Jom Klik

Tuesday, January 22, 2013

Sekolah baru, kawan baru dan tempat tinggal baru


Alhamdulillah, 21 Jan 2013 hari Isnin, kami telah selamat sampai ke SMA Al Falah, Batu Talam, Raub, Pahang pada pukul 9:10am.

Kami bertolak dari rumah di Taman Lestari Putra pukul 05:15am. Singgah di Petronas Paya Serai untuk memunaikan kewajipan Solat Subuh..kemudian sampai di Batu Talam pada pukul 08:30am. Kami singgah di masjid Kg Batu Talam yang berhadapan dengan sekolah Kak Long sebab ada 2 orang yang belum mandi pagi. 

Papa mandikan Danish dan Danial di tandas masjid. 

Selepas siap budak kecik dua orang ni kami terus ke SMA Al Falah. Pergi ke pejabat untuk bertanyakan pendaftaran Kak Long. Kami diberikan sehelai kertas yang lengkap bertulis nama guru dan jenis bayaran yang perlu dilangsaikan..

Mula-mula kami membuat bayaran untuk  yuran SUWA berjumlah Rm129.50. kemudian kami berjumpa guru Koperasi sekolah dan membuat pembayaran sebanyak (Senarai Alatan Koperasi Pelajar Baru RM130+Buku Tulis RM28.90 + Harga Kitab Ting.1 RM48.00) semua: RM206.90. Bayaran PIBG sekolah (RM60 + RM200 - Seminar/Motivasi/Kelas Tambahan) >RM260.00. Bayaran Asrama (pendaftaran RM30 + bulan Jan Rm30) semua: RM60.00.

Semua bayaran untuk kemasukan kakak ke sekolah dan asrama adalah sebanyak RM656.40...Alhamdulillah semua telah selamat dijelaskan..Selepas ini hanya bayaran asrama sahaja sebanyak RM30 akan dibayar dan duit poket a.k.a. belanja harian kakak..Kitaorang dah makan sarapan pagi kat kantin sekolah - alhamdulillah agak sedap makanan dan harga rasanya amat berpatutan untuk pelajar-pelajar.

Semalam ayahnya bagi duit syiling banyak juga untuk digunakan bagi tujuan menelefon kami. tetapi kami dimaklumkan telefon awam di kawasan asrama mengalami kerosakan dan tidak boleh guna syiling kena pakai kad ring-ring.

Oleh kerana ibunya (Adik aku yang buat baju sekolah Kak Long) dah bagi duit RM50 so kami hanya tambah RM10 je kagi utk dia buat sebagai duit belanja. Insya Allah hujung minggu ini kami dtg lg...nak dengar apa cerita la plak kak Long kali ni...






 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nak Order / Beli barang? Sila isi borang dulu ye..

Name:
Phone No / Tel:
Email Address:
Sila jelaskan nama barang dan kuantiti
Alamat
Total kena bayar

Put a website form like this on your site.

Followers