Jom Klik

Thursday, December 30, 2010

City-link, city- : Episod 2

N3 City Link sebelum ni meluahkan perasaan tidak puas hati. N3 kali ini pulak meluahkan rasa kehairanan tahap gaban terhadap MUTU perkhidmatan City Link ini...

City-link-oh-city-link : Episod 2

Ha..ni ni sambung rentetan cerita pasal City-link ni...Kan ari tu akak komen kaw-kaw pasal service diorang ni kan...

Alkisahnya pada 28 Disember 2010 lebih kurang pukul 9 lebih (pagi la), aku dapat panggilan dari City Link despatch tanya aku ada kat pejabat ke? Rupanya dia dah sampai kat alamat aku (guna alamat kedai Mr A) tetapi kedai tutup. Aku blur kejap sebab dah lama sangat barang tu ngan City Link.

Cuba kira ya ….tarikh kurier barang tu 09 Disember 2010. Sampai balik kat Mr A barang yg konon tak sampai sebab alamat tidak lengkap tu baru hari kelmarin (28 Disember). 

Cuba tengok ni......


City Link  28 Dis 2010
Korang pikir la sendiri kalau nak guna kurier City Link ni. Bagi aku yang sudah terkena ni rasa serik dah..Pada aku Pos Laju yang terbaik la buat masa ni...

Untuk customer yang sepatutnya terima barangan yang dikirim melalui City Link ini pada 10 Disember atau selewat-lewatnya 11 Disember yang lalu, barangan untuk beliau telah diganti dengan yang lain yang seumpamanya tetapi menggunakan Pos Laju. Alhamdulillah barangan tersebut telah dihantar pada hari Khamis 16 Disember dan customer ini telah terima barangan tersebut pada keesokan harinya 17 Disember 2010...

Terima Kasih Mr A kerana telah sudi untuk ganti dan poskan barangan tersebut tanpa mengenakan bayaran sesen pun dari aku ni...

Buttery Orange Cake with Blueberry Filling

Kali ni n3 pasal resepi plak. Ekceli aku kureng sket nak buat n3 resepi ni..sebab aku ni kurang rajin sket bab masak-memasak ni..Tapi ada kawan aku yang asyik tanya bila nak masuk n3 pasal kek tu, bila nak upload gambar kek tu...aku pun sudi la nak berkongsi kat sini...

Kek Mentega Oren Berlapis Blueberry
Kek ni buat sempena birthday si DD yang pertama semalam. Setelah diamat-amati aku berkenan pilih kek dari resepi Kak Ina sebab nampak dari bahan-bahan macam boleh dapat banyak, dari segi rasa ok sedap dan sesuai untuk kanak-kanak. Sebenarnya kek ni Kak Ina dah banyak kali buat dan katanya kek favorite husband dia. Aku pon dah rase memang sedappppp sangat...Moist je...

Petang sebelumnya 28 Dis tu aku dah print resepi2 pilihan untuk dibuat kek, Petang tu sempat lagi singgah Giant ingat nak beli telur je ngan ovalette tapi sudahnya banyak plak benda lain yang dibeli..haihhh kalu dah shopping tak ingat dunia. Nampak dulang pembakar 4 segi beli la nanti boleh buat kek 4 segi...


Balik umah dah kul 7 mlm...pas tuh badan penat je..Kak Long dah bising ajak buat kek sudahnya mama dia tertidor kat sofa...Nasib baik aku terbangun dah kul 1 pagi 29 Dis tu tgh terpilih-pilih lagi nak buat guna resepi yang mana..


Akhirnya resepi ni menjadi pilihan...

BUTTERY ORANGE CAKE wt Blueberry

210gm butter (dilembutkan) 
40gm cream cheese
250gm gula castor
4 biji telur 
300gm tepung naik sendiri
180ml orange juice (aku guna Jus Twister oren)

Cara-cara:
1. Pukul butter dan gula sehingga kembang. 
2. Masukkan kuning telur dan pukul lagi. 
3. Masukkan tepung diselang-selikan dengan orange juice. Pukul rata.
4. Putih telur pukul sehingga meringue (soft peak)
5. Masukkan putih telur ke dalam adunan tpg tadi secara kaup balik jangan terlebih kaup plak..
6. Isi dalam loyang yg telah dialas kertas dan digris, aku cuma sapu mentega dan tabur tepung sedikit kat loyang tu. Bakar 1jam 10min...180C...

Ni gambar kek yang telah dihias.


DD tgh potong kek Besday dia.

Buttery slices cake

Untuk resepi asal boleh la jengok kat blog Kak Ina ya.



Darwisy 1st Birthday 29 Dis 2010

Alhamdulillah anak bongsuku Danial Darwisy telah berumur setahun pada hari semalam 29 Disember 2010...Darwisy telah pandai berjalan seawal umurnya 9 bulan tetapi dia belum mempunyai sebatang gigi pun sehingga ke saat ini...Hai bila la nak tumbuh gigi ko nak...

Baby DD tersengih di pangkuan cikgunya.

 Tengok tu sengih semacam je Danial Darwisy ni (DD). Cikgu panggil dia double D (DD) kat taska...Abang dia nama yayat...DD sengih sebab dia suka sangat kawan-kawan nyanyikan lagu Happy birthday untuk dia...amboi pandainyer dia...


Amboi sronoknyer dia nak potong kek..

 Sempena Besday DD ni emak dia terlebih rajin nak buat kek sendiri. Maka hasilnya taraaa.....

Khas untukmu DD: Buttery Orange with Bluebery Cake

Resepi kek ni ambik dari blog Kak Ina. Sebab pernah rasa kek ni, Kak Ina bagi masa dia buat dulu..emm sedap.....Aku dibantu oleh 2 puteriku Nabila n Fatin..Thanks a lot my dears...sanggup tak tidor nak tolong mama buat kek besday adik...Alhamdulillah, ini pertama kali aku buat kek yg ada ising kat atasnya....nasib jadi tapi cuma tak berapa comei je la....

