Jom Klik

Tuesday, January 15, 2013

Temuduga kelayakan di SMA Al Falah, Batu Talam, Dong, Raub Pahang - Bahagian 1

Malam Khamis lepas baru perasan maklumbalas dari rakan FB tentang komen /luahan/harapan aku yang ingin menghantar anak sulungku ke Sekolah Menengah Agama..

Kak Long sekarang belajar di Kelas Rancangan Khas (KRK) di SMK Seksyen 1, Bandar Kinrara, Selangor.

Walaupun aku sendiri belum pernah sampai ke daerah Dong atau Raub ini tetapi tetiba hati aku tergerak hati untuk mencuba nasib membawa anakku ke sana untuk sesi temuduga kelayakan.

Tambahan bila aku menghubungi sahabat En Rohizan, dia kenal Guru Besar SMA Al Falah tu. Aku minta beliau tolong 'dealkan' macamana untuk berhubung dengan Guru Besar dan memohon kemasukan anakku ke sana..

Alhamdulillah, walaupun En Rohizan ni bekas pelajar SMA AlKhairiah, Temerloh tetapi sebenarnya aku hanya kenal pada nama sahaja..tidak pada fizikal dan rupa.. Rupanya dia junior aku 2 tahun..sebaya dengan sepupuku yang juga belajar di sekolah yang sama...Katanya, dia telah menghubungi Guru Besar SMA Al Falah - Cikgu Hasanuddin Md Isa dan aku diminta membawa anak ke sekolah tersebut untuk sesi temuduga pada Isnin depan (14 Jan 2013) semalam la tu...

Pada hari Jumaat tu aku ada juga menghubungi beberapa SMA di Pahang bertanyakan kekosongan tempat untuk anakku belajar tetapi hampa kerana diberitahu tempat semua sudah penuh...

Aku memberitahu suami tentang perkara ini. Suami kata Kak Long dah seronok belajar kat kelas dia tu..hendak ke dia pergi sekolah lain...Aku sempat beritahu Kak Long pagi Jumaat lepas sebelum dia ke sekolah dengan ayahnya...adakah dia mahu ke SMA? katanya nak...Aku nasihatkan nanti balik dari sekolah tolong hafal banyak-banyak ayat lazim sebab Isnin depan nak pergi temuduga.. 

Adakah Nurnabilah Huda berjaya di dalam sesi temuduga tersebut? Ya Allah permudahkan segala urusan kami..hanya pada Mu aku bermhon dan mengharap...aamin...ya Rabbal 'Alamin.....


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nak Order / Beli barang? Sila isi borang dulu ye..

Name:
Phone No / Tel:
Email Address:
Sila jelaskan nama barang dan kuantiti
Alamat
Total kena bayar

Put a website form like this on your site.

Followers