Jom Klik

Tuesday, March 15, 2011

Roti Sosej Berkeju

Roti Sosej Berkeju
Resepi asal diambil dari blog Kak Nor. Aku cuma ubahsuai sikit dengan tambah sosej sebagai inti di dalam roti ini dan keju sebagai topping kat atas. Keju yang diguna dalam resepi ini adalah keju mozarela yang sudah siap parut tu...Manakala sosejnya aku guna Sosej Ayamas Lada Hitam yang dipotong 6 bahagian tetapi hendaklah direbus dahulu ya.


Inilah rupa roti ketika mula dibentuk
Adunan yang telah diuli dan diperap sehingga naik 2 kali ganda, boleh la dibentuk bulat-bulat dan diletak di dalam dulang pembakar atau aluminum foil seperti di atas..Jangan lupa letak sosej kat dalam setiap biji roti tu.


Ini rupa adunan yg sudah naik dan digunting 4 di atasnya.

Sudah masak dan sedia untuk sarapan pagi.
Untuk menjadikan rupa roti sebegitu comel...perasannn gunting 4 di bahagian atas dan boleh la letakkan keju parut dan tabur sedikit daun oregano..peh..bau dah macam pizza plak bila dibakar...


Bakar dalam 10 ke 15 minit...tapi roti ni dah sejuk pun tetap lembut dan sedap...Ini uli pakai tangan je yer...tak de BM (bread maker) pon.


Mari kita tengok resepi plak ya..


380gm tepung high protein (tpg roti)
3 sudu besar susu tepung
80gm gula castor
3 sudu kecil yis segera
1 biji telur A ~ dipukul dgn garfu
100ml air
100gm water roux*
1/2 sudu kecil garam
30gm butter
30gm shortening

Tambahan: 
6 batang sosej dipotong 6 setiap satu
Sedikit keju Mozarella
Oregano.
Cara-caranya: 
Masukkan bahan air, telur dan water roux ke dalam bread maker (BM) dan lepas tu masukkan bahan2 kering spt tepung dan susu tepung.

Letakkan gula dan yis di satu penjuru manakala garam di penjuru yg lain.
Tekan suis on pd BM dan setkan pd mode dough.
Tekan start dan biarkan ia menguli utk seketika.
Bila dah membentuk sebiji doh boleh la dimasukkan butter dan shortening.
Biarkan sehingga proses menguli selesai.
Biarkan ia naik hingga 2x ganda atau BM berbunyi menandakan proses sudah tamat.
Boleh la dibentukkan doh td mengikut citarasa anda.
Tunggu lagi roti naik dan bakar pada suhu 180 C lebih kurang 20-25 minit.

#kalau nak doh yg lebih lembut dan gebu boleh la diulang proses menguli tu sekali lagi.

3 comments:

lina said...

salam awa, sedap nyer...

Unknown said...

Sedap Kak Ina...2d time sy buat tambah perisa pandan dgn warna hijau cantik...buat hari Jumaat ari tu (Malam)..Sabtu petang emak sedara ngan sepupu datang - habis roti tu...

Aida Tamrim said...

K.Hawa... Nak lagiiii... Buat la lagi... Sedap sesangat... ^_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nak Order / Beli barang? Sila isi borang dulu ye..

Name:
Phone No / Tel:
Email Address:
Sila jelaskan nama barang dan kuantiti
Alamat
Total kena bayar

Put a website form like this on your site.

Followers