Potongan Kek Mentega Oren Berlapis Blueberry
 Terima kasih cikgu Eli dan cikgu yang lain-lain tolong gorengkan nugget untuk budak-budak makan  dan tolong nyanyikan lagu Happy Birthday untuk DD...Juga terima kasih yang tidak terhingga sebab sabar dalam menjaga baby DD lebih kurang sebulan ni...Cikgu Eli dan semua cikgu kat Taska Ihsan kan orang baru tentu susah juga nak faham perangai budak-budak kat
sini... lebih-lebih si DD ni dia memang teramat manja...


video

Mari layan video DD kat Taska Ihsan semalam. Video ini dirakamoleh kakaknya Kak Long Nabilah.
Semoga Danial Darwish akan cepat tumbuh gigi dan cepat bercakap. Mama doakan juga agar anak mama ni bakal menjadi seorang pendakwah yang genius dan soleh suatu masa nanti Insya Allah.

Baru pagi tadi dapat mesej dari kawan ERAEDAR, Puan Afifah telah selamat melahirkan baby girl semalam pukul 5 ptg (kongsi birthday ngan DD ni). Alhamdulillah tahun depan boleh la sambut birthday sama yek Ifah...


Tuesday, December 28, 2010

Durian Selat @ Durian Belanda Penawar Kanser

Saya rasa terpanggil untuk berkongsi maklumat ini dengan rakan blogger semua... Walau tidak dapat dipastikan kesohihan artikel ini tetapi tidak salah untuk kita mencuba....Kepada bakal doktor atau saintis atau sesiapa yang terlibat dalam kajian bahan anti kanser - apa salahnya cuba buat kajian mengenai bahan-bahan yang terdapat di dalam buah durian Belanda ini...yang baik kita kongsi bersama.

Artikel ini saya dapat dari adlinmz@tnb.com.my melalui satu e-group yang saya join.

**DURIAN BELANDA ADALAH PENAWAR SEBENAR KANSER**
    

Durian Belanda atau Soursop, buah dari pohon Graviola adalah pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat dari pada terapi kemo. Tapi kenapa kita tidak tahu?

Kerana salah satu perusahaan dunia telah menutup rahsia penemuan penyelidikan tentang khasiat buah ini sebaik mungkin, mereka ingin agar dana penyelidikan yang dikeluarkan sangat besar, selama bertahun-tahun, ditambah pula keuntungan yang melimpah  dengan cara menjadikan pohon Graviola Sintetis sebagai bahan utama ubat rawatan kanser.
Pohonnya rendah, di Brazil dinamai 'Graviola', di Sepanyol 'Guanabana' bahasa Inggeris dipanggil 'Soursop'. Di Indonesia, dikenali sebagai buah Sirsak manakala di Malaysia dipanggil sebagai Durian Belanda. Buahnya agak besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih, rasanya masam-masam manis, dimakan dengan cara membuka kulitnya atau dibuat jus.

Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor / kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus , berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik.

Salah satu contoh betapa pentingnya kewujudan Institut Sains Kesihatan bagi orang-orang Amerika adalah kerana institut ini telah membuka tabir rahsia buah ajaib ini. Fakta yang membingungkankan adalah: Jauh dipedalaman hutan Amazon, tumbuh 'pohon ajaib', yang akan merubah cara berfikir anda, doktor anda, dan dunia mengenai proses penyembuhan kanser dan harapan untuk bertahan hidup.
Hasil penyelidikan membuktikan  “pohon ajaib” dan buahnya ini :
i)  Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, TANPA rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo.
ii) Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang mematikan.
iii) Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan / penyembuhan.
iv) Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik.
Sumber berita sangat mengejutkan ini berasal dari salah satu pengeluar farmasi terbesar di Amerika. Buah Graviola telah diuji lebih dari 20 makmal, sejak tahun 1970-an hingga  beberapa tahun berikutnya. Hasil ujikaji dari ekstrak (sari) buah ini adalah :
1. Secara berkesan memilih sasaran dan membunuh sel jahat dari 12 jenis kanser yang berbeza, diantaranya kanser : Usus Besar, Payu Dara, Prostat, Paru-Paru dan Pankreas.
2. Daya kerjanya 10,000 kali lebih kuat dalam memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dibandingkan dengan Adriamycin dan Terapi Kemo yang biasa digunakan!
3. Tidak seperti terapi kemo, ekstrak buah ini secara selektif hanya memburu dan membunuh sel-sel jahat dan TIDAK membahayakan atau membunuh sel-sel yang sihat.

Penyelidikan telah dilakukan secara ekstensif pada pohon “ajaib” ini,selama bertahun-tahun tapi kenapa kita tidak tahu langsung mengenai hal ini ? Jawabnya adalah : Begitu mudah kesihatan kita, kehidupan kita, dikendalikan oleh yang memiliki wang dan kekuasaan!

Salah satu perusahaan ubat terbesar di Amerika dengan aset jutaan dollar melakukan penyelidikan luar biasa pada pohon Graviola yang tumbuh dihutan Amazon ini. Ternyata beberapa bahagian dari pohon ini : kulit kayu, akar, daun, isi buah dan bijinya, selama berabad-abad lamanya telah menjadi penawar bagi suku Indian di Amerika Selatan untuk menyembuhkan : sakit jantung, asma, masalah berkaitan hati dan rematik. Dengan bukti-bukti ilmiah yang minimum, perusahaan yang mengumpulkan dana dan sumber usaha manusia yang sangat besar bagi tujuan melakukan penyelidikan dan berbagai ujian. Hasilnya sangat menakjubkan. Graviola secara ilmiah telah terbukti sebagai agen pembunuh sel kanser yang berkesan !

Tapi… kisah Graviola hampir berakhir disini. Kenapa?

Dibawah undang-undang persekutuan, sumber bahan semulajadi untuk ubat adalah DILARANG dipatentkan.

