Jom Klik

Friday, March 11, 2011

Kelebihan Azan

Ini ada lagi satu artikel tentang azan yang agak menarik..Saya kongsikan di sini....Artikel penuh sila kunjungi blog Lailahaillallah

Azan yang dilaungkan oleh muazin bukan sekadar untuk menyeru solat tetapi bertindak sebagai penstabil gelombang dunia. Gelombang azan rendah sedangkan gelombang dunia tinggi. Jadi azan menstabilkan balik supaya dunia menjadi tempat yang selesa untuk dihuni.Andainya suatu masa nanti tidak ada lagi azan dilaungkan maka gelombang dunia ini akan menjadi semakin tinggi dan macam-macam akan berlaku.
Suatu masa dulu, kajian yang dilakukan mendapati semua pokok dan alam ini berada pada tahap gelombang alpha. Sebab itu apabila berada di kawasan yang dikelilingi pokok, kita akan merasa tenang.
Sekarang keadaan telah berubah apabila pokok-pokok sudah ditebang dan binatang banyak yang pupus menyebabkan manusia berada di dalam gelombang beta iaitu gelombang stress. Sebab itulah setiap hari banyak orang yang stress.
Secara asasnya manusia mengeluarkan empat gelombang tanpa gagal setiap hari iaitu gelombang beta, alpha, theta dan delta. Sekarang keadaan sudah semakin jauh berubah. Dianggarkan hampir 90% populasi dunia berada dalam gelombang beta. Ia melibatkan gelombang stress, buntu dan segala perkara yang negatif.
Semua perkara ini berlaku kerana orang Islam tidak pernah faham. Allah menyayangi hambanya. Melalui azan, Allah kirimkan rasa sayangnya kerana azan itu terletak dalam gelombang theta iaitu gelombang makbul doa dan zon ketenangan.
Aturannya begini, semua manusia berada di dalam gelombang beta iaitu gelombang yang tinggi. Kemudian apabila masuk waktu solat, kita mengambil wuduk, masa itu gelombang turun ke alpha. Kemudian apabila azan, gelombang itu terus turun kepada gelombang theta. Sebab itulah kita digalakan solat tepat pada waktunya sewaktu gelombang theta supaya lebih khusyuk.
Ketika azan juga dikehendaki supaya jangan bercakap dan menghayatinya. Semua ini ada sebabnya. Ia ada kaitan dengan gelombang theta. Sebabnya, ketika badan berada dalam gelombang theta, tiga hormon penting iaitu melatonin, endrofin dan serotonin akan dirangsang keluar. Hormon inilah yang mempengaruhi tahap kesihatan mental dan fizikal manusia.
Azan adalah penyelesai banyak masalah dari penyakit luaran hinggalah rohani dan ketika menghadapi musibah. Sebab itu di dalam Islam apabila ditimpa musibah dianjurkan untuk ucapkan Innalillah... iaitu kembali kepada Allah atau pun azan. Ini kerana gelombang rendah mempunyai tenaga paling kuat. Orang yang sedang buntu fikirannya akan merasa tenang dan kuat jiwanya untuk menyelesaikan masalah. Azan itu meransang otak kanan dan menguatkan jiwa.

1 comment:

TAYAR PANCIT said...

hai saye da flow belog awak :)
follow me back eh @ http://tayarpancit.blogspot.com/2011/03/hall-of-fame-formula-one-world-drivers.html

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nak Order / Beli barang? Sila isi borang dulu ye..

Name:
Phone No / Tel:
Email Address:
Sila jelaskan nama barang dan kuantiti
Alamat
Total kena bayar

Put a website form like this on your site.

Followers