Jom Klik

Sunday, January 27, 2013

Mehnah dalam Perjuangan Menuntut Ilmu

Ihsan En Google..
Salam buat semua...Semalam kami sekeluarga pergi ke Raub untuk melawat Kak Long yang telah 5 hari kami tinggalkan di asrama dan belajar di SMA Al Falah, Batu Talam, Raub tu.

Kami bertolak pukul 11 pagi, lewat sejam dari plan asal. Aku masak nasi lemak dan sambal telur untuk sarapan dan bekalan untuk dimakan bersama Kak Long di asramanya nanti. Kek Coklat yang ditempah dari seorang kawan tidak sempat disiapkan...Mungki tiada rezeki buat Kak Long untuk menikmati Kek Coklat tu...tak pe la....lain kali jer ye...Mama nak buat dah tak larat...

Tak sabarnya rasa nak jumpa Kak Long dan dengar pengalaman dia di asrama dan sekolah baru..Semoga semuanya..ok-ok dan baik-baik sahaja...

Perjalanan mengambil masa yang agak lama kerana banyak kali kami singgah. Suami tidak berapa sihat, perutnya meragam dan kepalanya pening tetapi alhamdulillah masih boleh memandu sampai ke destinasi.

Kami sampai di asrama Kak Long hampir pukul 3 petang (setelah hampir 4 jam perjalanan). Aku dengan Fatin terus masuk ke asrama dan meminta penghuni asrama memanggil Kak Long.

Akhirnya setelah lebih 5 minit menunggu Kak Long muncul juga bersama Kakak sepupunya NurAqilah (anak Pn Rusidah - sepupu ayahnya, emak Pn Rusidah ni adik beradik dengan emak ayah Kak Long...a.k.a adik beradik nenek la..).

Kak Long terus salam dan peluk mama..tengok muka Kak Long macam nak senyum, macam tak nak senyum..kelat semacam jer...Aqilah pun salam dengan 'makCik' ni... sambil tersenyum. Aku beritahu Aqilah: emak awak akan datang petang besok...ye ke? Aqilah tanya...Iyer...ooo..ingatkan emak nak datang ari ni....

Soalan pertama yang Kak Long tanya kat mama ialah: Mama, mama bayar asrama ni sampai bulan berapa? Mama bayar untuk setahun ke bayar untuk sebulan jer...Aku tanpa prejudis pun jawab: Mama bayar untuk bulan ni sahaja, bulan depan nanti mama bagi la duit kat kakak suruh tolong bayarkan...pas tu Kak Long jawab balik : "Ha..kalau macam tu..kakak duduk asrama ni sampai hujung bbulan ni je la...nanti bulan depan kakak nak pindah sekolah lama..tak best la sekolah kat sini..tak best la tinggal kat sini.....alo..lo..lo....kenapa plak kakak...

Masa ni kakak masih ok la...aku tanya Aqilah, Nabilah nangis ke kat sini...dia bgatau..nangis...lepas habis kelas hari Isnin ari tu lagi dia dah  nangis...pas tu malam2 dia nangis, masuk bilik air pun dia nangis lagi...ala siannya anak mama ni....

Aku terus ajak Kak Long dan Aqilah juga adik-adik Kak Long juga ayahnya sekali duduk di pangkin yang disediakan oleh pihak asrama utk sesi lawatan ibubapa dan saudara mara pelajar...Di situ kami buka bekalan dan makan bersama-sama..tapi hanya aku, Kak Long dan Aqilah yang makan nasi lemak yang aku bawa tadi sebab aku lupa bawak pinggan..so kami mkn dlm tupperware sahaja...adui..la..Danish, Danial dan Fatin makan kuaci dan minum air jer..Papa hanya makan angin..he..he...

Selepas makan...Kak Long sekali lagi bagitau dia tak nak tinggal kat sini dan belajar kat sini..Aku tanya kenapa..ada masalah besar ke? Sabar la banyak2...dia bgtau dia takut kena denda sebab tak dapat hafal wirid lepas solat..Aku tanya..kakak tak dapat ke hafal wirid tu dh kena denda ke? apa dendanya...cuci bilik air ke? cuci longkang ke...dia terus nangis dan peluk aku..buat aku sebak dan air mata seorang ibu pun turut mengalir tanpa dapat disekat2. lagi..

