Jom Klik

Wednesday, November 2, 2011

Promosi - Minyak MORHABSHI - 1000 guna

MINYAK MORHABSHI bukan-lah minyak angin dalam erti kata sebenar. Bukan juga ubat gatal atau ubat sakit perut semata-mata.


Yang nyata, Minyak Morhabshi BUKAN minyak panas.

Harga Promosi: RM5.50 (SM), RM6.50 (SS)

Pilihan terbaik untuk semua...Sila dapatkan Minyak Morhabsi dari saya...
Produk 'HOT' ini  - Minyak Morhabshi kini sudah didaftarkan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia dengan nombor pendaftaran NOT110703273K.


Antara khasiat Minyak Morhabshi: 

* histeria
* dirasuk syaitan
* sihir (buatan orang)
* santau bayi 'diganggu'
* bayi 'kembung'
* sawan tangis
* pusat bayi (agar mudah tanggal)
* batuk lelah/asma
* sakit gigi
* senak
* cirit birit
* kanser
* kayap
* kurap
* gatal-gatal (termasuk celah jari kaki & pangkal paha)
* jerawat batu (termasuk bisul kecil pada muka, kepala, tubuh)
* kudis bisul
* melecur terkena api atau air/minyak panas
* gigitan serangga & binatang bisa.


Ramuannya terdiri daripada lebih 30 jenis akar kayu serta herba yang dikumpulkan dari dalam dan luar negara melangkaui wilayah nusantara (kepulauan Melayu). Manakan tidak; Morhabshi (Myhrr) sendiri hanya dapat ditemui di benua Afrika, Tanah Arab, dan di luar alam Melayu.

Barangkali itulah sebabnya resin morhabshi agak janggal dalam budaya Melayu. Morhabshi atau nama saintifiknya Commiphora Myrrha asalnya adalah bahan eksklusif untuk keluarga diraja serta golongan bangsawan.

Dikatakan nilainya setanding dengan nilai emas yang sama beratnya (lihat wikipedia).

Manakala herba dan akar kayu seperti Raja Kayu, Bayam Batu, Keduduk Putih dan sebagainya memang sudah terkenal dan menjadi amalan tradisi masyarakat Melayu sejak dahulu kala meliputi semenanjung Tanah Melayu, Sumatera, Jawa, kepulauan sulu, Borneo sehingga menganjak ke Siam, Burma, dan Indocina.

Sebahagian daripada tumbuhan yang mempunyai pelbagai khasiat itu memang sudah lazim hadir dalam bentuk minyak seperti minyak zaitun, minyak bijan, minyak jarak, serta minyak sawit.

Satu lagi bahan ekslusif yang turut menjadi keluarga Minyak Morhabshi ialah Safron atau Zaafaron yang harganya mencecah ribuan ringgit bagi setiap kilogram. Safron adalah satu lagi bahan yang tidak terdapat di kepulauan Melayu. Sayidina Ali mengatakan orang yang mengamalkan pengambilan Safron mempunyai daya ingatan yang amat kuat sehingga orang menyangka pengamal Safron itu memiliki sihir!

Di sinilah uniknya Minyak Morhabshi yang menemukan sumber-sumber daripada pelbagai tamadun hebat lalu dipersatu menjadi produk yang kini menjadi sebutan ramai.

Pengeluar awal Minyak Morhabshi iaitu Ustaz Haji Abdul Hamid adalah seorang mualim yang sehingga akhir hayatnya menyumbang bakti sebagai guru agama. Khidmat terakhir beliau ialah sebagai pensyarah dan tabib di Maahad Derang, Kedah.

Dalam pada itu sejak muda lagi beliau amat cenderung terhadap dunia perubatan alternatif.Sebagai guru agama, beliau melakukan rawatan menggunakan ayat-ayat Al-Quran yang dipelajarinya secara berguru mahupun melalui kajian kitab-kitab dalam pelbagai bahasa. Beliau fasih berbahasa Arab dan boleh berbahasa Siam selain memahami bahasa Inggeris dengan baik.

Penglibatan beliau secara aktif dalam rawatan Islam dan Melayu diperlengkap pula dengan perubatan homeopathy. Beliau adalah pengamal perubatan homeopathy dan mempunyai kelayakan yang diiktiraf. Beliau pernah mengendalikan pusat rawatan homeopathy bersama tokoh terkenal homeopathy, Dr Azizan (Pengasas Era Edar) di Jitra Kedah. (sudah arwah Prof Dr Azizan, ERAEDAR dikendalikan oleh isteri dengan anak menatu arwah).

Gabungan ilmu, pengalaman, pembacaan, kajian, serta penglibatan aktif beliau dalam perubatan alternatif akhirnya membawa pada pengeluaran Minyak Morhabshi.


Ramai yang bertanya, apakah penyakit yang boleh dirawat menggunakan Minyak Morhabshi?

Apabila saya (pengasas produk Moharbsi) katakan Minyak Morhabshi adalah minyak serbaguna kepada beberapa orang pengusaha yang berminat untuk memborong dan mengedarkan Minyak Morhabshi, majoriti mereka tidak bersetuju. Hal ini kerana mereka mahukan suatu fokus yang mudah disebarkan kepada bakal pembeli. Menurut mereka, minyak serbaguna tiada pengkhususan!

Ketika saya mengemukakan produk Minyak Morhabshi untuk diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, mereka memaklumkan bahawa perubatan tradisional tidak boleh membuat dakwaan boleh menyembuhkan beberapa jenis penyakit kronik seperti kencing manis dan kanser.

