Jom Klik
Wednesday, August 14, 2013
Tahsinul Solat Wanita
Saturday, July 13, 2013
AMALAN UNTUK MUSNAHKAN SEL KANSER
Lapan surah ini diamalkan dan dibaca untuk memusnahkan sel-sel barah kanser. Jika pesakit dapat membacanya lagi baik. Jika tak terdaya atau kurang baik bacaannya maka boleh minta suami, ayah, ibu atau orang lain membaca untuknya.
Selok-eloknya sebelum memulakan bacaan surah dibawah :
1. Istighfar 10x.
2. Salawat Nabi 10x.
3. Al-Fatihah 1x.
Sediakan sebotol air secukupnya, air yang bersih lagi suci dan setiap kali habis surah dibaca, ditiupkan kepada air. Pesakit dinasihat minum air bacaan tiap-tiap hari dan sapu/mandi pada anggota yang kena barah kanser. InsyaAllah kerana sakit dan sembuh semua kekuasaanNya.
1. Surah Al Maidah (Ayat 82-91).
2. Surah Al Araf (Ayat 70-81).
3. Surah Ar Ra'd (Ayat 16-28).
4. Surah Al Anbiyaa' (Ayat 38-50).
5. Surah Asy Syu'ara (Ayat 185-227).
6. Surah Az Zummar (Ayat 42-52).
7. Surah Ghafir (Ayat 67-77).
8. Surah Az Zukhruf (Ayat 52-70).
Kepada pembaca tolong sebarkan kepada ahli keluarga dan saudara yang sedang mengidap penyakit kanser. Semoga dengan menolong mereka yang sakit, akan juga mendapat pahala dari bacaannya serta pahala kerana menolong sesama hamba yang benar-benar memerlukan pertolongan dan penyembuhan dari-Nya
Selain dari itu, boleh lah jika ingin menjadikan SARI AgeGard sebagai salah satu alternative untuk penyembuhan sel KANSER.
Insyallah.
Friday, June 14, 2013
PROMO! PROMO! Kokuryu Super Summer Cake (Bedak Arab)
Inilah rupanya bedak baru akak... |
MENGGUNAKAN TEKNOLOGI JAPAN DAN DIBUAT DI FILIPINA.
Bedak Arab merupakan powder digabungkan dgn krim kecantikan secara saintifik membentuk powder, foundation, moisturizer dalam satu. Bedak Arab ni kiranya 3 in 1. Bedak Arab merupakan formula kecantikan yang unik sesuai untuk semua jenis kulit, didatangkan dengan warna yang halus, tidak menggelapkan kulit, mampu melindungi jeragat serta parut di muka anda, senang jer BASAHKAN SPONGE dan terus sapu ke muka.
Anda akan kelihatan cantik secara semulajadi walaupun berjemur di bawah sinaran matahari malah akan melembabkan kulit muka anda.
Pelbagai pilihan warna.. |
*Halal dan boleh dibawa solat
*Harga yang berbaloi dan tahan lama (tahan 3 bulan)
*3in1 (powder+foundation+moistur
*Tahan selama 8jam
*Bedak ni akan meresap ke dalam kulit dalam masa 1 min & memberi kecantikan semulajadi
*Sangat bagus bila berpeluh dia lagi cantik , shining & glowing
*Bedak ni sgt wangi - salah satu sebab aku beli bedak ini.
*Bedak nie ikut darah
*Boleh cover kulit berminyak
*Melindungi jeragat & jerawat
*Pada yang berjerawat bedak ini jugak akan mengecutkan jerawat di muka
*Anda akan rasa muka semakin gebu dan lembut
* Ada perlindungan UV.
2. Mengikut pengalaman pelanggan yang telah menggunakannya, penggunaan bedak ini boleh bertahan selama lebih dari 3 bulan. JIMAT RM anda!!!
3. Bedak ini merangkumi moisturiser, foundation dan bedak , jadi, dalam masa lebih 3 bulan, hanya perlu beli satu bedak sahaja tetapi dah merangkumi 3 produk, daripada membeli 3 produk berasingan..JIMAT RM anda!!!
