Jom Klik

Thursday, February 16, 2012

Keajaiban Ciptaan Allah - Kejadian seorang manusia



Ya Allah, maha Sucimu yang telah menciptakan kami dari setitis mani, segumpal darah...Peliharalah diri kami, pasangan kami, anak-anak zuriat keturunan kami dari siksa api nerakaMu ya Allah...Kurniakan kami semua kekuatan untuk menunaikan segala perintahMu ya Allah.

Jadikan kami dari golongan mereka yang beriman dan beramal soleh, sabar dan bersyukur atas segala ujian dan nikmat yang engkau berikan...

Terima kasih Allah atas kurniaanMu kepada kami..

Aamin..

Wednesday, February 15, 2012

Panduan Kehamilan ikut Sunnah Rasulullah S.A.W

Alhamdulillah...berkesempatan menjenguk ke blog Mama Yatie dan saya sangat berkenan dengan sedutan tazkirah yg dikongsikan di blognya. Saya kongsikan di blog ini untuk tatapan semua yang sudi singah di blog ini...juga panduan untuk diri sendiri...Insya Allah..



Semoga dapat memberi manfaat kepada semua..

Tuesday, February 14, 2012

Bergaul Dengan Kanak-Kanak Cara Rasulullah SAW

Sempena Maulidur Rasul S.A.W baru-baru ini...marilah kita bersama-sama menghayati cara baginda bergaul dengan kanak-kanak.. Ini juga panduan untuk saya dalam mendidik anak-anak kami. InsyaAllah.



Bila saya sendiri menonton video ini terasa begitu terkesan kerana saya bukanlah ibu yang terbaik buat anak-anak saya..Maafkan mama, anak-anakku atas segala kesilapan mama, kemarahan mama terhadap kamu semua...Janganlah disimpan di dalam hati segala yang telah mama lakukan terhadap kamu. Semua itu  dilakukan adalah untuk menjadikan kamu semua insan yang lebih sempurna di dunia dan akhirat walau kengkadang agak menyakitkan...namun jauh di sudut hati mama ini...terlalu amat sayangkan kamu semua....

Mama doakan semoga kamu semua menjadi anak-anak yang soleh dan solehah. Boleh berdikari di mana sahaja kamu berada. Sayangilah adik beradik kamu kerana air yang dicincang tidak akan putus...

Doakan juga semoga mama dan papa menjadi kedua ibubapa terbaik kepada kamu semua dan semoga keluarga kita sentiasa mendapat rahmat dan keampunan Allah...

Aamin...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nak Order / Beli barang? Sila isi borang dulu ye..

Name:
Phone No / Tel:
Email Address:
Sila jelaskan nama barang dan kuantiti
Alamat
Total kena bayar

Put a website form like this on your site.

Followers