Malah penyakit seperti sawan, histeria, dan gangguan syaitan tidak boleh sama sekali dimasukkan dalam senarai rawatan.

Mengambil kira semua pandangan, serta rekod khasiat Minyak Morhabshi yang kami kumpulkan lebih dua puluh tahun samada melalui penggunaan sendiri mahupun maklum balas para penguna, kami dapati Minyak Morhabshi amat penting disimpan di tempat yang mudah untuk kita gunakan jika berlaku sesuatu kejadian yang tak diingini, antaranya:

1) bayi menangis di tengah malam tanpa diketahui puncanya. Ia mungkin kembung atau tidak selesa. Kata orang tua-tua, 'bayi diganggu' dan biasanya dikaitkan dengan makhluk halus. Apapun tanggapan anda, berdasarkan pengalaman, Minyak Morhabshi dapat meredakan keadaan dan membolehkan anda suami isteri menyambung tidur.

2) Bukan sahaja bayi, kadang-kadang kita dapati remaja juga boleh menjerit di tengah malam, terutama di asrama atau di kem latihan seperti PLKN. Ada yang menyebutnya sebagai histeria dan ramai yang mengaitkan dengan makhluk halus. Dalam perubatan moden ia dikatakan akibat tekanan. Terpulanglah pada anda samada mempercayai yang mana satu. Namun berdasarkan pengalaman pengguna, Minyak Morhabshi sering dapat menyelamatkan keadaan.Barangkali ada sesuatu pada Minyak Morhabshi yang tiada dalam pengetahuan kita.

3) Sakit gigi bukanlah penyakit merbahaya namun bagaimana jika ia berlaku di tengah malam? Malah bagi sesetengah orang lebih baik bertemu hantu daripada menemui doktor gigi. Pengalaman kami menunjukkan Minyak Morhabshi bukan sahaja menghilangkan kesakitan malah ada beberapa pengguna Minyak Morhabshi yang membatalkan terus temu janji dengan doktor gigi mereka sambil menyelamatkan kos perubatan yang tidak diperlukan lagi. Saya sendiri pernah dua kali mengalaminya.

4) Menariknya, Minyak Morhabshi boleh diharap untuk menjadi 'ubat penahan sakit' termasuk untuk sakit gigi atau akibat luka kemalangan. Sapukan sahaja walaupun luka di dalam mulut kerana ia menggunakan bahan-bahan yang boleh dimakan. Saya pernah mengabaikan ubat penahan sakit yang dibeli daripada doktor setelah menggunakan Minyak Morhabshi.

5) Bagaimana dengan penyakit kulit? Jika anda pernah melihat label botol Minyak Morhabshi sebelum ini di situ tertera beberapa penyakit kulit seperti kudis, kayap, kurap, gatal-gatal dan sebagainya. Kami dan ramai pelanggan kami menggunanya sejak sekian lama.

6) Apabila saya menyebut tentang kemalangan janganlah anda membayangkan kemalangan ngeri di jalan raya sahaja. Kemalangan kecil di rumah seperti terkena pisau, melecet akibat tejatuh, tersimbah air panas, melecur kerana api, dan sebagainya memang kerap berlaku. Sapukan sahaja Minyak Morhabshi sebelum mendapat rawatan selanjutnya di klinik atau hospital. Itupun jika anda masih mahu ke klinik. Selalunya tidak perlu lagi.

7) Satu lagi penyakit yang sering menyerang tanpa amaran ialah sakit perut. Bayangkan jika anda di dalam bas ekspres ketika itu. Bagaimana jika di dalam kapal terbang? Memang tandas disediakan tetapi adalah lebih elok jika kita tidak menggunakannya.Kalaupun memandu kereta sendiri, memang melecehkan jika terpaksa mencari tandas awam.

8) Walaupun pihak kementerian kesihatan melarang pengamal perubatan alternatif membuat dakwaan mampu merawat penyakit kronik namun saya fikir semua orang berhak mendapat maklumat dan membuat pilihan.

Saya banyak mendapat respon pelanggan yang berhadapan dengan penyakit seperti strok, kencing manis, asma, batuk kronik, sesak nafas, sakit dada, dan sebagainya.

Saya akui tidak semuanya sembuh namun ramai yang memaklumkan kami Minyak Morhabshi memberi kesan positif.

Sebenarnya banyak lagi pengalaman yang boleh dicatat dalam senarai di atas. Namun saya tidak mahu 'terlebih dakwa'.

Kami tidak menjanjikan Minyak Morhabshi sebagai penyelesai semua masalah. Kami juga tidak menggalakkan anda bergantung seratus peratus dengan produk ini. Kami beriman dengan Allah SWT dan percaya semuanya ditentukan Allah SWT. Kita hanya berusaha kerana usaha itu juga sebahagian daripada tuntutan Islam.

Kami mencadangkan Minyak Morhabshi dimasukkan dalam 'kit kecemasan' untuk digunakan di waktu yang tidak kita jangkakan. Simpan lah di rumah, di dalam kereta, dan di tempat kerja.

Setidak-tidaknya ia boleh digunakan sementara anda mendapatkan rawatan lanjut daripada pakar berkaitan. 


Sumber: Dari blog pengasas produk ini sendiri.

2 comments:

nor said...

Salam Akak, balik kg nanti bawaklah, promo kat kg ya. :)

Aida Tamrim said...

ye kawan2 .. beli jgan tak beli .. ^^ (sy tolong promo yee)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nak Order / Beli barang? Sila isi borang dulu ye..

Name:
Phone No / Tel:
Email Address:
Sila jelaskan nama barang dan kuantiti
Alamat
Total kena bayar

Put a website form like this on your site.

Followers