3 hari, 2 malam ni dapat menambah pengalaman hidup Kak Long, segala yang ditempuh jadikanlah pengajaran hidup. Ambil yang baik, yang tidak elok jadikan tauladan.. 

Kenapa muka Kak Long pucat..penat sangat ni. Malam ni tidur lena ya sayang.
Beg Kak Long..siap bawa bekal nasi lagi. Air sebotol besar..takut haus tengah malam..

Akak rasa mahu sampai 25 orang sebilik ni..
Ini bilik taklimat rasanya..kat tingkat bawah.
Seronok sangat kakak bila Maisarah dah sampai.....
Inilah rumah Pandu Puteri Cawangan Selangor.. cantik...
Depan ni ada padang hijau yang luas. Tempat beraktiviti la tu..
Ada kisah lucu juga tadi semasa pendaftaran, cikgu kar kaunter tu ingat akak ni cikgu..eh ada gaya cikgu ke? emmmm.....Tengahari tadi kami berempat (Mama, Papa, Kak Long ngan Kak Ngah) makan kat KFC di IOI Mall, Puchong, ada orang belanja. Terima kasih la kepada orang itu...Kak Ngah sepatutnya tak ikut tapi kebetulan masa Akak jemput Kak Long tadi dia pun dah keluar kelas juga...


Adik masuk Kosmo!


Rabu, 20 April 2011, adik iparku sms suruh beli Kosmo..Aku kat opis, heran jugak..Mesti ada pa2 ni. Buka Kosmo online tetiba nampak h\gambar Uji ngan hasil kebun belakang umah dia... Wah...aku tumpang bangga adik beradik (suami) masuk suratkhabar ni..

Meh, kita kongsi juga berita tu kat dalam blog, walau Abangnya sempat beli jugak kosmo ari tu..yang tu nanti kita framekan yee....

Saturday, April 16, 2011

Susu Bio Lac - Halalan Toyyiba

Siapa yang menyusukan anak dengan susu ibu TAHNIAH - anda orang yang cemerlang..tapi sesiapa yang bagi anak2 susu formula WAJIB tahu apa kandungan sebenar dlm susu formula yang dibeli... Kami di ERAEDAR memasarkan Susu BioLac - terbaik lagi Halalan Toyyiban- kenapa perlu cari yang lain.....Guna dan berilah anak-anak anda susu Bio Lac selain susu Ibu.....500gm susu Bio Lac cuma RM 23.
Pek 500gm = RM 23.00
Gimik Semak Gula Dlm Susu Bayi Anda
oleh Una Azizan pada pada 16hb April 2011 pukul 12.25 ptg
Sekarang ni timbul isu baru di mana, kita rakyat Malaysia diajar untuk menyemak kandungan gula di dalam susu anak kita sebelum membeli. Ini adalah langkah bijak untuk membantu mengurangkan masalah diabetis dikalangan kanak-kanak.
Arwah Prof Dr Azizan b Hj Ismail ada memformulasikan SUSU BIO-LAC untuk bayi yang telah mendapat sijil HALAL dr Jakim. Kebaikan susu ini adalah kandungan BTS (Biochemic tissue salt) yang diperlukan untuk pertumbuhan sahsiah bayi.
Kandungan susu ini adalah serbuk susu penuh krim, laktos dan BTS.
Zat di dalam Susu BIO LAC adalah :
  1. Kalsium - membantu dalam perkembangan tulang dan gigi yang kuat.
  2. Protein - Membantu membina dan membaiki tisu badan.
  3. Magnesium - Menggalakkan penyerapan dan pengekalan kalsium.
  4. Vitamin B2 - Diperlukan untuk melepaskan tenaga daripada protein, lemak dan karbohidrat.
  5. Vitamin B12 - Diperlukan untuk menghasilkan sel darah merah.
  6. Vitamin C - Meningkatkan penyerapan besi daripada sumber bukan daging.
  7. Vitamin B3 - Membantu tubuh badan menggunakan kalsium dan fosforus.
Setelah membaca kebaikan susu ni, customer selalu bertanya tiadakah DHA, AA dan bermacam lagi.
Jawapan saya : DHA or AA, stand for?? mungkin orang kata saya kolot tp sebenarnya memang saya nk tau dr pelanggan yang bertanya apa yg dia paham tentang DHA or AA or else. Semua orang cuma tahu kebaikan DHA, AA or else melalui TV tanpa mengetahui apakah maksud di sebalik nama singkatan itu.
Dibawah ni saya lekatkan info sedikit tentang DHA dan ARA. Selamat membaca !!!

"A recent report from the Cornucopia Institute questioned the safety of DHA and ARA in infant formula. According to the report, infant formula with these additives have been linked to side effects including diarrhea, flatulence, jaundice and apnea.

DHA and ARA are fatty acids that are naturally present in human breastmilk. They are essential for the normal growth and development of infants.

