Jom Klik

Sunday, December 16, 2012

Gentle Hypnobirthing - Bersalin secara Semulajadi

Teruja betul baca kisah wanita-wanita SUPER MOM yang berani melahirkan anak tanpa bantuan bidan atau misi/doktor di abad ini...apa-apa pon tahniah kepada mereka semua..

Boleh baca kisah-kisah mereka di sini....Natural Birth without Drug

Kalau la suami aku seorang yang berani mau jugak aku bersalin secara 'Gentle Hypnobirthing' ni without any drugs...di rumah sendiri...tapi bila aku tanya abang boleh tak nanti kita bersalin kat umah je, abang yang sambut baby...eiii tak nak katanya...awak tu bukan jenis yang mudah nak bersalin...

La..bukan keempat2 anak sebelum ni semua abang tengok bagaimana saya melahirkan? Pasal tengok la abang tak berani...semuanya jenuh teran baru nak keluar...he..he...ntah la..tak berpeluang la aku nak bersalin secara natural kat rumah ni...hu..hu..hu..

Walaupun kelahiran anak yang keempat aku tidak rasa sakit seperti sebelumnya (3 kelahiran sebelum ini) tetapi kelahiran Danial amat mencemaskan sebab sewaktu doktor hendak pecahkan air ketuban - dia terkejut kerana kepala baby tidak berada di bawah sebaliknya telah 'oblige' - melintang kedudukannya sedangkan waktu itu bukaan sudah 5cm.

Pemeriksaaan jantung baby juga menunjukkan jantung baby telah mulai lemah dgn paras bacaan cuma 90 shj. Doktor hampir2 hendak melalukan c-sect tetapi keajaiban berlaku kadar denyutan jantung baby kembali normal..dan doktor ambil keputusan utk pecahkan air ketuban sambil nurse menekan bahagian kepala baby agar terus turun ke bawah. 

Waktu itu bukaan sudah 6cm..doktor pesan kalau ada rase nak teran, jgn tahan2..dan akhirnya doktor srh teran walaupun bukaan blom 10cm lagi untuk mengelakkan kepala baby naik semula..Alhamdulillah Danial selamat juga dilahirkan dalam situasi yang begitu mencemaskan - saat keluarnya baby - tali pusat terbelit dilehernya..nasib dr pakar yang menyambutnya..terima kasih Dr Khamsiah (Hospital Pakar An Nur Khasanah).

Berbalik kepada tajuk di atas...

"Bersalin adalah satu proses semula jadi yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T kepada setiap wanita yang mengandung. 

"Tidak ada mana-mana wanita mengandung yang akan kekal mengandung selama hayat mereka, cukup tempoh anak akan keluar melalui saluran peranakan ibu sebagai satu tindak balas semula jadi sistem tubuh mereka," ujar Nadine Ghows, pengasas The Gentle Birthing Group (GBG), sebuah kumpulan sokongan untuk ibu-ibu yang memilih untuk bersalin secara normal.

Kini menurut Nadine, di negara-negara Eropah bersalin normal di rumah menjadi pilihan kebanyakan ibu-ibu di sana.

Malah kebanyakan daripada mereka juga berminat memilih kaedah bersalin normal di dalam air untuk menambah pengalaman melahirkan anak.
"Ada di kalangan wanita yang mula mempersoalkan tentang penggunaan ubat-ubatan ketika proses bersalin.

"Kelahiran normal bukan sahaja memberikan satu kelahiran yang tanpa sebarang intervensi malah ia memberi si ibu membuat keputusan sendiri untuk melalui proses bersalin yang mereka mahu.

"Kita perlu didik minda kaum ibu bahawa setiap penggunaan ubat-ubat kimia memberi kesan kepada bayi yang dilahirkan. 

"Sebagai contoh, seorang ibu yang mengambil gas etonox untuk mengurangkan rasa sakit ketika bersalin mungkin tidak mengetahui gas tersebut boleh sampai kepada bayi mereka dan sedikit sebanyak memberi kesan pada bayi. Antaranya bayi mungkin akan lambat bertindak balas terhadap penyusuan dan beberapa masalah lain lagi yang masih dalam kajian. 

"Jika kandungan tidak mempunyai apa-apa komplikasi, pilihan terbaik ialah bersalin secara normal tanpa sebarang intervensi," jelasnya yang ditemui di kediaman ibunya yang terletak di Subang, Selangor, baru-baru ini.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nak Order / Beli barang? Sila isi borang dulu ye..

Name:
Phone No / Tel:
Email Address:
Sila jelaskan nama barang dan kuantiti
Alamat
Total kena bayar

Put a website form like this on your site.

Followers