Perusahaan menghadapi masalah besar dan mereka berusaha sedaya upaya dengan pembiayaan sangat besar untuk membuat klon tiruan dari Graviola ini agar ianya dapat dipatentkan sehingga dana yang dikeluarkan untuk penyelidikan dan ujian dapat dituntut dan bahkan mengaup keuntungan besar. Tapi usaha ini tidak berhasil kerana Graviola tidak berjaya diklon. Perusahaan gigit jari setelah mengeluarkan dana jutaan dolar untuk usaha penyelidikan mereka.

Ketika mimpi untuk mendapatkan keuntungan besar beransur-ansur pudar, kegiatan penyelidikan juga turut berhenti. Lebih parah lagi, perusahaan menutup projek ini dan memutuskan untuk TIDAK menerbitkan hasil penyelidikan ini.

Beruntunglah, ada salah seorang ilmuwan dari kumpulan penyelidik tidak sanggup melihat kekejaman ini terjadi. Dengan mengorbankan kerjayanya, dia menghubungi sebuah perusahaan yang biasa mengumpulkan bahan-bahan bersumberkan semulajadi dari hutan Amazon untuk penghasilan penawar.

Ketika para pakar penyelidik dari Institut Sains Kesihatan mendengar berita keajaiban Graviola, mereka mulai lakukan usaha penyelidikan. Hasilnya sangat mengejutkan. Graviola terbukti sebagai pohon pembunuh sel kanser yang berkesan.
The National Cancer Institute mulakan penyelidikan ilmiah yang pertama pada tahun 1976. Hasilnya membuktikan bahawa daun dan batang kayu Graviola mampu menyerang dan menghancurkan sel-sel jahat kanser. Sayangnya hasil ini hanya untuk keperluan dalaman dan tidak dihebahkan.

Sejak 1976, Graviola telah terbukti sebagai pembunuh sel kanser yang luar biasa pada ujikaji yang dilakukan oleh 20 makmal bebas yang berbeza.

Satu kajian yang dihasilkan oleh the Journal of Natural Products menyatakan bahawa kajian yang dilakukan oleh Catholic University di Korea Selatan, mendakwa bahawa salah satu unsur kimia yang terkandung di dalam Graviola, mampu memilih, membezakan dan membunuh sel kanser usus besar dengan 10,000 kali lebih kuat berbanding dengan Adriamycin dan terapi kemo!

Sebuah kajian di Purdue University pula membuktikan bahwa daun Graviola mampu membunuh sel kanser secara berkesan, terutama sel kanser: Prostat, Pankreas, dan Paru-paru.

Setelah hampir 7 tahun tidak ada berita mengenai Graviola, akhirnya berita keajaiban ini pecah juga, melalui informasi dari Lembaga-lembaga seperti disebutkan terdahulu.
Kisah lengkap tentang Graviola, dimana memperolehnya, dan bagaimana cara memanfaatkannya, dapat dijumpai dalam Beyond Chemotherapy: New Cancer Killers, Safe as Mother’s milk, sebagai bonus istimewa percuma terbitan Health Sciences Institute. 


Soursop is not like chemo therapy which can not distinguish between cancer cells and healthy cells

Sekarang anda tahu manfaat durian belanda yang luar biasa ini. Rasanya manis-manis masam begitu menyegarkan. Buah yang 100% semulajadi tanpa sebarang kesan sampingan. Sebarkan maklumat berharga ini kepada keluarga, saudara, sahabat dan teman yang anda kasihi.


Nota Dmanja: Dulu kecik-kecik banyak buah ni kat belakang umah..Kitaorang adik-beradik biasa makan..


PERKEMBANGAN BAYI DARI BULAN KE BULAN { 3-4 BULAN }

Ok, seperti dijanjikan kali ini sambungan artikel / info mengenai perkembangan Bayi dari bulan ke bulan.

*BULAN KETIGA *
Menjelang bulan ketiga kebanyakkan wanita mula menampakan tanda-tanda fizikal kehamilan.Mulai bulan ini bayi akan membesar dengan cepat, panjangnya bertambah beberapa milimiter setiap hari. Wajahnya bertambah jelas.Ibu jari, jari kaki, telinga dan kelopak mata telah terbentuk.Beratnya kira-kira satu paun (28kg) dan panjangnya 3 inci (8 cm). 
 
14 minggu :  Credit to Baby center 

Cadangan makanan tambahan untuk ibu-ibu hamil.
PERINGKAT HAMIL :
MULAI MINGGU KE 12 HAMIL
*GUNAKAN B1*
Ni set lengkap Salindah. Dalam set ni ada ceraian B1 yang boleh diambil seawal 3 bulan mengandung.
KHASIAT :
Memberi zat besi mudah hadam yang diperlukan oleh setiap ibu mengandung. Menghilangkan atau mengurangkan muntah dan loya serta alahan. Menolong tumbesaran tian. Mencegah demam, batuk, selesema, sejuk-sejuk, sakit kepala, sakit gigi, dan lain-lain. Menghilangkan kesan jatuh atau rebah. Melancarkan aliran darah unutk mencegah timbul simpul urat di kaki, dan menghilangkan letih lesu. 


*BULAN KEEMPAT*
Seluruh organ bayi telah terbentuk dan ia semakin besar. Menjelang 4 bulan bayi semakin aktif dan mula menolak lengan atau kakinya dalam kandungan.Panjangnya lebih daripada 6 inci (15 cm) dan beratnya lebih daripada ¼ paun (114 g). 

16 minggu : Masa ni pun masih makan ceraian Salindah B1
Sekian dulu buat kali ini...kita sambung next entry plak ya...






Monday, December 27, 2010

500 BLOG BERMULA !

Mari...mari....ala sket lagi nak tutup kedai Ben...

Aku sempat lagi ke ni?  Nak join jugak.....

Pencarian 500 blog telah bermula tepat jam 2 petang pada 26/12/2010 sehingga 2 petang 27/12/2010 ...
Tujuan pengumpulan blog ini adalah untuk membuat satu pertandingan ringkas mencari harta karun di dalam blog blog yang berminat ..