4. Penggunaannya yg mudah dan memakan masa yg singkat, dapat menjimatkan masa untuk berhias. JIMAT Masa anda!!!
Wednesday, May 15, 2013
Hari pertama Baby Adwa Qaireen ke Taska
Salam semua. Jumaat ni dah mula masuk kerja semula. So, hari ni start hantar baby ke Taska.
Akak pilih Taska Qistina - tempat Danial tahun lepas. Walau yuran bulanan agak tinggi (rm300) bagi baby tetapi cikgu2 Kat situ semua adik beradik dan 2 org cikgunya ada baby kecil yg senior sebulan dua jer dari Adwa.
Pagi tadi hantar Baby agak lewat dalam pukul 11am. Baby dah mandi Kat Umah. Ingat nak hantar baby dalam pukul 9am tapi elok jer dah pakai baju comel2 dah pakai topi - dia buat hal plak. Aduh...aduh...kena buka semula semua baju dan sekali lagi kita ke bilik air ye...
Alhamdulillah.. Sepanjang perjalanan ke Taska Qistina, baby diam jer tak nangis. Tapi masa lalu kat sekolah PASTI ternampak Abang Danish duduk sorang kat luar sekolah dgn muka yg amat sedih.
Akak pun berhenti la depan PASTI dan tanya kenapa abang? Terus nangis abang. Jom la balik... Mama Nak hantar baby sebenarnya tapi kena ambik abang plak. Danial pon dah angkat beg dan pakai selipar Nak balik jugak...ops... Ops... Tak leh balik lagi...abang Danish jer balik sebab dia demam. Ala...la.la....kesian Danial...masuk balik dalam kelas...
Sampai Taska baby....Anak sulung cikgu Samsiah suka sangat Kat baby.. Padahal dia pun ada baby Jgk....
Siap pesan dengan cikgu kalau baby nangis tak berhenti tak mahu minum susu @ tidur...nanti cal ye....almaklum la... Kat umah langsung tak nak minum susu dalam botol.
Pukul 3.30pm Akak sms tanya keadaan Adwa macamana..cikgu dia kata ok cuma baby tak mahu minum susu dalam botol.. So cikgu bagi susu dalam syringe je. Dah tidur tu...
Akak ambik baby dalam pukul 5 petang selepas menjemput Akak Fatin dan Abang Danial dari sekolah masing2.
Wednesday, May 8, 2013
Jom meroti lagi
07.05.13, seawal pukul 4:30am aku dah bangun menyiapkan bhn2 utk membuat roti Dan Kek coklat moist Utk bekalan Kak Long ke asrama.
Sunday, May 5, 2013
05.05.2013 Part 1 - PRU 13
Sunday, April 21, 2013
Adwa Qaireen sudah sebulan 18 April 2013
Alhamdulillah baby Adwa tiada sebarang masalah sejak lahir sampai ari ni. Tidak seperti kakak2 dan abang2nya terdahulu.
Adwa belum diaqiqahkan lagi. InsyaALLAH jika ada rezekinya akan disegerakan.
18.04.2013 tu bawak emak dan baby pergi bank. Selepas tu pergi Petronas dan pergi kedai Moms Little One. Di sini mama mencuba breast pump jenama Rumble Tuff dan Medela free style. Rumble Tuff ok la, harga pun mampu milik. Medela free Style lg la ok tapi harga rm2k lbh ok.
Sebenarnya breast pump lama jenama Ameda - ada masalah 'suction' terlalu perlahan. Kata pekerja kedai ni, mama boleh bawa Ameda ke sini untuk test dengan spare part yang ada kat sini. Ops rupanya test breast pump pun kena bayar, rm20 ok. Ingatkan free. Tahun 2010 dulu pergi sini jugak tapi tak kena bayar pun.
Lepas tu mama singgah Speedmart beli barang2 sikit. Baby dengan emak tinggal dalam kereta je. Ada satu kedai lg mama singgah -BAGUSS- beli butter, dark chocolate (Beryls) dan gula kaster 2 kilo.
Ok sudah, jom balik. Adwa tidur je dalam kereta padahal sudah berak.
Eh! ada lagi benda nak beli. Singgah kedai Azmiza jap - beli Pemanggang Ajaib 2nd generation - Are Ikan, Menang Glassware punya. Mama punya papa dah beli semasa mama 17 hari dalam pantang hari tu..memang bagus.Mama suka pemanggang ajaib itu...Thank you Papa...
