Assalamualaikum....
Hari ini ambil cuti sebab nak hantar Kak Long pergi kursus Kakak Berenam, anjuran persatuan beruniform Pandu Puteri Tunas. Kakak Nabilah dan sorang lagi kawannya, Maisarah terpilih untuk mewakili sekolah SK Taman Desaminiun pergi kursus ni yang diadakan di Rumah Pandu Puteri Selangor, Jalan Gasing, Petaling Jaya.
|
Jaga diri baik-baik Kak Long |
|
Kami sampai di sana pada pukul 02.15pm. Pendaftaran peserta telah bermula seawal 01.30pm dan akan berakhir pada pukul 02.30pm. Alamat nama kakak tak de dalam list kat Rumah Pandu Puteri. Cikgu tu tanya dari sekolah mana. Bila beritahu nama sekolah, dia geleng kepala..tak pernah dengar...ye la..sekolah Kak Long, sekolah baru ya amat. Baru dibuka awal tahun ini 01.01.2011....
Sebenarnya kena ada borang yang perlu difaks oleh guru KoKo sekolah ke sini. Akak pun beritahu Cikgu tu, SK Taman Desaminium ni talian telefon pun tak de lagi, sebab tu la cikgu tak fakskan tu. Kawan Kak Long tak sampai lagi. Maisarah keluar awal tadi, ayah dia ambil dia dari sekolah pukul 11 pagi.
|
Ha..sampai pon..Ini Maisarah |
|
Kaunter pendaftaran.. |
Kakak telah ditempatkan di bilik Bunga Raya. Akak pon naik sama hantar beg pakaian Kak Long. Ha..tengok tu sempat lagi bergambar di dalam bilik. Ada projektor besar...apa la..rancangan cikgu Tunas Puteri tu nanti ya. Apa-apa pon semoga kursus Kak Long 3 hari, 2 malam ni dapat menambah pengalaman hidup Kak Long, segala yang ditempuh jadikanlah pengajaran hidup. Ambil yang baik, yang tidak elok jadikan tauladan..
|
Kenapa muka Kak Long pucat..penat sangat ni. Malam ni tidur lena ya sayang. |
|
|
Beg Kak Long..siap bawa bekal nasi lagi. Air sebotol besar..takut haus tengah malam.. |
|
Akak rasa mahu sampai 25 orang sebilik ni.. |
|
Ini bilik taklimat rasanya..kat tingkat bawah. |
|
Seronok sangat kakak bila Maisarah dah sampai..... |
|
Inilah rumah Pandu Puteri Cawangan Selangor.. cantik... |
|
|
Depan ni ada padang hijau yang luas. Tempat beraktiviti la tu.. |
Ada kisah lucu juga tadi semasa pendaftaran, cikgu kar kaunter tu ingat akak ni cikgu..eh ada gaya cikgu ke? emmmm.....Tengahari tadi kami berempat (Mama, Papa, Kak Long ngan Kak Ngah) makan kat KFC di IOI Mall, Puchong, ada orang belanja. Terima kasih la kepada orang itu...Kak Ngah sepatutnya tak ikut tapi kebetulan masa Akak jemput Kak Long tadi dia pun dah keluar kelas juga...
3 comments:
kursus...
best nya... ;p
Bestnye Nabilah ... Dulu masa kita skolah2, takde chan pun nak masuk pandu puteri ke, tunas putri ke kan kak ...
Untung bebudak zaman sekarang ni kaan .. hehehehe
Aida, memang...kita kursus yg free pun tak dapat pergi..kena jaga adik kat umah..
Uji, memang best...kakak balik umah asyik menyanyi lagu yg dia belajar masa kursus sampai adik-adik pon ikut sama nyanyi lagu-lagu tu...
Post a Comment