Aqilah bagitau...dendanya kena mandi kat parit belakang asrama Puteri. Aku tanya: parit? airnya bersih je..Aqilah cakap : kotor la...dalam hati aku..takkan belom sampai seminggu tinggal kat asrama anak aku dah kena denda yang 'Terlampau" ni...

Aku sebak dan rasa geram nak marah sangat kat senior yang 'denda' anak aku...tak logik kot..tak dapat hafal wirid lepas solat sampai denda macam tu..Aqilah bgtau parit tu agak bahaya dan 'keras'.. Pas tu aku tanya esok kalau budak yg kena denda ni meracau ke histeria ke AJK Badan Dakwah ni teror ke ..boleh rawat diorang? Aqilah jawab: tak tahu... 

Kak Long aku bawak masuk dalam kereta untuk sesi soal siasat lanjut. Aqilah pon ikut serta...Kak long pon cerita ari tu, dia terlanggar seorang kakak senior tu lalu terjatuh tudung kakak tu kat bilik air..Kak long bagitau dia dah minta maaf dan basuh semula tudung kakak senior tu tapi kakak tu masih marahkan dia...Aku cakap tak pe la...Kak Long dah basuh tudung dia semula dan minta maaf..ok la..tu bukan sengaja kan.. biar la dia marah..kejap je tu...jangan ambik hati sangat..Kak Long kan orang  baru...kena la sabar dan mengalah sket..

Aku bertanya semula soal denda tak hafal wirid tu..bila kakak kena denda tu..berapa hari diberi tempoh masa untuk hafal wirid tu? Siapa yang uji hafalan dan laksanakan denda tu warden asarama ke senior2 kat asrama ni.. Aqilah bagtau kakak senior AJK Dakwah..rupa-rupanya Kak Long belum kena denda lagi..Ingat dah kena mandi dalam parit belakang asrama tu... Aku pesan kat Kak Long..hafal wirid tu ...senang je...kan setiap kali lepas solat kakak memang baca wirid tu...Kak Long bagitau..memangla..kalau lepas solat tu dia ingat dan boleh bc wirid tu tapi kalau kena 'tasmik' (baca depan kakak senior tu) dia takut tak ingat...

Pesan mama pada Kak Long...kalau boleh jangan sampai ke na denda sebab tak hafal wirid tu..tapi in case kalau Kak long kena denda juga..dan denda tu..tak masuk akal..contoh kena mandi kat Parit belakang asrama Puteri tu..nanti Kak Long telefon dan beritahu mama..tau la mama nak buat camaner...

Papa dah belikan kad hello untuk Kak Long bernilai RM10..Telefon kat asrama tu takleh pakai syiling...Kak Long bagitau Khamis depan ni boleh balik rumah sebab ada Masissupa (Majlis Sukan dan Ilmiah bagi sekolah-sekolah agama Pahang).

Aku suruh kak long confirm balik...kalau betul boleh balik nanti papa datang jemput..hai..nampak gayanya tiap-tiap minggu kami berulang alik ke Raub ni..Ni dah kali ke3 kami ke SMA ni bermula sejak temuduga kak Long 14 Januari 2013 ari tu....

Ok..la panjang plak coretan n3 kali ini..tu pun ada lagi yg blom catat/cerita..lain kali plk ye..

1 comment:

ejaMaria said...

untuk permulaan ni elok la jengah tiap-tiap minggu... bagi semangat kat kak long... kesian dia kak... actually org pun rasa tak sampai hati biar dia sekolah asrama... tapi takpe la nak menuntut ilmu kan... kena la tabah... :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nak Order / Beli barang? Sila isi borang dulu ye..

Name:
Phone No / Tel:
Email Address:
Sila jelaskan nama barang dan kuantiti
Alamat
Total kena bayar

Put a website form like this on your site.

Followers