Jom Klik

Wednesday, May 15, 2013

Hari pertama Baby Adwa Qaireen ke Taska

Salam semua. Jumaat ni dah mula masuk kerja semula. So, hari ni start hantar baby ke Taska.

Akak pilih Taska Qistina - tempat Danial tahun lepas. Walau yuran bulanan agak tinggi (rm300) bagi baby tetapi cikgu2 Kat situ semua adik beradik dan 2 org cikgunya ada baby kecil yg senior sebulan dua jer dari Adwa.

Pagi tadi hantar Baby agak lewat dalam pukul 11am. Baby dah mandi Kat Umah. Ingat nak hantar baby dalam pukul 9am tapi elok jer dah pakai baju comel2 dah pakai topi - dia buat hal plak. Aduh...aduh...kena buka semula semua baju dan sekali lagi kita ke bilik air ye...

Alhamdulillah.. Sepanjang perjalanan ke Taska Qistina, baby diam jer tak nangis. Tapi masa lalu kat sekolah PASTI ternampak Abang Danish duduk sorang kat luar sekolah dgn muka yg amat sedih.

Akak pun berhenti la depan PASTI dan tanya kenapa abang? Terus nangis abang. Jom la balik... Mama Nak hantar baby sebenarnya tapi kena ambik abang plak. Danial pon dah angkat beg dan pakai selipar Nak balik jugak...ops... Ops... Tak leh balik lagi...abang Danish jer balik sebab dia demam.  Ala...la.la....kesian Danial...masuk balik dalam kelas...

Sampai Taska baby....Anak sulung cikgu Samsiah suka sangat Kat baby.. Padahal dia pun ada baby Jgk.... 

Siap pesan dengan cikgu kalau baby nangis tak berhenti tak mahu minum  susu @ tidur...nanti cal ye....almaklum la... Kat umah langsung tak nak minum susu dalam botol.

Pukul 3.30pm Akak sms tanya keadaan Adwa macamana..cikgu dia kata ok cuma baby tak mahu minum susu dalam botol.. So cikgu bagi susu dalam syringe je. Dah tidur tu...

Akak ambik baby dalam pukul 5 petang selepas menjemput Akak Fatin dan Abang Danial dari sekolah masing2.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nak Order / Beli barang? Sila isi borang dulu ye..

Name:
Phone No / Tel:
Email Address:
Sila jelaskan nama barang dan kuantiti
Alamat
Total kena bayar

Put a website form like this on your site.

Followers