Jom Klik

Thursday, July 21, 2011

Cream Cheese Frosting

Ini n3 lama..tertinggal dalam draf..patutnya nak publish lepas n3 birthday anak-anak bulan 7 dulu...hu..hu.hu..

Ni nak kongsi n3 pasal butter cream yang buat hiasan atas kek tu..Alhamdulillah walau hanya guna resepi dari internet...butter cream tu sedap dan boleh guna untuk hias kek...Untuk kedua-dua kek birthday anak-anak yang buat pada 16 Julai 2011...akak guna campuran cream cheese (philadelphia), buttercup, shortening, gula icing dan susu segar...Puas jugak google kat internet sebab resepi sebelum ni lupa nak letak cara dan bahan untuk buat icingnya...

Sayang juga untuk kali ini, akak cuma tulis kat kertas dan sebaik lepas siap semua, kertas itu dikoyakkan dan dibuang...adeh..deh...

Akak ada blogwalking kat blog Rai (Sweet Vanilla) - dia kongsi resepi tentang butter cream / cream cheese..ni..

Cheese Cream Frosting
250 gram cream cheese (philadelphia)

120 gm butter

120 gm gula icing


Akak biasa buat guna bahan-bahan ni jugak tapi cheese cream tak de la sebanyak ini. Kalau banyak macam ni mesti la sedap kan, sebab akak selalu guna dalam 120gm jer, pas tu campur ngan shortening...pukul semua sampai gebu dan putih berkilat..lepas tu boleh bahagikan beberapa bahagian untuk diwarnakan mengikut kehendak memasing la...

Untuk birthday anak-anak hari tu, guna butter cream yg buat tu sekali adun untuk dua kek sekali..ada lebih sket lagi..simpan dalam peti ais nanti boleh guna lagi untuk deco cupcake ke apa ke...

Lebihan cream semalamnya dihias atas cup cake. Buat tghari Ahad (17 Julai lalu)  sebab Adik datang petang tu.


BUTTERY ORANGE CAKE with Blueberry

Kek kedua ini adalah dibuat khas untuk birthday Kak Long. Kek ini juga menjadi pilihan semasa buat birthdayDD yang pertama tahun lepas untuk resepi boleh rujuk di sini.
Cuma gula untuk kali ni akak kurangkan kuantiti jadi 200gm, kalau ikut resepi sebelum ni 250gm..manis sangat nanti sebab jus oren Twister tu agak manis...

Inilah hasil percubaan kedua..seronok deco kek ni...

Rupa kek sebaik keluar dari oven...Nasib baik semua dah tidor..kalau tak..emm..

1st time akak potong kek jadi 2 lapisan..sapu ngan 'butter cream' dua2 lapisan then lekatkan balik.. seronok...

Ok..ini lah hasilnya..comot jugak ye. Sepatutnya kek ni dibuat guna acuan bulat penuh atau segiempat tapi akak guna acuan kek span..tu la pasal keknya berlubang di tengah...hu..hu...

Pandangan dari atas...ala silau plak...

Ok..kita letak dalam kotak elok2...simpan dulu dalam peti ais..esok kita makan...

Ini la rupanyer...alhamdulillah..kek ni lembut sangat dan sedap...perasan plak...

Wednesday, July 20, 2011

Blueberry Cheese Cake



Resepi asal dari Hana memories. (Strawberry Cheese Cake).
Akak tukar kepada blueberry.

Bahan-bahan
Bahan-bahan A:
250 gm biskut mudah hadam - Akak guna biskut merie je.
125 gm mentega tanpa garam - akak pakai buttercup je.
Bahan-bahan B:
200 ml krim putar(whipping cream) - tk guna  tak de..mahal ni woo.
250 gm krim keju - (Philadelphia cheese cream)
140 gm gula kastor -
1 sudu besar jus lemon - guna jus buah oren sunkist - tak sukat pun.

Bahan-bahan C:
15 gm gelatin halal - Halal gel gelatin
100ml air
- campurkan air dgn gelatin atas double boiler dan sejukkan selama 5 minit (kita pon guna air panas kacau.).

Bahan-bahan D
1 pack strawberry - potong jgn besar sgt, nanti berat dan jatuh ke bawah. - skip - cari buah strawberry tak jumpa. ganti ngan blueberry jem je..

Topping:
150 ml jus strawberry - hana gune jem stoberi jerk + 1sudu mkn gelatin + air sedikit = msk secara double boiler. Suamkan seketika then curahkan atas kek.
1 sudu besar tepung jagung - Kita campur semua msk dlm periuk api slow..