Tapi yang ini untuk emak. Aku pun beli satu jug flask stainlesss steel 2 liter.
Ok dah abis shopping, kita beli cendol dan cakoi untuk emak. Cekodok pisang jugak utk anak2. Adoi..penat jg kami.
Monday, April 1, 2013
Siapa Nama? Adwa Qaireen
ADWA QAIREEN | |
A | Amanah |
D | Dinamik |
W | Warak |
A | Alim |
Q | Qualiti |
A | Abadi |
I | Ikhlas |
R | Ramah |
E | Emosional |
E | Egoistik |
N | Naif |
Apa ada pada nama? |
Salam semua...akhirnya En suami telah menyempatkan diri pergi ke Jabatan Pendaftaran Negara pada hari Khamis lepas (28.03.13) bersama kawannya yang juga kebetulan anaknya dilahirkan di Hospital Serdang pada 19hb 03 yang lalu..jarak sehari je dengan anak kami..
Baby kelima kami telah diberikan nama Adwa Qaireen yang membawa maksud >> Cahaya Kebaikan....
Semoga kamu bakal menjadi seorang anak yang solehah yang akan membawa kebaikan kepada keluarga ini dan seluruh alam ini...insyaAllah.
Sunday, March 31, 2013
18 Mac 2013 Pengalaman Bersalinkan Anak Ke-5
Saturday, March 23, 2013
Last Check Up on Due Date = 16 Mar 2013
Tapi kita hanya merancang, tuhan yang menentukan..si Danial demam dari petang Khamis lagi...so hari Jumaat pagi dia tinggal di rumah dan tidak boleh berenggang dengan mamanya langsung...takkan aku nak bawak si Danial ni ke klinik gigi kot. Aku menahan jer sakit gigi itu.....
Pada pagi Sabtu, 16.03.13..pagi-pagi lagi aku sudah mandi dan bersiap untuk ke klinik Jameotan dulu untuk buat last checkup dan sekiranya belum ada tanda hendak bersalin pada hari ini aku akan ke klinik gigi plak menguruskan kesakitan yang itu plak.
Sampai di klinik Jameaton sudah pukul 09.30am. Bila masuk ke dalam klinik terpampang nama doktor yang bertugas pada hari itu adalah Doktor Hairul..Aku tanya staff di situ Dr Jameaton tak de ke hari ini? Staff di situ beritahu : tak ade.
Aku mengambil keputusan untuk tidak membuat check up memandangkan doktor lelaki yang bertugas pada hari itu..Aku hanya akan ke klinik Jameaton pada hari Isnin depan, 18.03.2013 untuk checkup sekiranya belum bersalin lagi.
Aku terus ke klinik gigi Alam Putra ke apa namanya di Taman Equine tetapi malangnya klinik itu tutup.
So aku call suami dan minta dia teman gi klinik Lisa Alis di bandar baru Bangi. Kami sampai di Klinik Lisa Alis dalam pukul 11.30am dan alhamdulillah tidak ramai orang. Aku pun tidak perlu menunggu lama. Bila jumpa doktor aku pun terangkan masalah aku kepada beliau dan moho pandangan. Aku minta dia buat scaling dulu dan check mana2 gigi aku yang berlubang. Aku juga maklumkan bahawa hari ni due date bersalin aku dan kalau boleh aku tak mahu cabut gigi.
Doktor nasihatkan aku cabut sahaja gigi geraham aku yang paling hujung kat bahagian bawah kerana mengalami masalah berlubang tambahan pula gigi itu sebenarnya tidak berfungsi sangat..(ye ke?)..Aku tanya tak pe ke doktor saya dah nak bersalin ni..doktor bgtau - tak de masalah...
Maka beliau pun meneruskan tugasnya dengan membius gusiku..boleh thn sakit jugak kena bius ni..lepas tu dia tampal gigi hadapan yang juga berlubang..ish..banyaknya lubang..siapa la yang korek ni... lepas tampal baru dr buat scaling dan last sekali baru dicabut gigi gerahamku itu...
