Donut Keledek Oren di dalam bekas oren |
First time buat donut aku cari resepi terjumpa resepi kat blog Ummi. Glamour Ummi ni, resepi dan blog dia masuk majalah Jelita bulan Mac ni..
Rupa-rupanya donut suria ni glamor..Ramai yg suka dan sudah mencubanya termasuk aku la... ada la 2 kali buat. Kalau panas2 memang sedap tp kalau dah sejuk kurang sket...
Kali ketiga aku jumpa resepi donut kentang kat blog Hana memories yg dok kat Jepun tu...Pun sedap dan gebuss donutnya walau dah sejuk...
Tapi kali ni nak kongsi resepi donut keledek...Selain sedap dan gebuss donut ni juga cantik..warna kuning keemasan...tapi kalau guna keledek isi putih, putih la jugak warna donutnya ye...
Ini gambar adunan yang baru dibentuk.. |
Ini baru digoreng. Letakkan di atas kertas serap minyak.. |
Di dalam bekas kuning tu dah siap untuk dimakan...yg sebelah dia tu sedia untuk digoreng. |
Sedap...yum.yum..jom buat lagi... Kesian kat akak ni..sudah 3 kali buat donut masih tak de acuan donut lagi..so apa nak buat. Kita ambil tumbler tupperware yang kecil sekali, tekapkan kat adunan tepung dan buat lubang kat tengah guna jari sendiri...tu la dapat hasil donut yang kecil dan comey-comey jer bentuknya... Tapi sekarang akak dah beli acuan donut yang besar satu yang kecik satu. Semuanya gara-gara nak buat donut untuk 'pot luck' kat opis akak 04 Mac ari tu...yee ha...suka...suka... Lupa plak nak bagitau resepi ambik kat mana yek...Jom jengok kat blog secubit garam... Semak resepi.... DONUT KELEDEK · 500 gram tepung gandum · 200 gram keledek yang telah direbus dan dilenyek · 4 sudu besar susu tepung (akak pakai susu biolac je) · 1 biji telur - dipukul sedikit · 200 ml air suam - k.nor lebihkan air sbb guna 1bj telur jer · 3 sudu besar marjerin · 3 sudu besar gula · 3 sudu kecil yis . Caranya. 1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut, Uli selama 8 hingga 10 minit. Kalau guna BM, tekan ON dan tunggu je siap, kemudian boleh terus bentukkan. 2. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1jam. 3.Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. Bahagi doh pada beberapa bahagian kecil dan lubangkan di tengah-tengahnya, seperti bentuk donut (yang ni aku buat masa belum ada acuan donut). Kalau dah ada acuan donut tu ..terapkan jer..sonang jo..hatta anak bujangku Yayat pon rajin tolong terapkan donut ni. Susun donut di atas dulang dan biarkan sehingga donut naik dua kali ganda. 4. Goreng di dalam minyak panas sehingga perang, dan salut donut keledek bersama serbuk gula ataupun coklat masakan. Sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba..cuba jangan tak cuba. |
4 comments:
Sedapnye, sedapnye... sedaaaaaaapppppnyeeee ;D
donut keledek?... bukan kuih keria ke kak?... ;p
Aida,
Em...sedap/..sedap...bagi yang dah rase..bagi yang belum harus dicuba resepi ini..
Rozie,
Ini memang donut keledek namanya. Kuih keria lain cara pembuatannya dan tekstur kuih pun lain dan kuih keria salut dia guna gula yang dicairkan di dalam kuali dan digaulkan dengan kuih yang telah digoreng tadi...
mungkin idea asal ilham dari kuih keria kot...tapi sekarang orang dah buat macam2 - donut kentang, donut labu..kalau jumpa keledek purple --pon boleh buat donut purple blossom...hi..hi...hi.
Cuba la Uji..sedap...kalau banyak boleh frozen. Pas tu nanti lain nak makan just defrostkan donut tu then bakar dlm oven / microwave.
Salut ngan cokelat plak...wooo marvelous...sedap..donut tetap gebus..
Post a Comment