Cara-cara:
  1. Hancurkan biskut sehingga jadi serbuk.Sediakan loyang acuan berukuran 8 inci.
  2. Cairkan mentega. Tuangkan mentega kedlm bekas berisi biskut tadi. Kacau rata.
  3. Tekankan adunan biskut ke dalam loyang sehingga menjadi rata dan padat.Sejukkan dlm peti ais selama lebih kurang 30 minit agar ia menjadi keras.
  4. Pukul krim putar yogurt (1 cup Nestle punya yg harga Rm1.65 satu, beli dua tapi anak dah sebat 1 cup) sehingga pekat dan gebu.Ketepikan.
  5. Pukul krim keju bersama-sama gula dan jus lemon sehingga sebati. Setelah itu masukkan gelatin dan gaul lagi sehingga sebati.
  6. Kemudian tuangkan bahan ini kedlm bekas yg berisi krim putar yogurt tadi dan gaul rata dgn menggunakan whisk.
  7. Keluarkan adunan biskut dlm peti ais. Tuangkan 1/3 adunan krim cheese td keatas adunan biskut. Ratakan dan letakkan buah strawberry (tak letak - tak de). Akhir sekali tuangkan adunan sampai habis. Sejukkan di dalam peti ais sekurang2nya 3 jam. (akak letak dari malam Rabu sampai malam sabtu baru keluar dr peti dan alihkan dlm kotak untuk decorate). 
  8. Buat topping dgn mencampurkan jus strawberry dan tpg jagung. Masak atas api yg kecil. Apabila telah mendidih, tutup api. -Tuangkan jus stoberi hingga habis. Simpan dlm peti ais skali lagi sebelum dihidangkan.

Rupanya bila dikeluarkan dari acuan dan dimasukkan dalam kotak.
Sebab tak de spring form, akak pakai apa yg ade jer..tu yg tak same keliling..
Mari kita menghias kek......
Umur : 8 tahun tak muat dah nak tulis...
Sudah siap...aih...gambar ape la keliling tu yek..
 
Masukkan balik dlm kotak, simpan untuk Jamuan esok yey!!!..

Wordless Wednesday * Macaron*

First Attempt

Chocolate Filling

Where are the foots? hi..hi..hi..

Monday, July 18, 2011

Pergi Tak kembali : Almarhumah Dr. Lo'Lo' Mohd Ghazali

AlFaatihah buat Almarhumah Dr. Lo' Lo' Mohd Ghazali. Semoga Allah merahmati rohnya dan memberi ganjaran yang setimpal di atas segala kebaikannya di dunia. Aamin.

Daripada Dia kita datang kepada Dia kita akan kembali..


Jenazah dikebumikan hari ini..

Ramai yang mengiringi pemergian Jenazah Allahyarhamah Dr Lo' Lo' dibawa ke tanah perkuburan datok keramat pagi tadi...lalu depan skolah...Al Fatihah untuk arwah...alfatihah... Gambar kongsi / ambil dari FB rakan Saudara AbdulWahab Khalid . Terima kasih Abang Wahab.



.

Happy Birthday for Kak Ngah n Kak Long

Ni n3 untuk Sabtu lepas 16 Jun 2011. Sempena birthday Kak Ngah yang ke 8 tahun. Oleh kerana birthday Kak Long pada 5 Mei yang lalu, mama tak buat majlis pun..maka birthday party ni pun sekali untuk Kak Long...yang ke 11 tahun..

Blueberry Cheese Cake with Strawberry Toping for Kak Ngah fatin.

Special For Kak Long - Orange Buttery Cake  
Alhamdulillah semua berjalan lancar..Terima kasih kepada Papa yang goreng mee untuk tetamu kecil yang diundang oleh Kak Ngah ngan Kak Long...

Kepada kedua-dua puteri - semoga bergembira dengan small birthday party yang dibuat khas untuk mengucapkan kesyukuran kepada Allah kerana telah dipanjangkan umur dan semoga kalian berdua akan menjadi anak-anak yang solehah dan berjaya di dunia dan akhirat..


Jamuan untuk kawan-kawan Fatin ngan Nabilah..

Kawan-kawan main SuperNeuron sebelum majlis potong kek..

Cheese Cake Fatin dah nak habis..Fatin komplen kek dia kecik n simple,
kek Kakak besar n cantik...ala.la..la..sama jer..boleh makan same-same..

Kek Kak Long tinggi..siap decorate kek ni kul 5 pagi Sabtu tu..

Kek Oren ni favorite Papa n Kak Long..

Ada roti sosej berkeju, keropok, mee goreng dan keropok lekor..
Sampai kul 6.30pm masih ada kawan-kawan yang datang walaupun majlis mereka start kul 2pm. 2 biji kek telah berjaya dihabiskan... Alhamdulillah...

Wednesday, July 6, 2011

Buat Kek lagi...

Kek tak de nama.Better from previous orange cake last Sunday.

Kononnyer nak salut topping coklat tapinya teramat comot...

Ada sape2 nak rase?..
Semalam balik kerja sampai rumah kul 6. Selepas solat Asar. Ke dapur terus masak nasi..selepas tu siapkan bahan untuk buat kek favorite aku...Ahad ari tu dah buat - kek gebus oren tapi tak gebu pon,,entah apa silapnya... so semalam buat basic kek Gebu jer la...

Komen suami ngan Fatin...kenapa banyak sgt coklat..Mungkin coklat toping ni tak sedap kot..orang posa ni lain seleranya...akak sedap jer..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nak Order / Beli barang? Sila isi borang dulu ye..

Name:
Phone No / Tel:
Email Address:
Sila jelaskan nama barang dan kuantiti
Alamat
Total kena bayar

Put a website form like this on your site.

Followers