Jom Klik

Saturday, February 12, 2011

Roti Croissant

CROISSANTS

Taa...daa..jom makan roti.
Roti siput ala Croissant


Aku suka sangat roti ini.. Sudah lebih 3 kali buat ni..Resepi yang aku guna ambil dari kawan Kak Ina.. TQ Kak INa sudi ajar nak buat roti lembut dan sedap...

Resepinya:

Cara uli roti dan bagaimana nak bentuk doh croissant mari kita tengok blog Mamafami


Gambar ini pinjam dari blog MamaFami yg glamor tu..

Cek resepi.............

BAHAN-BAHANNYA :-
250 gram tepung roti (high protein flour)
50 gram gula halus @ gula kastor
1/2 camca teh garam halus 
10 gm susu tepung
1/4 camca teh bread improver
1/4 camca teh bread softerner
30 gm telur (pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang)
6 gm yis segera
20 gm mentega
125 ml air suam ( lina guna ais sejuk dlm peti ais kata guru utk membuat kan roti lebih lembut dan air jgn letak semua , masukan sedikit2 nnt takut terlembik pulak ye kawan).
Kalau saya, selalunya akan buat dua adunan (darab 2 la ya semua bhn2 di atas). Instant yeast tu saya guna Mauripan (11gm).  Susu tepung mesti la guna susu Bio Lac...Bread softener tak guna pun sebab tak de pon. Tak jumpa lagi. Cuma guna Bread improver je.. Memang sedap roti ni..Lagi-lagi kalau buat kecik2 je comel dan senang nak ngap..

Selamat mencuba...:)



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nak Order / Beli barang? Sila isi borang dulu ye..

Name:
Phone No / Tel:
Email Address:
Sila jelaskan nama barang dan kuantiti
Alamat
Total kena bayar

Put a website form like this on your site.

Followers