Salam semua. Bolehkah kita melatih anak-anak menjadi seorang 'Hafiz' atau 'Hafizah' seawal usia 5 tahun? Jawapannya: Boleh.. Tiada yang mustahil.
Nuramirah hanya perlu dua tahun menjadi hafizah oleh Norliza Abd. Rahman KEMAMPUANNYA menghafaz 30 juzuk al-Quran pada usia tujuh tahun amat membanggakan dan kejayaannya muncul naib johan pertandingan tahfiz peringkat negeri Perak pada sambutan Maulidur Rasul 11 April lalu memberi kepuasan kepada kedua-dua ibu bapanya yang berjaya mengasah bakat luar biasanya.
Beliau yang mula mengenal al-Quran pada usia lima tahun berjaya menamatkan hafalannya dua tahun kemudian selepas dilatih sehelai muka surat setiap hari oleh ibunya, Nurzahidah Hashim.
Untuk cerita selanjutnya boleh baca di blog ini ye...Anakkusoleh.
Doaku semoga anak sulungku berjaya menjadi seorang 'Hafizah'. Memang bukan senang untuk bergelar seorang 'Hafizah' tetapi kalau kita telah dididik atau didedahkan dengan 'bi'ah' atau suasana belajar menghafaz ayat-ayat suci Al Quran dari awal - insyaAllah..Allah akan permudahkan..Semoga adik-adik kamu bakal mengikuti jejak kamu...
Semua perkara telah ditentukan oleh Allah namun kita sebagai manusia mesti berusaha untuk mendapatkan yang terbaik untuk diri kita demi Agama, Bangsa dan Negara...
Jika dilihat rutin seorang yang bergelar 'Hafizah' di awal usia 7 tahun amat la ketat..beliau dilatih oleh ibu bapanya untuk menghafaz al-Quran empat kali sehari iaitu waktu pagi, tengah hari, petang dan malam untuk mengasah daya ingatan mereka.
Tiada beza sangat dengan jadual Kak Long di SMA AL Falah tu, kakak kena bangun seawal pukul 5 pagi, siapkan diri dan sementara menunggu azan kakak boleh membaca dan menghafaz ayat2 Al Quran. Selesai solat Subuh bersiap ke sekolah. Kalau seawal 6:15am telah bergerak ke sekolah..maknanya kakak akan berada sekitar pukul 7 am di kelas (selepas sarapan pagi di dewan), mungkin juga lebih awal..masa yang terluang sebelum perhimpunan atau sesi persekolahan bermula boleh digunakan untuk meghafaz ayat2 suci al Quran.. (dalam 1/2 jam ada la kot)..
Semoga segala benda-benda negatif yang ada di dalam tubuh Kak Long akan hilang dengan berkat ayat-ayat suci Al Quran ini... Waktu petang Kak Long telah diperuntukkan selama 2 jam (pukul 3pm - 5pm) untuk sesi hafazan...
Selain itu ada beberapa garis panduan yang selayaknya dipatuhi oleh mereka yang ingin menjadi 'Hafiz' atau 'Hafizah'...
Bagi Penyelia Unit Pembangunan Insan di Sekolah Integrasi As-Syakirin, Shah Alam, Arifin Aziz, terdapat beberapa latar belakang seseorang itu boleh berjaya menghafaz al-Quran. Pertama, ibu bapa, pendidikan dan persekitaran.
"Imam Syafie bergelar hafiz sewaktu berusia tujuh tahun kerana keprihatinan ibu bapa beliau tentang agama. Ibunya pula sepanjang mengandung berkali-kali khatam dan sentiasa berdoa agar anaknya menjadi hafiz. Malah para saintis turut mengakui bahawa bayi di dalam kandungan boleh mendengar."Dalam kes Syeikh Abdul Kadir Jailani iaitu seorang wali Allah, beliau amat menjaga soal pemakanan.
Tambah Arifin, Allah s.w.t. mengurniakan banyak kelebihan dan keistimewaan kepada golongan penghafaz al-Quran antaranya diberi syafaat memilih 10 orang untuk dibawa masuk ke syurga dan mereka adalah orang kedua selepas Baginda Rasulullah s.a.w. yang akan masuk ke syurga Allah. (dipetik dari blog anakkusoleh).
Segala perkara 'lagho' yg melalaikan hendaklah dijauhi seperti menonton TV atau VCD dan seumpamanya...
Setakat ini dahulu buat kali ini...jika diizinkan Allah..kita sambung lagi kisah ini...