Cara untuk disenaraikan di antara 500 blog tersebut ... mudah saja ... sila buat entri ;
  1. Letak banner  ini.. - Ni dah buat bersama ngan banner sekali..
  2. TAJUK: 500 BLOG ! dan linkkan ke entri ini ...-sudah..
  3. Tuliskan serba sedikit mengenai diri anda dan tujuan jadi blogger .. empunya diri Puan Hawa -boleh jenguk blog hamba di dmanjapenawar.http://dmanjapenawar.blogspot.com/ Tujuan berblogger ni nak cari ramai kengkawan, nak kongsi idea, pendapat, nak kongsi perniagaan dan nak glamor..uhuk..uhuk..
  4. Tinggalkan url entri anda di entri ini ...ok..
  5. tolong paste url anda sekali saja untuk mengelakkan gandaan di senarai ..ok..
Segera ! Untuk melihat senarai terkini , sila klik sini ..

Friday, December 24, 2010

PERKEMBANGAN BAYI DARI BULAN KE BULAN {0-2 bulan}

Anda Hamil anak sulung?

Mari kita berkongsi pengetahuan tentang kehamilan....

Sebelum tu sesiapa yang berminat hendak terokai keajaiban ciptaan Allah boleh tengok kat sini. Untuk lihat semua fasa boleh berkunjung ke laman web Baby Center.



Untuk permulaan ni akak nak kongsi info kehamilan dari 4 minggu ke 8 minggu.. Kadang-kadang wanita tidak perasan bahawa dia sedang mengandung ketika itu terutama yang tidak mengalami apa-apa alahan dan mengandung anak sulung atau ibu-ibu yang terlalu sibuk bekerja... Tapi akak masa mengandung anak keempat ari tu lagi best dah 9 minggu baru perasan...naper? ada la citernya ...he.heh..kalau ada yang tanya nanti akak citer yer...

Ok..kita mula kuliah ya....
Apabila hamil beberapa perubahan fizikal dan emosi akan berlaku.Tempoh haid akan berhenti manakala buah dada menjadi lembut dan besar. Tabiat cara makan juga berubah, kemuraman dan keletihan mungkin berlaku.

*BULAN PERTAMA*

Ketika ini jantung, limpa dan sistem pencernaan bayi mula terbentuk.Bayi mula menerima makanan dan membuang kotoran melalui tembuni dan tali pusat ( pembuluh darah yang menghubungkan bayi yang membesar kepada kulit rahim ). Bayi ketika ini panjangnya kira- kira 1/5 inci (1/2 cm).  Boleh tengok gambar kat bawah ni.. Ni gambar janin yang berusia 4 minggu di dalam rahim ibunya.
Kredit to Baby Center

 
Ni janin umur 5 minggu. Kredit to Baby Center


  *BULAN KEDUA*
Pada hujung minggu kelapan lengan,kaki bayi dan semua organ utama bahagian dalam telah terbentuk.Jantung bayi mula mengepam darah.Wajah bayi mula jelas dan bahagian otaknya mula terbentuk. Panjang bayi ketika ini hampir 2 inci (5 cm). 

Janin ketika berusia 8 minggu.




Cantik gambar ni kan. Ni contoh janin kembar 2, juga berusia 8 minggu.




Ok..cukup buat kali ni..sambung di n3 yang berikut..ok...jumpa lagi...

Note: Gambar-gambar di dalam posting ni dipinjam dari Baby Center.com. 


Friday, December 17, 2010

City-Link oh City-Link

KKali ni nak kongsi cerita , sebenarnya hendak meluahkan rase tak puashati dan kecewa yang amat sangat dengan perkhidmatan kurier City-Link.



Kawan-kawan selalu tak hantar barang atau terima barang dari seseorang? Selalunya la kan you all guna service apa ya? Ya..lah kita kat Malaysia ni kan macam2 ada. Ada ABX ekpress , DHL, GedEx, ada FedEx, City Link – kategori swasta. Katergori kerajaan kita ada Pos Malaysia --->  Pos Laju la tu.

Aku nak cerita pasal City-Link yang servis macam hampeh tak sehebat namanyer..City-Link Express Global Network nama penuh dia kat laman sesawang...dengar nama pun dah tahu ni bukan calang2 company yg beroperasi ni...

Al kisah bermula ceritanya pada 09 Disember yang lalu, customer akak (Pn M) order susu BIO LAC sekotak (6 pek). Akak pun janji nak kurier guna City-Link konon nak lg efisien la. Sebelum ni dah 2 kali Pn M ni order barang, akak hantar ngan Pos Laju..Laju la jugak sampai sebab akak hantar barang kat pejabat pos kul 09.15 pagi Jumaat esoknya Sabtu dlm 11.30 pagi, Pn M beritahu dah dapat barang. The second time pon sama akak hantar kat Pos Kelana Jaya tu dalam kul 3 ptg Khamis, esoknya Jumaat dalam kul 11 pagi pun Pn M dah dapat barang.

Nak dijadikan ceritanya, akak minta tolong Pejabat Jualan kat KL tu pakai City-Link tolong kurierkan barang pesanan customer akak ni la. Pengurus ni (En.L) beritahu akak dia dah pos barang dalam kul 2 ptg pada hari Khamis tu la (09 Dis). So akak dengan senang hati bgtau customer barang dah kurier/pos guna City-Link. Esok sampai la tuh...

Panas hatiku bermula pada tghari Sabtu 11 Dis 2010 apabila Pn M sms beritahu barang dia order kenapa tak sampai lagi.Aik...betul ke....? Iyer..tak dapat lagi..susu anak dia tingal sikit lagi. Akak pun tanya dengan En.L dia kurier pakai apa barang akak ari tu. Katanya barang kurier dengan City-Link ptg Khamis. Selalunya sehari dah sampai kat customer..En.L kata esok sampai. Bila akak minta confirmation betul ke esok (12 Dis - Ahad) boleh sampai ke tangan customer. En. L kata mugkin Isnin la sebab esok cuti.. Aduh...mcmn akak nak explain kat customer ni...duit dia dah bayar hari Khamis lagi.


