Hari ini merupakan hari membuang undi bagi Pilihanraya ke 13.
Alhamdulillah, Allah permudahkan urusanku untuk menjalankan tanggungjawab terhadap Agama, Bangsa Dan negara walaupun hari INI adalah hari ke 48 usia Adwa Qaireen.
Seawal 7.40am kami (aku, adik dan Emak) telah dihantar oleh suamiku ke SRK Felda Purun. Kami sampai di Sana lg 10 minit pukul 8am. Pintu pagar sekolah masih berkunci.
Akhirnya pada pukul 8am pagar sekolah pun dibuka. Kami masuk terus ke destinasi masing2. Emak di saluran 1, aku di saluran ke4 dan adikku di saluran ke5.
Aku orang kedua beratur di depan kelas. Selepas menyerahkan kad pengenalan Dan nama disemak, jadi telunjuk Kiri dicalitkan dakwat barulah kita diberikan kertas undi.
So boleh pangkah siapa calon pilihan kita. Sudah siap, lipat kertas Dan masukkan ke dalam peti undi. Siap Dan boleh balik.
Aku kena balik ke Selangor plak sebab suami mengundi di Bandar Baru Bangi.
No comments:
Post a Comment