Jom Klik

Monday, June 20, 2011

Apam PolkaDot

Salam kengkawan...

Sudah lama teringin nak buat apam yang cantik berdot..dot ni...di saat hatiku berkobar-kobar nak buat, mixer plak buat hal..habis akak nak pukul telur ngan apa...

Tak apa la..akak kongsi resepi yang diambil dari myresepi.
Tapi gambar yang cantik tu pinjam dari blog yatie...cantik apam Yati buat. Tentu anak-anaknya gembira dapat kongsi dengan kawan-kawan sekolah.

Apam Polkadot


Info: Resepi dari peniaga.. resepi yang sangat mudah dan sedap.

Bahan-bahan ( 50 biji papercup medium )

  • 3 biji telur-dari peti sejuk(gred A)
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus
  • 150 ml susu segar@susu cair
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovalette
  • filling-blueberry@strawberry@apa2 ikut citarasa
  • pewarna

Cara-cara

  1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang.
  2. bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan
  3. masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag
  4. picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-setengah sahaja
  5. letakkan filling secukupnya-nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan
  6. picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh.
  7. last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus selama 10-15minit @ sehingga masak
Selamat mencuba.Nanti kalau kita dah buat..kita buat n3 versi kedua plak ya...

3 comments:

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam hawa..pernah nampak resepi camni TP lom pernah cuba!

Hawa said...

Tu la Atie...tu dah kali kedua terpublish n3 Apam ni tapi belom sempat buat lagi...haih...

AdiaLuze said...

Rindunya nak rasa masakan akak ... huhuhuhu ...

P/S : Rmh sy masih ada air ... esok taktau la lagi ..hehehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nak Order / Beli barang? Sila isi borang dulu ye..

Name:
Phone No / Tel:
Email Address:
Sila jelaskan nama barang dan kuantiti
Alamat
Total kena bayar

Put a website form like this on your site.

Followers