Macamana pahit pon akak tetap kena beritahu cerita sebenar, segan pon ada tapi yang lebihnya kasihan kat baby dia..maklum la baby dia dah mula minum susu formula..kalau susu habis kan ke naya. 


Hari Ahad akak ke Gombak gi umah adik ipar. Akak telefon Pn,M sebab nak hantar susu satu pek kat dia takut susu anak dia habis...tapi dia ada di rumah emaknya tak de kat Ampang.


Esoknya 13 Dis dalam pukul 4 petang terima call dari wakil En.L kata City Link call customer tak de orang angkat, dah smapi ke alamat tetapi tiada orang di rumah.. Aikk..peliknya..


Akak call Pn M, tak angkat, akak sms then dia call blk tanya kenapa..akak tanya betul ke kat umah dia tak de orang. Ada..emak mertua Pn M ada kat umah. 


Start hari tu aku geram sangat dengan City Link ni..mula-mula dia ckp dia dah dtg umah customer pada Jumaat lepas tapi tak de orang, diaorang cal katanya tiada yg jawab. Sedangkan Pn M sendiri bagitau aku dia ada ka umah hari Jumaat ngan Sabtu tapi tiada pon orang call dia dan tak de pon wakil CityLink datang hantar barang kat umah dia...


Ok la esok City Link tu janji nak hantar lagi..tapi janji tinggal janji..Petang 14 Dis akak telefon wakil En.L diorang kt City Link tak hantar pon ari tu alasan diorang alamat yg diberi tidak lengkap...Aik ari tu kt tiada orang kat umah rupanya tak jumpa cari umah @ tak pergi pon...alih-alih bila tanya lagi disalahkan kita bg alamat tak lengkap...aduih....la nak klentong agak2 la..ni sekejap cakap A kejap cakap B...

Nasib baik malam 14 Dis tu Ncik Asben setuju nak hantar kat Pn M. Ncik Asbenku gi naik LRT ke stesen LRT Cheras, dlm kul kul 0945pm dapat la susu Bio Lac untuk baby Pn M.

En.L tanya samada akak nak pos juga susu tu sebab dia nak suruh City-Link hantar balik susu tu kepada dia. Kalau nak pos dia minta akak bayar lagi RM5 sebab dia nak pos pakai poslaju.. 


Akak beritahu dia, saya memang nak barang tu sampai jugak ke tangan customer tetapi saya tak akan bayar tambahan wang sebab sy sudah bayar kos utk City Link dan bukan salah saya barang tu tidak sampai ke tangan customer....sepatutnya En.L buat laporan kepada pihak atasan City Link...En.L ni baik sangat orangnya...Dia telah pos barang akak tadi menggunakan perkhidmatan pos laju dengan duit dia sendiri ptg semalam 16 Dis...harap2 hari ni customer dapat la....


Terima kasih banyak2 En.L.. Tetapi akak suruh juga En.L buat laporan tentang hal ini kepada pihak atasan City Link..Terpulang la kat dia nak report ke idok.... sebab katanya ni kes pertama barang tak sampai kat customer, sebelum ni tak de masalah.....


Kita minta report sebab sebagai pengguna kita berhak dapat gantirugi seperti slogan yg dipaparkan di laman web City-Link mcm kat bawah ni: 
"same day express OR we'll give you your money back"

Consignment No: 060301205491300
09-Dec-2010

User address as below:

No.29, Jalan 5/1, Taman Sri Raya,
Ampang 68000 Selangor

Previously, akak dah hantar barang 2 kali kepada customer yang sama dengan menggunakan alamat yang sama seperti di atas TETAPI guna khidmat POS LAJU Malaysia....akak pos ari ni esok dah sampai. Tak de plak pos laju punya agen call bgtau alamat tak lengkap...

City Link ni nak alamat lengkap macamana lagi ye? No rumah sudah ada, nama Jalan, nama Taman ada, poskod ada...daerah, negeri semua dah tulis...nak bgtau umah kaler apa, dpn umah ada pokok ape, kereta apa ada kat umah...dll kot.

Sekian..adanya..panjang lebar gitu.. Sebarang komen dan ulasan amat dialu-alukan...



Wednesday, December 15, 2010

Mama Kembar 3 Buat Giveaway, Yay!

Salam buat rakan-rakan blogger...Hari ni akak nak join GA MamaKembar3. Sebenarnya dah lama simpan draf post utk GA ni..Baru ari ni sempat nak edit....

Syarat-syaratnya:
1. Terbuka kepada semua yang mempunyai blog, warganegara dan mempunyai alamat di Malaysia.
Akak ada blog...ni yang korang tengok ni...Memang akak warganegara u...Beralamat di Malaysia...


2. Buat entry di blog korang mengenai giveaway ni dengan tajuk: Mama Kembar 3 Buat Giveaway, Yay! 
Ni..dah buat entry ni...ok tak MamaKembar3?  Tajuk seperti yg disyaratkan oleh penganjur la...kang tk dapat hadiah plak..


3. Jadi follower blog "Mama Kembar 3" DAN "Itsy Bitsy Secrets".
Dua-dua blog Akak dah jadi followerna..Tak caye....sila check....


4. Copy & letak gambar banner giveaway ni di entry dan sidebar blog korang beserta link nya.
Sudah juga.....


5. Tag sekurang-kurangnya 3 orang untuk join giveaway ni & maklumkan pada diorang yer.
Saya tag : 1) Kak Ina
                  2) Pn Stoberi  
                 3) Pn Ejamaria
 Telah akak maklumkan kat diorang...


