Jom Klik

Tuesday, March 22, 2011

Solat itu Terapi Hidup

Solat itu Terapi Hidup


Alhamdulillah...pagi ni sampai juga aku ke MITI HQ kat Jalan Duta. Seawal 5.30 pagi lagi
hujan telah mencurah dengan lebatnya. Anak-anak tertinggal van ke sekolah pagi ini sebab
emak ngan ayahnya lewat sedar. Aku kejutkan anak-anak pukul 06.00am ari ni. Biasa waktu ni diorang sudah siap mandi dan tengah bersiap-siaga.

Sudahnya aku lah terpaksa hantar mereka ke Sekolahnya...rupanya berderet kereta emak-bapak yang turut sama menghantar anak-anak mereka ke sekolah pagi ini.

Semasa dalam perjalanan ke opis, sempat dengar Tazkirah di Radio IKIM pagi ini yang disampaikan oleh Ustaz Azhar. Tajuk yang dibincangkan hari ini ialah tentang SOLAT. SOLAT yang kita lakukan 5 kali sehari itu sebenarnya boleh jadi terapi jika dibuat bersungguh atau dalam erti kata lain khusyuk.

Ketika bersolat sebenarnya kita berada di dalam gelombang Theta yang sebenarnya boleh mendatangkan ketenangan minda dan kerehatan fizikal. Oleh itu SOLAT itu tidak boleh dilakukan dengan tergesa-gesa macam itik mematuk makanannya bak kata pepatah tu. (eh..betul ke ada pepatah macam ni..?).

Macamana SOLAT boleh jadi terapi Minda, Terapi fizikal? Ianya bermula dari wudhuk. Wudhuk hendaklah dilakukan perlahan-lahan tidak tergesa-gesa..Sambil membasuh muka, kita menyapu dan urut muka perlahan, basuh tangan juga, kita urut lengan dan tangan perlahan juga segala anggota wudhuk yang wajib kita ratakan air dengan cara usap dan urut perlahan. Secara tidak langsung tubuh badan kita mendapat terapi air yang mampu menyembuhkan penyakit secara semulajadi (water teraphy).

Selepas selesai wudhuk, perlahan-lahan kita ke sejadah dan tarik nafas sebanyak 3 kali. Kemudian barulah kita berniat seterusnya melakukan ibadah SOLAT kita dalam keadaan yang tenang dan santai. Selepas habis membaca al Fatihah, cuba tarik nafas 3 kali kemudian baru baca surah...begitulah seterusnya sehingga selesai Solat kita..

Cuba kita semua buat macam yang disarankan dan cuba rasa ada perbezaan tak? Sekian dulu...bagi yang berminat boleh dengar ulangan Tazkirah ini di radio IKIM.fm malam ini pada pukul 08.30pm.

2 comments:

lina said...

salam awa - benar sama sekali dan kalu buat dengan betul boleh menghilangkan segala penyakit :)

Aida Tamrim said...

Salam kak ... waahhh ... Dah buat make over ker ? Thehehe ...

Banyak rupanya fadhilat solat ni kan ... tapi, kengkadang, tak paham bila tgk orang solat cam burung belatuk ... 5minit dah sudah ... Hehehe .. Wallahualam ...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nak Order / Beli barang? Sila isi borang dulu ye..

Name:
Phone No / Tel:
Email Address:
Sila jelaskan nama barang dan kuantiti
Alamat
Total kena bayar

Put a website form like this on your site.

Followers