Jom Klik

Thursday, December 29, 2011

Cinnamon Pull APart Bread - Yummy...






Salam semua, alhamdulillah anak-anak dah kembali ke pangkuan Mama ngan Papa dan sedang membilang hari untuk menyambung sesi persekolahan 2011..

Terima kasih Tok Wan ngan Mak Lang yang sabar melayan kerenah puteri-puteriku..

Alhamdulillah besday Danial Darwisy yang sepatutnya disambut hari ini kami sambut awal 2 hari di kampung bersama dengan Tok Wan...

Danial Darwisy sudah 2 tahun hari ini. Selasa pagi kami makan roti Cinnamon yang ternyata memang sedap...terima kasih kawan-kawan blog yg sibuk bercerita tentang keenakan roti ini. Oleh kerana cerita-cerita kalian yg begitu menarik aku telah berusaha untuk menjadikan Cinnamon Pull APart Bread suatu kenyataan.

Pagi ini kami sekeluarga menjamah lagi roti ini...alhamdulillah dapat juga dibawa ke pejabat hari ini bersama cempedak goreng.

Terima kasih emak kerana membekalkan 3 biji buah cempedak..sudah 2 pagi kami makan cempedak goreng yg begitu enak...

Cinnamon Pull APart Bread

Recipe: Joy the Baker

source : Shidah &  K.Nor



For the Dough

2 3/4 cups plus 2 tbs tepung gandum

1/4 cup gula kasar

2 1/4 sudu kecik yeast

1/2 sudu kecik garam

4 tbs butter

1/3 cup susu penuh krim

1/4 cup air

2 biji telur (size A)

1 sudu kecil Vanilla extract



For the Filling



1 cup gula kasar ~ sy guna Cuma 2/3 jer.

2 sudu kecil serbuk kayu manis (cinnamon) 

1/2 sudu kecil serbuk buah pala (nutmeg) ~ sy skip sbb tak ada stok

4 tbs butter - dicairkan sehingga menjadi brown




Cara:

Dalam mangkuk yang besar, campurkan 2 cawan tepung, gula, yis dan garam. Ketepikan

Pukul telur, ketepikan

Dalam small saucepan, campurkan susu dan mentega, panaskan sehingga mentega cair. Ketepikan dan masukkan air dan vanilla extract. Biarkan seketika sehingga mixture menjadi suam2 kuku.

Tuangkan mixture susu dan mentega tadi ke dalam bahan kering, kacau dengan senduk. Masukkan telur dan kacau lagi. Add 3/4 cup tepung, dan uli sehingga sebati. The dough will be sticky. Masukkan dough kedalam mangkuk besar yang telah digris dengan butter/minyak. Tutup dengan kain atau cling wrap, biarkan sehingga dough naik 2 kali ganda.



note : dough yang sudah naik, boleh disimpan di dalam peti semalaman, dan diguna keesokan hari.



Sementara menunggu dough naik, campurkan gula, serbuk kayu manis dan serbuk buah pala di dalam mangkuk.  *utk kaedah membentuk roti ni sila rujuk/klik pada link Joy OF Baker atau Shidah



Bila dough dah naik 2 kali ganda, bolehlah dimasukkan ke dalam oven yang telah dipanaskan.








2 comments:

AdiaLuze said...

Laa .. Gambo takde ke kak .. ekeke ..

Besar dah bujang kecik akak ni yee .. Hmmm ..

lina said...

salam awa - kak ina dah buat mmg sgt tak sabar nak makan nya...harum satu rumah bau cinnamon kan :) sedap, lembut serta sgt senang nak membuat nya...Thanks awa bagi tahu roti ni sgt sedap :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nak Order / Beli barang? Sila isi borang dulu ye..

Name:
Phone No / Tel:
Email Address:
Sila jelaskan nama barang dan kuantiti
Alamat
Total kena bayar

Put a website form like this on your site.

Followers