Gambar sunting dari Google search. |
Keputusan SPM secara rasmi telah keluar semalam. Ramai yang gembira dengan keputusan cemerlang anak-anak mereka, tak kurang juga yang bersedih kerana kegagalan anak-anak mereka TETAPI ada juga yang tidak kisah pun dengan keputusan yang diperolehi...
Anda bagaimana? Bagi yang berjaya dengan cemerlang sekalung TAHNIAH untuk anda - bersyukurlah kepada Allah kerana dengan izinNya kita mendapat kejayaan itu disamping usaha dan doa kita dan juga ibu bapa yang tersayang. Bagi yang gagal atau kurang cemerlang, jangan la bersedih hati...Bak kata Dato Dr. Fadzillah Kamsah : ramai jutawan yang ada kat Malaysia ini tak LULUS pun SPM.....
Sijil SPM atau lain-lain sijil/diploma/degree itu hanyalah pemudahcara sahaja untuk mendapat tempat di tempat yang lebih baik atau pekerjaan yang baik. Ingat Allah sentiasa bersama kita dan Dia tahu apa yang terbaik buat kita..
Aku nak kongsi cerita menarik disebalik keputusan SPM 2010 - Pelajar Cina dapat A+ dalam mata pelajaran Tasawwur Islami!!!! berita lanjut boleh baca kat sini.
"Wong Yujing, 18, from SMK Sultan Sulaiman scored 10A+ in Malay Language, English, Moral Studies, History, Mathematics, Additional Mathematics, Physics, Chemistry, Biology and Tasawwur Islam.
"I took Tasawwur Islam as I was interested and curious about Islam," said the eldest of three siblings when met by reporters here today.
Wong said she was interested in the subject since form four and got lots of help from fellow Malay students. "
Wong said she was interested in the subject since form four and got lots of help from fellow Malay students. "
Ha...anak Melayu Islam kita bagaimana? Sebelum ni pun pelajar Cina juga yang dapat A dalam subjek Bahasa Arab...Fikir-fikir dan renung-renungkan...Selamat Beramal...