Jom Klik

Wednesday, January 16, 2013

Temuduga kelayakan di SMA Al Falah, Batu Talam - Bahagian 2

Assalamualaikum...

Kami sekeluarga (kecuali Kak Ngah - NurFatin) bertolak dari rumah dalam pukul 7 pagi pada hari Isnin, 14 Jan 2013. Ikut lebuhraya MEXs..sampai Gombak dalam pukul 9 pagi. Kak Ngah tak ikut kami hantar Kak Long kerana katanya, dia nak dapat sijil kedatangan penuh..Alhamdulillah.

Sampai di Sekolah Menengah Agama (SMA) Al Falah pada pukul 10:10am. Ini adalah pertama kali kami sampai di kawasan Raub..Walaupun akak ni memang anak Pahang tapi belum pernah sampai ke Raub ni, apalagi kat Batu Talam ni...Tahu tak Batu Talam kat mana? Ni tempat glamour sedikit masa dulu - hari-hari masuk akhbar sebab Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Talam, Datuk Mazlan Idris telah dibunuh secara KEJAM oleh Mona Fendy, suami dan pembantunya pada 13 Julai 1993. Boleh baca kisahnya kat sini.

Terus ke pejabat sekolah bertanya tentang temuduga untuk anak pada hari tersebut. Berurusan dengan GPK HEM, Ustazah Suhaina. Ustazah memberitahu kekosongan tempat untuk pelajar baru hanya ada untuk kelas Tahfiz sahaja. Kalau aliran agama yang biasa dah penuh..Pihak sekolah menawarkan kelas Tahfiz bermula tahun ini dan masih ada kekosongan beberapa tempat. Kalau berminat boleh terus temuduga selama sejam. Kalau lulus temuduga kita akan ambil dan bagi tawaran terus untuk belajar di sini..

Terkedu akak sekejap sebab tak sangka plak temuduga hari ni untuk kemasukan kelas Tahfiz..Akak ingatkan temuduga kemasukan ke aliran agama jer..Kak Long pun dah cuak..sambil pandang Mamanya..dia merungut...la..mama cakap hafal ayat lazim jer..ni nak kena hafal ayat Al Quran plak..adusshh..

Akak cuba tenangkan fikiran lalu beritahu Kak Long, setkan dalam kepala kakak yang kakak boleh hafal Ayat-ayat tu..InsyaAllah..Jangan takut..Ustazah Suhaina pun membawa Kak Long berjumpa dengan penemuduga (cikgu lain). Aku diberitahu temuduga akan berlangsung selama satu jam (membaca Al Quran, Ujian Tajwid dan hafazan).

Akak mula-mula tunggu dalam pejabat sambil dalam hati membaca ayat Kursi semoga kak Long dimudahkan semua ujian. tetiba perut berkeroncong lapar plak.. SMS encik suami.. Alhamdulillah ada makanan..so aku masuk ke kereta makan dan minum bersama 2 orang anak teruna dan seorang bapak teruna..he..he..buat alas perut..Lepas tu masuk balik tunggu dalam pejabat pukul 11:10am.

Memula ambil akhbar dan baca tetapi fikiran menerawang terbayangkan kak Long ni ..apalah ceritanya..dapat ke tidak dia menghafal ayat2 Al Quran tu..boleh jawab ke soalan cikgu tu...buka AlQuran dalam handphone. Baca ayat surah Al Baqarah sambil berdoa semoga Allah permudahkan urusan Kak Long dan dia diterima untuk belajar di sini...
Pukul 11:45am. Kakak sudah habis sesi temuduga, dia terus datang dekat mama dia. Akak tengok muka dia tersengih-sengih.. Macamana kakak..dapat ke? Boleh jawab? Boleh hafal ayat2 Al Quran...? Kak Long bagitau Ustazah cakap, bagus tajwid dia..eleh...perasan plak Kak Long ni...Hafazan macamana? Kak Long bagitau Ustazah suruh hafaz sebanyak mana yang mampu. Kakak hanya hafaz 5 ayat dari Surah Al An'am dan apabila kena baca hafazan tu di depan Ustazah - ayat pertama sampai habis ayat kelima tetiba Ustazah tu mencelah..Sodaqallhulazim..dalam hati kak Long berkata-kata...eh Ustazah ni macam tahu jer Kakak cuma hafaz sampai 5 ayat jer...

Alhamdulillah GPK HEM, Ustazah Suhaina masuk pejabat dan memberitahu setelah dibuat perbincangan dengan guru penemuduga dan juga Guru Besar, mereka sebulat suara menerima kak Long dan Kak Long telah berjaya dalam sesi temuduga tersebut. Syukur Alhamdulillah..kami diminta agar menunggu sebentar untuk mengambil surat tawaran dan senarai bayaran dan juga barang keperluan untuk tinggal di asrama nanti. 

Kami diminta untuk datang mendaftar sekolah dan asrama pada hari Isnin depan, 21 Januari 2013. Gembiranya akak sebab anak diterima belajar di situ bukan sahaja dapat belajar aliran agama malah etrpilih untuk belajar dalam kelas Tahfiz..

Guru besar, Cikgu Hasanuddin memberi sedikit penerangan berkenaan pembelajaran kak Long nanti. Bangun tidur seawal pukul 5 pagi, bersiap diri dan solat Subuh..lepas tu membaca Al Quran sampai pukul 8 pagi.. Sarapan pagi dan masuk kelas belajar bermula pukul 8:30 pagi sampai pukul 2 petang. Pukul 3 sampai 5 petang sambung - kelas hafazan..selepas pukul 5 petang- aktiviti sukan..malam ada kelas persediaan (prep) sampai pukul 11 malam...

Amacam kak Long..boleh ke? sanggup tak ikut peraturan sekolah dan asrama? Cikgu nasihat: Nak jadi orang berjaya dan cemerlang kena usaha bersungguh-sungguh dan sanggup bersusah dahulu..BETUL...akak setuju cakap Cikgu besar tu..Cikgu juga beritahu kat sini tidak boleh bawa handphone..tiada istilah keluar ke bandar (kalau masa mama belajar dedulu kami panggil 'outing')..kalau teringin nak ke bandar..buat-buat la sakit...he.he..he... kesian kakak...tapi semua itu utk kebaikan kakak dan juga masa depan kakak juga...

Semoga kakak Nurnabilah Huda Hamidon akan menjadi contoh tauladan yang terbaik buat adik-adik ye...InsyaAllah...semua perkara..mula-mula pasti terasa sedikit kesukaran tetapi lama-lama..Alah Bisa Tegal Biasa..bak kata pepatah Melayu lama.. 

2 comments:

Nurnabilah Huda said...

Terima Kasih mama... Insya-Allah.. Kakak akan usaha yang terbaek!! Tapi kalau hafal bebanyak tu maunya tension/pressure..

Nurnabilah Huda said...

Terima Kasih mama... Insya-Allah.. Kakak akan usaha yang terbaek!! Tapi kalau hafal bebanyak tu maunya tension/pressure..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nak Order / Beli barang? Sila isi borang dulu ye..

Name:
Phone No / Tel:
Email Address:
Sila jelaskan nama barang dan kuantiti
Alamat
Total kena bayar

Put a website form like this on your site.

Followers