6. Tinggalkan url link entry and ID follower korang di ruangan komen post ini.
 Ok...dah tinggal komen...


7. Hadiah berupa barangan Victoria's Secret & Telekung Travel ditaja oleh Itsy Bitsy Secrets ~ WAJIB sebut tentang hadiah ni dalam entry korang yer.
Sebut....eh...alah tak boleh sebut...tapi akak dah letak copy paste sebenarnya maklumat dlm entry di blog akak. OK tak?
8.  Tarikh tutup: 6 Januari 2011
Uih..lambat lagi tuh...ada dekat sebulan lagi tuh...apa lagi..sesiapa yg blom join cepat la join...ala ttakyah la join nanti tipis la peluang akak nkdpt hadiah...(busuk hati tul...) he..he...jgn mare ya...


Dan inilah hadiah-hadiahnya:


Hadiah Pertama:
Pure Seduction Midnight Body Lotion + Body Mist + Telekung Travel


Hadiah Kedua:
Island Waters Body Mist + Telekung Travel

  Hadiah Ketiga: Telekung Travel

Wah...sungguh teruja akak melihat hadiah2 nyer...Dapat satu pun jadi la,,,

Tuesday, December 14, 2010

Our Wedding Anniversary 13 12 2010

Wedding Anniversary @ Ulangtahun Perkahwinan merupakan antara hari2 istimewa bagi pasangan yang telah mendirikan rumahtangga...Anda bagaimana? Siapa yang berkongsi tarikh istimewa ini dengan akak..? Angkat kaki.....ops....ops...kalau kat umah tak ape..kalau kat tempat kerja jangan buat ooo...

Hari ni genap 12 tahun kami telah hidup bersama sebagai suami isteri...anak-anak pengikat kasih sayang kitaorang 4 orang...2 puteri n 2 putera.

Betul....bila tengok muka anak2 tak jadi nak marah, atau kalau tengah marah..jd sejuk plak...hidup kita ada arah tujuan dan tanggungjawab yang telah diamanahkan ALLAH untuk dijaga dan dipelihara....anak2 antara anugerah tak ternilai yang telah diamanahkan Allah kepada ibubapa untuk dibimbing ke jalan mardhotillah...
Walaupun akak belum mampu menjadi seorang ibu atau seorang isteri Mithali...yang boelh dibanggakan oleh anak-anak dan suami tetapi akak tetap berharap dan berdoa agar diri ini terus dihormati, disayangi ketika hayat ini dan didoakan dan dikenangi bila hayat sudah tiada lagi.

Anak-anak permata hati...semoga kalian menjadi anak-anak yang soleh dan solehah...berjasa kepada Agama, bangsa dan negara.

La....ish.....ish....punya la dari pepagi 13 12 semalam akak mengarang post ni sampai la ni tak terpublish lagi... Balik kerja td....pening kepala + sakit kaki... rehatkan diri....main ngan anak2...Malam ni layan makan muffin oren ngan muffin carrot sempena Anniversary akak...Fatin sibuk nak makan mushroom sup Auntie Rozie dia bekalkan semalam....Semalam kami semua gi Hi tea Birthday Party Nayly anak adik suami akak...Western Dishes...best n sedap sangat..anak-anak sampai tak nak balik......

Ni 2 orang puteraku baru melelapkan mata, akak buka laptop, si Darwisy sibuk nak jugak pegang2....adui la....Ncik Asben tak blk lagi kena g opis la plak katanya kul 11, 13 Dis tadi nak siapkan order customer....

Alahai ...apa la nasib badan...ingatkan dapat la bermanja2 ber romantik2 di malam Anniversary ini tapi rupanya tergigit jari plak akak sensorang....
Ya Allah....Peliharalah Suamiku dari segala kejahatan dan tipu daya di dunia ini, selamatkan dia di dunia dan akhirat, murahkan rezekinya, permudahkan segala urusannya,
jadikanlah Aku sebagai isteri dan anak-anak kami penyejuk matanya......

Aaamin....
 


Rahsia Kebahagiaan Rumahtangga


Setiap isteri amat mendambakan seorang suami yang boleh menjadi pembantu dan juga penyenang hatinya, bukan hanya si isteri sahaja yang perlu menyenangkan dan juga menolong suaminya. Inilah rahsia kebahagiaan rumah tangga yang jika suami dan isteri sama-sama dapat memahami dan memenuhi keperluan dan kehendak pasangannya, rumah tangga yang sedia terbina akan terus terjalin bahagia dan dibarkahi. Berikut adalah beberapa tip yang boleh dijadikan panduan kepada suami mahupun bakal suami dalam meningkatkan pengetahuan tentang kehendak hati isteri dan sekaligus meningkatkan kepercayaan dan keyakinan si isteri terhadap suami dalam memimpin keluarga.

1. Imam Solat
Suami yang mampu menjadi imam dalam solat adalah amat jelas mampu memimpin rumah tangganya. Maka isteri akan hormat kerana suaminya mempunyai kredibiliti yang sememangnya menjadi tuntutan dalam berkeluarga. Mampu menjadi imam dalam solat adalah tanda bahawa suaminya mampu memimpinnya ke jalan yang lebih baik dalam agama.

2. Mengajarkan ilmu-ilmu agama
Ini adalah perkara mencabar untuk anda wahai bakal suami dan para suami kerana bukan untuk kita membimbing keluarga dengan ilmu-ilmu agama. Ramai di antara kita hari ini mampu menyediakan peralatan hiburan di rumah tetapi tidak dapat menyediakan peralatan untuk mengajarkan ilmu-ilmu agama. Sekiranya kita tidak mampu, carilah guru yang dapat membimbing kita dan keluarga kita.

3. Suami yang matang
Ramai suami nampak matang sebelum mendirikan rumah tangga, tetapi hakikatnya tidak setelah mereka berkeluarga. Suami perlu matang dalam memberikan keputusan kerana isteri tetap akan meminta pandangan suami walaupun dia mungkin dapat membuat keputusan terhadap sesuatu perkara.