The problem is, the form of DHA and ARA added in infant formula are not identical to what's in human breastmilk.

According to the report, the DHA and ARA additives are extracted from fermented algae and fungus with the use of hexane, a neurotoxic chemical. Furthermore, the laboratory-produced oils are only 40-50 per cent DHA and ARA. The rest of the oils is made up of sunflower oil, diglycerides, and nonsaponifiable materials -- some of these are not present in human breastmilk and are not meant to be consumed by human infants!

Ironically, milk companies are marketing DHA- and ARA-supplemented formula as "designer" infant formulas and many mothers, even doctors, are falling for it!

It is just another marketing gimmick from milk companies."

You can read the full report here:


Namun begitu, susu ibu adalah yang terbaik untuk bayi.

Nota: Saya kongsikan artikel ini dari facebook rakan ERAEDAR Puan Una Azizan.

Minuman Choco Latte

Minuman Chocolatte


New packaging

Kebaikan :
·      Mengelokkan ritma jantung
·      Mengurangkan kandungan gula di dalam darah
·      Melancar dan mengelokkan tekanan darah
·      Menguatkan otot-otot jantung
·      Memberi tenaga dan mencergaskan badan
·      Mengurangkan rasa malas dan memanaskan tubuh
·      Memberi kesan ketenangan
·      Memberi rangsangan ketika belajar
·      Membantu melancarkan penghadaman

Cara Bancuhan :
·      Panas
·      Sejuk
·      Ice Blended
·      Shake
Cadangan pengambilan :
Minum 2 kali sehari (pagi sebelum beraktiviti dan malam sebelum tidur atau belajar)

Harga : RM12.30 (sebungkus) - 500gm

Thursday, April 14, 2011

2nd prize untuk pemenang contest 1st DManja Penawar

Assalamualaikum...

Masih lagi dengan n3 hadiah GiveAway aku yang lalu. Kali ini cerita pasal hadiah untuk pemenang tempat kedua. Blogger yang bertuah adalah Azatie. Boleh jenguk blog dia kat sini. Ada 2 blog dia ni. 

Baru berkesempatan untuk upload gambar hadiah yang dimenangi untuk tempat kedua. Seperti yang telah dijanjikan tempat kedua akan memenangi set barangan penjagaan wanita/kosmetik dari UNA Beauty (anak syarikat ERA EDAR Sdn Bhd).

Set UNA Facial Cleanser n Toner untuk kulit matang @ kering

Femina Gel dan lipstik ROSA
Femina Gel ni adalah cecair basuhan/cucian bahagian sulit wanita. Ianya khusus untuk wanita yang mementingkan kebersihan dan keselamatan. Ianya bebas dari kimia berbahaya SLS yang banyak terdapat di dalam ramuan cecair cucian wanita jenama lain. 

Wednesday, April 13, 2011

1st Prize and 3rd Prize untuk GA Dmanja telah dipos

Alhamdulillah...akhirnya berjaya juga aku siapkan hadiah untuk pemenang2 GA aku yang lalu.

1st Prize - untuk Cik Maizura - Yong Peng.
 
3rd Prize - untuk Puan Mama Cyda - Seremban.
Hadiah-hadiah ini telah selamat dihantar menerusi Pos Laju tengahari tadi. Insya Allah jika tiada aral melintang esok akan sampai kepada tuannya yang BERTUAH...Tahniah lagi sekali...

Ada ke yang teringin nak tahu hadiahnyer apa? OK la sila scroll ke bawah untuk lihat hadiah yang telah dimenangi.                                        
                                                                                 v
                                                                                 v
                                                                                 v
EXAMO CKM 500 EKONOPEK
 
+
NoMoSniz
 +

Jitra Tablets 




                                                                                  v
                                                                                  v
                                                                                  v
3rd Prizes - 12 sachet Teh Tudya + Susu Bio Lac + Choco Latte















Friday, April 8, 2011

Awas! Telur Tiruan di Pasaran Malaysia

Awas Telur Tiruan Di Pasaran
 
 
Hari ini dah masuk hari ketiga sana-sini orang memperkatakan tentang telur tiruan ni..Haih..penat la kat dunia ni semua manusia nak cipta / tiru..Kalau untuk kebaikan tak pe la kan. Ini tidak...banyak buruk dari baiknya....

Semalam sempat tengok kat berita TV9 dia tunjuk bagaimana nak kenal telur tiruan dengan telur asli..tapi gambar ni pinjam dari blog CUTE MUM... masa search pasal telur tiruan ni singgah kat blog dia..gambar kat blog dia memang menarik minat akak nak kongsi sama sebab sama macam dalam berita TV9 malam semalam.

Macam mana nak elak dari termakan atau terbeli telur tiruan ni? Susah jugak ya kalau tak de ilmu...Sebab harga dia sama je dengan telur original...melampau nak kaya betul diorang ni....