Balik ke rumah aku tidak boleh nak makan atau bercakap lagi..terus masuk ke bilik dan tidur...So..hari ni tk de check up for the baby...tapi checkup for the teeth...
Due date = 16 Mar 2013
Aku sendiri telah mula bercuti dari 11.03.2013 (Isnin) lagi kerana sudah tidak larat untuk berjalan jauh dari parking ke pejabat di tingkat 2, Bangunan Putra Perdana, JPM itu..
Apatah lagi mengenangkan emakku yangterpaksa tinggal seorang di rumah kerana aku telah membawanya ke sini sejak minggu lepas lagi.
Aku sebenarnya mengharapkan kelahiran baby kali ini lebih awal dari tarikh jangkaannya...walaupun aku sedia maklum keempat-empat anakku sebelum ini semuanya hanya kan lahir setelah 40 minggu atau seminggu lewat dari tarikh jangkaan yang diberikan oleh doktor..
Hari selasa 12.03.2013 - aku mengalami sakit kepala..rupanya sakit giigi yang sudah 2 hari aku alami adalah penyebab sakit kepala itu. Aku baru sedar gigi aku berlubang pada petang semalamnya. Hari ini selepas aku mengirimkan barangan untuk adik iparku (Salindah set untuk kawannya) hati ini masih berbelah bagi..hendak ke klinik Jameaton atau terus ke klinik gigi...
Akhirnya aku terus memandu ke klinik gigi yang berdekatan dengan rumahku...Alhamdulillah tidak perlu menunggu lama dan aku terus dapat berjumpa dengan doktor untuk rawatan tampalan. Doktor beritahu hanya boleh buat tampalan sementara dan nasihatnya, aku kena buat rawatan akar jika mahu gigi ini diselamatkan.
Alhamdulillah selesai sudah pening aku...
Sebelum balik ke rumah sempat aku beli cendol 2 bungkus...untuk aku dan emak..tapi bila sampai rumah aku tak boleh nak minum pon cendol itu.. doaku semoga aku tidak bersalin malam ini atau esok..sebab aku teringin sangat nak minum cendol itu..
Walaupun sudah ditampal gigi yang berlubang itu, sakit kepala masih belum hilang sampai badanku rasa panas...aku ambik ubat sendiri...Aconite...
Rehat..rehat..rehat..
Pizza oh pizza
Mama...yayat nak makan Pizza...bila mama nak buat?
Alahai....esok ye...ni dah malam ni...nanti kita suruh Papa beli sosej ngan cheese ye...
Sebelum dibakar |
Selepas dibakar..nyumm..nyumm.. |
Dapat 2 biji pizza tapi yg ni over cooked sket.. Alhamdulillah..lepas la keinginan si anak bujang itu... |
Wednesday, March 13, 2013
39 minggu - Menunggu kehadiran orang baru
Aku ambik keputusan bercuti awal...walau aku tahu..keberangkalian untuk bersalin awal tu cuma 5% sahaja sebab keempat2 anak sebelum ini semuanya overdue atau cukup-cukup 40 minggu..
Hari Isnin dan semalam kepala sakit, 2 malam juga gigi sakit tapi masih boleh tidur setelah disapu dengan minyak Morhabshi...Rupa2nya gigi geraham aku berlubang, petang Isnin baru perasan...
So hari Selasa selepas aku mengepos set Salindah untuk adik iparku di KL, terus aku ke klinik gigi berdekatan tempat tinggalku..dalam perjalanan berbelah bagi nak gi jumpa doktor gigi ke nak gi klinik Jameaton - sebab kepalaku masih sakit/pening...aku confius jugak...haih mana satu ni..malam-malam sebelum ni pon kontraksi macam nak bersalin tu sudah datang..tapi bila siang dia hilang atau datang sekejap2 je...so aku decided selagi belum ada keluar tanda atau pecah air ketuban aku bertahan jer kat umah...
Akhirnya sampai jugak aku ke klinik PerGigian Poliklinik An Nisa, Bandar Putra Permai. Selepas diperiksa oleh doktor aku dinasihatkan agar membuat tampalan sementara dahulu sebab aku tengah sarat dan menunggu hari je lagi..mengikut hasil pemeriksaan doktor gigi geraham aku tu dah sampai ke saraf rosaknya..kalau aku sayangkan gigi tu (tak nak cabut) maka dinasihatkan agar membuat 'Root Canal Treatment) selepas habis tempoh berpantang nanti...