4. Pandai Memasak
Suami adalah penjaga kepada isteri dan anak-anak. Jangan kita hanya menjadi suami yang hanya tahu memakan air tangan isteri, kerana sebenarnya isteri juga akan lebih menyayangi suami yang pandai memasak. Air tangan suami juga mampu mengeratkan hubungan antara suami isteri dan juga anak-anak.

5. Suami yang ‘independent’
Tahu menguruskan diri sendiri. Jangan hanya mengharapkan isteri untuk membasuh pakaian dan menggosok baju kerana ada waktunya mungkin isteri kita tidak dapat melakukan itu semua. Suami yang mampu melakukan kerja-kerja isteri mampu kelihatan comel dan romantik di mata si isteri. Cubalah, anda pasti akan nampak hasilnya nanti!

6. Mempunyai prinsip dan pendirian
Suami tidak boleh kelihatan lemah dengan hanya mendengar dan mengikut pandangan ahli keluarga sekiranya berlaku masalah keluarga.. Pendirian ini akan menunjukkan bahawa anda suami yang hebat di mata isteri. Pandangan ahli keluarga hanyalah pembimbing bukanlah keputusan kepada masalah anda.

7. Menjaga anak-anak bersama isteri
Banyak berlaku di kalangan kita, isteri ditatang bagai minyak yang penuh ketika sedang mengandung, tetapi setelah selamat bersalin suami hanya menyerahkan penjagaan anak kepada isteri sepenuhnya. Lebih-lebih lagi jika anak yang dilahirkan bukan anak sulong. Isteri mengalami kepenatan menguruskan rumah tangga 2 kali ganda selepas melahirkan anak. Tanggungjawab ini juga perlu dirasai oleh suami. Bersamalah bangun malam ketika anak menangis kelaparan. Pastinya isteri akan lebih menghargai kerjasama yang anda berikan.

8. Jadilah suami serba tahu
Suami yang serba boleh dengan erti kata mempunyai pengetahuan yang serba-serbi. Isteri amat rasa kagum apabila suaminya mempunyai pengetahuan dalam pelbagai bidang. Baik dari selok-belok rumah tangga, ekonomi, politik, pendidikan dan sebagainya. Suami yang sebegini bukan sekadar disayangi isteri bahkan juga disayangi mertua.

Friday, December 10, 2010

Terimalah aku seadanya....Sayang...

Catatan ini khusus untuk insan bergelar suami dan juga isteri yang telah melayari bahtera hidup berumahtangga dan terus  berusaha menjaga kebahagian hidup berkeluarga demi kelangsungan hidup di dunia yg fana ini menuju kehidupan yang Abadi nun di sana...


Pernikahan itu…
membuka tabir rahsia, bahwa isteri yang kita nikahi…
tidaklah secantik Zulaikha... tidaklah selembut Aisyah,
tidaklah setakwa Maryam... tidak pula setabah Fatimah,
apalagi semulia Khadijah...
akan tetapi dia hanyalah perempuan akhir zaman yang ingin memperbaiki diri, untuk belajar menjadi seorang wanita yang solehah…
ia adalah wanita yang tidaklah sempurna, sehingga ia merasa sempurna ketika Tuhan menakdirkan kita hadir dalam kehidupannya, untuk selalu setia menemaninya saat senang maupun susah…

pernikahan itu…
mengajarkan kita kewajiban bersama…
jika isteri menjadi tanah, kitalah langit penaungnya
jika isteri ladang tanaman, kitalah pagar penjaganya
jika isteri adalah murid, kitalah pembimbingnya
jika isteri bagaikan anak kecil, kitalah tempat bermanjanya
saat isteri menjadi madu, teguklah sepuasnya
seketika isteri menjadi racun, kitalah penawar bisanya
seandainya isteri tulang yang bengkok, maka lemah lembutlah saat meluruskannya ...
pernikahan menyedarkan suami isteri, perlunya iman dan takwa, untuk bersama meniti sabar dalam menggapai redhaNya...

pernikahan itu…
menyingkap tabir rahasia, bahwa suami yang kita nikahi…
tidaklah setampan Yusuf… tidaklah segagah Musa,
tidaklah setaat Ibrahim... tidak pula setabah Ayyub,
apalagi semulia Muhammad…
akan tetapi dia hanyalah laki-laki akhir zaman yang ingin memperbaiki diri, untuk belajar menjadi seorang pria yang soleh…
ia adalah pria yang tiadalah sempurna, sehingga ia merasa sempurna ketika Tuhan menakdirkan kita hadir dalam kehidupannya, untuk selalu setia di sampingnya saat senang maupun susah…

pernikahan itu…
mengajarkan kita tanggung jawab bersama…
jika suami menjadi rumah, kitalah penghuninya
jika suami nahkoda kapal, kitalah pembaca petanya
jika suami bagai anak kecil yang nakal, kitalah penuntun kenakalannya
saat suami menjadi raja, nikmatilah anggur singgahsananya
seketika suami menjadi bisa, kitalah penawar racunnya
seandainya suami sedang marah, maka bersabarlah saat memperingatkannya...
pernikahan menginsyafkan suami isteri, perlunya iman dan takwa, untuk bersama meniti sabar dalam mencari redhaNya...