So tengok gambar yang atas sekali tu kalau dah terbeli, masa nak masak ke goreng ke, bila kita pecahkan telur tu kalau ada ruang udara tu - maknanya telur asli lagi original la tu TETAPI kalau kita pecahkan telur itu tetapi tiada langsung ruang udara maka dapat la diklasifikasi bahawa telur itu adalah telur TIRUAN yang dihasilkan dari bahan-bahan yang boleh menyebabkan kemudaratan. 

Maka, kalau terjumpa telur-telur tiruan ini jangan la dimakan...So selepas ini pihak berwajib hendaklah meletakkan bukan sahaja tanda HALAL pada produk tetapi mestilah ada juga pengesahan atau tanda produk itu adalah asli bukannya tiruan.


Aku cadangkan tag "Halalan Toyyiba" amat sesuai untuk menjamin keselamatan kita di dunia dan akhirat....Islam itu amat Indah ---Islam menekankan agar umatnya senantiasa mengambil makanan yang bukan sahaja halal tetapi juga Toyyiban - baik untuk diri mereka.


Tuesday, April 5, 2011

1st GA Dmanja Penawar : Pemenangnya adalah...???

Pemenang yang bertuah adalah:


Maizura akan memenangi hadiah pertama: 
*Hamper barangan ERAEDAR Marketing Sdn Bhd bernilai RM100.00

2) Atie - http://azatiesayang-contest.blogspot.com/2011/02/1st-giveaway-dmanja-penawar-blogspotcom.html

Tempat kedua adalah milik Atie:

**Barangan penjagaan wanita dari UNA Kosmetik - RM80.00.
 
3) Mama CyDa - http://cydaacmecontest.blogspot.com/2011/02/1st-giveaway-from-dmanja-penawar.html.

Mama Cyda pula ---akan terima ini : 
***Barangan makanan/minuman keluaran ERAEDAR Marketing Sdn Bhd. Bernilai RM50.00.


Kepada semua pemenang sila tinggalkan email address dan no telefon kepada saya di email
dmanjapenawar@gmail.com atau no tel: 019 396 2053. 

Tahniah kepada yang berjaya.

Friday, April 1, 2011

1st GiveAway from Dmanja Penawar

Hoorey...dengan rasa gembiranya nak umumkan 1st GA bagi blog ini.

1st GA DmanjaPenawar
Syarat-syarat penyertaan adalah:
1. Mestilah menjadi follower blog ini dan satu lagi blog baru Dmanja.
2. Buat satu entry di blog anda berkenaan GA ini. Mesti ada gambar di atas.
3. Letakkan gambar/banner GA di sidebar blog anda juga...
4. Tinggalkan komen anda di entry ini.
5. Tag rakan-rakan anda untuk join GA ini.
6. GA ini akan bermula 01 Feb 2011 dan tamat pada 01 April 2011.
Hadiah-hadiah yang bakal dimenangi ialah:
*Hamper barangan ERAEDAR Marketing Sdn Bhd
bernilai RM100.00 (gambar akan diupload kendian ya)
**Barangan penjagaan wanita dari UNA Kosmetik
bernilai RM80.00.(Gambar akan diupload kemudian)

***Barangan makanan/minuman keluaran ERAEDAR
Marketing Sdn Bhd. Bernilai RM50.00

OK. Selamat berGA..
Senarai peserta terkini sila klik sini..

Hari terakhir Giveaway aku



Hai semua,

Hari ni merupakan hari terakhir GA saya. So, sesiapa yang berminat sempat lagi..CEPAT..CEPAT...CEPAT. 1st GA Dmanja ini akan TUTUP secara rasminya pada pukul 12 tghmalam ini.

Setakat ni sudah 87 penyertaan.. Terima kasih yang sudi join.

Saya nak mohon maaf banyak-banyak sebab belum sempat upload gambar hadiah kat dalam blog ini. Tetapi hadiah adalah seperti yang telah dijanjikan...Insya Allah.

Oleh kerana pada malam ini saya akan bertolak ke Jitra, Kedah sempena memeriahkan perayaan 10 Tahun kecemerlangan ERA EDAR sdn bhd. makanya saya tidak sempat untuk umumkan pemenang GA ini. Saya akan buat pengumuman / entry khas untuk pemenang GA ini pada 05 April 2011. 


Sabar ye...Seronoknya nak gi Jitra ni...Nanti kita buat n3 pasal lawatan ke Kedah ni ya...


Doakan saya selamat pergi dan selamat pulang....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nak Order / Beli barang? Sila isi borang dulu ye..

Name:
Phone No / Tel:
Email Address:
Sila jelaskan nama barang dan kuantiti
Alamat
Total kena bayar

Put a website form like this on your site.

Followers