So semalam dapat MC satu hari..Patut la kepala aku dah 2 hari sakit tak hilang-hilang...rupanya ada kaitan dengan gigi yang sakit ni...
Tuesday, February 26, 2013
Saturday, February 23, 2013
Enam Makanan Kaya Zat Besi dan Penambah Darah
Enam Makanan Kaya Zat Besi dan Penambah Darah
Pengambilan vitamin biasanya menjadi pilihan ramai orang agar tidak kekurangan darah. Namun, vitamin semata-mata tidak mencukupi, kita juga memerlukan makanan yang berkhasiat yang mengandungi zat besi agar sel-sel darah yang mengalir dalam tubuh kita terus meningkat.
1. Ubi Bit
Ubi Bit mengandungi serat, zat besi, vitamin C, serta mengandung betacyanin yaitu zat kuat yang boleh melawan kanser usus. Ia juga mengandungi antioksidan yang telah dibuktikan boleh menurunkan total kolestrol dan meningkatkan HDL atau kolestrol baik dalam tubuh.
Protein yang terkandung dalam ubi bit diperlukan untuk meningkatkan sel-sel darah dan meningkatkan aliran darah. Ubi bit juga dapat membantu mengeluarkan racun dalam tubuh dan sebagai pembersih darah. Maka dari itu, masukkan Ubi bit dalam senarai diet anda. Ubi bit mempunyai sumber vitamin A dan akar ubi bit sendiri merupakan sumber vitamin C.
2. Klorofil (zat hijau daun)
Sayuran seperti bayam, seledri, brokoli, kubis dan kangkung sangat baik bagi tubuh. Klorofil (zat hijau daun) pada sayuran hijau merupakan pigmen dari tanaman yang warnanya hijau dan terdapat dalam kloroplas sel tanaman. Klorofil mempunyai struktur kimia yang hampir mirip dengan hemoglobin (sel darah merah), sehingga menurut penelitian para ahli gizi, klorofil bermanfaat untuk merangsang pembentukan sel darah merah pada penderita anemia.
3. Kacang Almond / Badam
Kacang yang satu ini kaya dengan zat besi yang dapat meningkatkan aliran darah dalam tubuh. Satu auns badam sehari mencakupi enam peratus dari keperluann zat besi setiap hari.
4. Buah-buahan
Para ilmuwan menyarankan orang yang mengidap anemia untuk rajin mengambil buah dan sayuran hijau. Tidak hanya bergizi, buah juga efektif dalam meningkatkan jumlah darah dalam tubuh. Buah seperti alpukat / avokado, tembikai, epal dan anggur boleh melancarkan aliran dalam darah tubuh.
5. Jamur tiram / cendawan tiram
Setiap 100 gram cendawan tiram segar mengandungi 45,65 kalori, 8,9 miligram (mg) kalsium, 1,9 mg zat besi, 17,0 mg fosforus, 0,15 mg vitamin B-1, 0,75 mg vitamin B-2, dan 12,40 mg Vitamin C. Nah, cendawan juga mengandungi asid Folik yang cukup tinggi, dan disebut-sebut mampu menyembuhkan anemia.
6. Udang
Mineral selenium dalam 100 gr udang segar cukup untuk memenuhi 54 persen kebutuhan harian, disusuli fosforus (20 peratus), besi dan tembaga (masing-masing 13 peratus) , magnesium (9 peratus ), zinc (7 peratus) , sodium (6 peratus), potassium dan kalsium (masing-masing 5 peratus), serta berbagai mineral penting lainnya.
Selain itu aku juga sedang makan ceraian B4 dan B5 (Set Salindah - keluaran ERA EDAR Marketing Sdn Bhd), minum Extra Virgin Olive Oil sesudu sebelum tidur dan sesudu sebelum sarapan...juga kadang aku ambil juga pati minyak Habbatussawda keluaran syarikat Morhabshi...
Semoga kelahiran kali ini depermudahkan dan baby sihat walafiat ...- InsyaAllah...