Jom Klik

Sunday, January 23, 2011

Salah Faham Tentang Produk Salindah


Produk Salindah adalah antara produk 'panas' keluaran Era Edar Marketing Sdn. Bhd. 
Era Edar Marketing Sdn. Bhd. merupakan salah sebuah syarikat milikan penuh Bumiputera yang menjalankan perniagaan Single Level Marketing. Ianya diformulasikan oleh Allahyarham Prof Dr Azizan b Ismail. Salindah adalah rencana pemakanan kesihatan yang paling lengkap yang telah berjaya dihasilkan dan banyak memberi kebaikan kepada wanita yang menggunakannya.

Salindah telah dihasilkan mengikut kaedah perubatan Homeopati, Biokimia dan Herbalisme yang tidak akan mendatangkan kesan-kesan sampingan atau keracunan kepada pengguna. Kesan kebaikan SALINDAH ini merangkumi peringkat waktu sebelum dan selepas bersalin. Lumrahnya wanita yang mengandung akan menghadapi pelbagai masalah. Pada kalangan ahli perubatan, masalah berat ini dinamakan 'Faktor Berisiko Tinggi'. Masalah yang sering dihidapi oleh wanita mengandung seperti loya, muntah, pening berpusing, kurang selera makan, ada kecenderungan beradarah dari rahim, keguguran, sakit gigi, sembelit, krem, anak songsang dan lain-lain lagi. Semasa dan selepas bersalin pula, masalah yang dihadapi oleh wanita ialah tersangkut uri semasa melahirkan, tumpah darah, sakit meroyan, rahim tergelincir, sembelit, kencing tertahan, kurang susu dll. 

Berdasarkan kajian dan kes yang telah diterima, maka didapati bahawa salah satu daripada punca yang membawa kepada masalah tersebut adalah pengambilan makanan dan minuman yang tidak betul. Maka, jauhi atau kurangkan daripada mengambil makanan atau minuman berikut :
  • Garam yang dicampurkan ke dalam makanan secara berlebihan
  • Masakan yang tinggi kandungan gula, minyak, rempah-rempah, bahan perasa, bahan penaik, pewarna dan kicap
  • Makanan dan minuman di dalam botol, terutama jenis peraman, awetan, buahan bersirap, dan minuman bergas.
  • Makanan yang menggunakan tepung gandum yang halus kerana tepung gandum yang dikilang halus ini sebenarnya menjadi racun pada tubuh.
  • Minum air yang tidak dimasak atau ditapis mengandungi kandungan klorin atau fluorid disamping bahan plumbum daripada paip yang digunakan.
  • Minum kopi atau menghisap rokok telah didapati oleh pakar-pakar perubatan sebagai tidak baik bagi ibu hamil kerana ia boleh memudaratkan kandungan.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nak Order / Beli barang? Sila isi borang dulu ye..

Name:
Phone No / Tel:
Email Address:
Sila jelaskan nama barang dan kuantiti
Alamat
Total kena bayar

Put a website form like this on your site.

Followers