Jom Klik

Friday, March 11, 2011

Terapi Azan dan formula kehidupan

Pernah dengar tak TERAPI AZAN? Aku baru pagi tadi terdengar kat Radio IKIM FM, slot kuliah, pukul 7.30 pagi yang disampaikan kalau tak silap aku Ustaz Azhar namanya..

Kata ustaz, Azan itu adalah formula kehidupan...kenapa Ustaz ni cakap macam tu ye..mestilah ada kajian-kajian yang menunjukkan kebenaran itu..kan?

Cuba teliti azan itu sendiri. Ianya dimulakan dengan mengakui kebesaran Allah, mengakui bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Selain itu, terdapat juga seruan untuk mendirikan solat dan mencapai kemenangan. Diakhiri dengan mengakui kebesaran Allah dan tiada Tuhan selain Allah. Kita biasa dengar azan dilaungkan untuk menandakan masuknya waktu solat 5 waktu. Tetapi sebenarnya Azan juga sering dilaungkan untuk tujuan-tujuan lain...

Azan dilaungkan ketika sesat dalam hutan, rumah terbakar, masuk rumah baru, nak tunaikan haji, selepas bayi dilahirkan dan ketika bencana melanda seperti tsunami. Maka amat rugilah kepada mereka yang tidak mendengar azan dan tidak mahu mendengar azan. Ketika azan, kita diseru untuk tidak bercakap, diam dan menghayati azan.

Azan memberi impak yang besar di dalam kehidupan manusia. Bahkan sesuatu yang cukup indah, sukar digambarkan dengan kata-kata. Banyak peristiwa yang berlaku disekeliling kita yang memperlihatkan azan itu satu yang ajaib dan indah. Antaranya kisah salah seorang mangsa yang terselamat dari bencana tsunami Acheh. Dia seorang diri dihanyutkan ombak besar. Ketika itu dia teringat pesanan ibunya supaya melaungkan azan jika ditimpa musibah. Lantas selesai azan dilaungkan, dia sudah terdampar di atas kapal besar yang dibawa hanyut hingga ke tengah-tengah bandar Aceh.

Apa sebenarnya yang berlaku bila azan dilaungkan? Bila Azan dilaungkan ianya akan mengeluarkan atau menghasilkan gelombang Theta. Gelombang THETA ini memang halus dan boleh mengubah struktur gelombang di muka bumi ini. Apa gelombang-gelombang ni...nanti cari la sendiri pasal gelombang ye.. Secara ringkasnya dalam dunia ni ada 4 Gelombang utama yang mempengaruhi otak dan kehidupan manusia.
  1. Gelombang beta
  2. Gelombang alpha
  3. Gelombang theta
  4. Gelombang delta
Dunia kita sekarang penuh dengan gelombang Beta (stress). Apabila laungan azan berkumandang gelombang dunia berada du tahap Theta (tenang)...Azan ni sebenarnya penyelamat dunia, bak kata Ustaz pagi tadi kalau azan tidak lagi berkumandang di atas muka bumi ini maka nescaya berlakulah KIAMAT.

Azan juga merupakan satu terapi. Bagaimana nak buat terapi azan ini? Caranya ialah pergi ke suatu tempat lapang, Seeloknya carilah tanah gambut atau tanah berpasir, cth: tepi laut...jangan pakai alas kaki aka berkaki ayam sahaja.. Paling baik ialah berdiri berkaki ayam di atas tanah pasir laut. Pejamkan mata kita dan mulai azan dengan perlahan, seeloknya di dalam hati sampai lafaz terakhir. InsyaAllah segala benda negatif yang ada dalam tubuh atau bersarang di dalam otak kita akan dialirkan keluar melalui tapak kaki terus meresap ke bumi...Ini kena buat ni baru dapat tahu betul ke tidak..

Terapi ini memang ada yang telah mengakui keberkesanannya...Sila rujuk pengamal terapi ni di blog beliau Motivasi5K

Renung-renungkanlah. 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nak Order / Beli barang? Sila isi borang dulu ye..

Name:
Phone No / Tel:
Email Address:
Sila jelaskan nama barang dan kuantiti
Alamat
Total kena bayar

Put a website form like this on your site.

Followers