Menjelang Hari Asyura pada 10 Muharram
Hari Asyura tahun ini pada 6.12.2011 bersamaan 10 muharram 1433 hijrah.
Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram):
1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya – Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya – Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
3. Menahan marah. Fadilatnya – Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya – Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya – Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
6. Bersedekah. Fadilatnya – Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati.
7. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
8. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya – Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
9. Mandi Sunat. Fadilatnya – Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: “Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.”
10. Bercelak. Fadilatnya – Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
11. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000 kali. Fadilatnya – Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
12. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya – Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: “Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala.” Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11 kali.
13. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat – Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
14. Puasa. Niat – “Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.” Fadilat – Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.
dari laman web al-azim.com
Semoga kita tidak terlepas melakukan amalan sunat menjelang hari Asyura. Pada hari asyura juga selalunya kita menikmati manisnya bubur Asyura. Seronoknya terkenang zaman kecil-kecil dulu kat kampung mesti dapat makan bubur asyura yang telah beku dan dipotong-potong.
Semoga kita tidak terlepas melakukan amalan sunat menjelang hari Asyura. Pada hari asyura juga selalunya kita menikmati manisnya bubur Asyura. Seronoknya terkenang zaman kecil-kecil dulu kat kampung mesti dapat makan bubur asyura yang telah beku dan dipotong-potong.
-Hawa-
No comments:
Post a Comment