pernikahan itu…
bagaikan sebuah bahtera…
bahtera yang bersandar di pelabuhan itu memang aman dan nyaman, namun bukanlah itu tujuan dibuatnya bahtera… begitu pula bahtera rumah tangga, akan selalu ada terpaan gelombang yang menerjang, pun badai cobaan yang menghadang… kadang kecemburuan, kadang perselisihan, kadang fitnah, kadang perdebatan, kadang saling mendiamkan, kadang menipisnya kepercayaan, atau kadang tak sejalan… adalah hal yang lumrah dalam rumah tangga pernikahan… maka kesabaran, kerendah hatian, kelemah lembutan, berlapang dada, saling memahami dan saling memaafkan, adalah kunci utama untuk menjaga ikatan suci pernikahan…

pernikahan itu…
kebahagiaan sesungguhnya bukan pada…
menggunungnya harta yang kita kumpulkan, atau kelapangan hidup yang selalu kita dapatkan… apabila ternyata semua itu hanyalah cobaan, atas segala kelalaian kita akan kampung halaman abadi yang Dia janjikan… bila semua itu menjadikan kita hamba ketenaran, yang berlumba dalam kemewahan, tak peduli lagi mana halal mana haram, hingga tibanya hari yang dijanjikan… maka pada hari itu, para kekasih saling mengingkari, suami isteri yang di dunia dulu seperti putri dan pangeran, kini mereka bermusuhan dan saling menyalahkan… sebab mereka dahulu tidak saling melarang dalam keburukan… dan adakah kerugian yang lebih perih bila sampai kita diheret ke dalam neraka yang dinyalakan...

pernikahan itu…
kebahagiaan sesungguhnya ada pada…
barakahnya rezeki yang kita kumpulkan, serta diberikanNya kita petunjuk dalam keimanan, ketakwaan, dan ketaatan, hingga tibanya hari yang dijanjikan… maka pada hari itu, para kekasih saling dipertemukan, karena seorang kekasih akan bersama lagi dengan yang dikasihinya, seorang isteri akan kembali bersama suami yang dicintainya… sebab mereka dahulu saling bersabar dalam melakukan kebaikan… dan adakah keuntungan yang lebih indah dari diucapkannya salam yang iringi kita bersama orang-orang yang kita cintai untuk masuk ke dalam syurga abadiNya yang ditinggikan...

pernikahan itu...
bukanlah sebuah pertemuan...
antara malaikat dan bidadari...
melainkan pertemuan antara seorang adam dan seorang hawa...
yang masing-masing memiliki kelebihan dan kekurangan,
oleh karena itulah mereka saling melengkapi...

maka janganlah menuntut terlalu tinggi daripada sang isteri
kerana justru kita sendirilah yang akan tersentak, atas kekurangan diri...
ternyata kita bukan Rasulullah yang begitu adil dan bijaksana,
ternyata kita bukan pula Ali yang begitu berkasih sayang pada keluarga...

maka janganlah menuntut terlalu tinggi pada sang suami
sebab justru kita sendirilah yang akan tersentak, atas kelemahan diri...
ternyata kita bukan Khadijah yang begitu sempurna dalam menjaga,
ternyata kita bukan pula Fatimah yang begitu setia dalam sengsara...

mengapa kita terlalu mendamba isteri sehebat Khadijah, andai diri tak semulia Rasulullah...
mengapa kita terlalu mencari isteri secantik Balqis, andai diri tak sehebat Sulaiman...
mengapa kita terlalu mengharap suami setampan Yusuf, andai kasih tak setulus Zulaikha...
mengapa kita terlalu mencari suami seteguh Ibrahim, andai diri tak setabah Hajar dan Sarah...
kita ini hanyalah lelaki dan perempuan akhir zaman, yang ingin saling memperbaiki diri untuk belajar menjadi pria dan wanita yang soleh dan solehah... dan bersama membangun keluarga yang sakinah, mawaddah wa rahmah...

Aaminnnn....terima kasih tuan blog Biru vs Pink.  Boleh dikatakan beliau ni pengantin baru sebab tak sampai setahun lagi berkahwin.. Moga cepat jadi ibu ya...

myMetro | Suami main cinta di Facebook

myMetro | Suami main cinta di Facebook

Monday, December 6, 2010

Salam Maal Hijrah 1432 @ Awal Muharram ....sedikit pengenalan...

PENGENALAN AWAL MUHARRAM

Alhamdulillah...dah selamat menunaikan Maghrib dan baca doa Awal tahun... Selamat menyambut Maal Hijrah 1432 esok 1 Muharram 1432H.

Asyik cakap Awal Muharram, Maal Hijrah...apa sebenarnya? Sedikit pengertian awal Muharram...Dipinjam dari blog Pretty Abaya. Moga kita sama-sama menambah saham akhirat dengan perkongsian maklumat ini. InsyaAllah. Catatan ini juga sebenarnya sebagai ingatan untuk penulis sendiri, anak-anak, suami dan keluarga tercinta.

MUHARAM adalah bulan pertama dalam Sistem Kalendar Islam (Hijriah). Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91).
Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan. Rasulullah s.a.w telah menamakan bulan Muharram sebagai bulan Allah (shahrullahi).
Sandaran yang dilakukan oleh Baginda s.a.w kepada Allah s.w.t lantaran kemuliaan dan kelebihan bulan ini kerana sesungguhnya Allah s.w.t tidak merujukkan kepadaNya melainkan oleh golongan khowas (terkhas) di kalangan makhluk - makhlukNya.
Daripada Al-Hassan Al-Basri rahimahumullah sesungguhnya Allah s.w.t telah membuka lembaran tahun baru di dalam takwim Islam dengan bulan Muharram. Tidaklah kedapatan bulan yang lebih mulia dalam takwim Islam di sisi Allah s.w.t itu selepas bulan Ramadhan melainkan bulan Muharram. Ianya dinamakan bulan Allah yang khas disebabkan besarnya kehormatannya.


Doa Awal Tahun
Maksudnya :
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia. Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Doa Akhir Tahun
Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu. Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

PERISTIWA PENTING BULAN MUHARRAM
  1. 1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah).
  2. 10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.
Pada 10 Muharam juga telah berlaku:
  1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
  2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
  3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
  4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
  5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
  6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
  7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
  8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
  9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
  11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
  12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
  14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
  15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  16. Allah menjadikan 'Arasy.
  17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  18. Allah menjadikan alam.
  19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  20. Nabi Isa diangkat ke langit.

Salam Kasih Sayang...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nak Order / Beli barang? Sila isi borang dulu ye..

Name:
Phone No / Tel:
Email Address:
Sila jelaskan nama barang dan kuantiti
Alamat
Total kena bayar

Put a website form like this on your site.

Followers