Hari ke-6. 23.03.2013
Wah..akhirnya..baby selamat jugak jenguk ke dunia ini pada 18.03.2013 @ 07:31am, di Hospital Serdang, Selangor Darul Ehsan...
17 Mac 2013 - aku ambik Thuja untuk hilangkan racun antibiotik yg telah diambil pada 16.03.13 ketika sesi cabut gigi geraham ku itu....lepas itu atas nasihat Prof Dr Hamsiah, aku ambil Hypericum satu dos dan akhir sekali aku ambil arnica satu dos.
Oleh kerana baby dah lepas due date, aku cuba bertanya2 kawan2 apa patut aku makan. Puan Nadya cadang ambik L8 - setiap jam sebiji sebanyak 3 biji. Aku pun buat perkara yang sama pada 17.01.13..Bermula pukul 09.45am, ambil sebiji L8, 10.45am - ambil sebiji lagi L8 dan yang terakhir L8 diambil pada pukul 11.45am.
Start malam lebih kurang pukul 11.30 ke atas...dah rasa contraction tapi masih boleh bertahan lagi...
Aku cuba nak tidor kat bilik atas tetapi tidak boleh melelapkan mata. Akhirnya aku turun dan tidor kat bawah sorang. Tetapi bermula dari pukul 3.00 am, perut ni asyik sakit sahaja setiap 5 minit sekali contraction dirasakan...tetapi sempat juga aku terlelap..akhirnya kul 03.30am aku sudah tak boleh melelapkan mata disebabkan rasa sakit yang 5 minit sekali tu...
Perut rasa memulas macam nak buang air besar, aku cuba tahan tapi sampai berpeluh2..tak boleh jadi ni...aku masuk toilet..check..tiada tanda darah pon. dalam takut2 tu aku berjaya juga membuang isi perut...
Oleh kerana melalui pembacaan kalau jarak contraction berlaku setiap 5 minit, kita sepatutnya sudah bergerak ke hospital..so aku cuba telefon Encik Suami tetapi langsung tidak dijawabya...
Akhirnya aku naik jugak ke atas untuk mengejutkan suami. Aku mengajaknya ke hospital kerana merasakan macam sudah nak bersalin. Suami pada mulanya enggan pergi kerana merasakan aku main-main jer...Dia tanya dah ada tanda ke? Aku bgtau dia dah ada keluar tanda darah sket (BOHONG SUNAT - tak de pun)....kalau akau cakap tak de...mesti dia tak nak pergi..sedangkan aku rasa sakit dah lain macam ni...rasa nak berak jer..
Akhirnya suami bersiap jugak....pukul 5.00am aku buat air chocolatte dicampur dgn nestum untuk diminum tetapi tak habis pon satu mug, hanya separuh jer yg berjaya diminum...perut ni lagi sakit rasenyer...
Pukul 05.30am aku masuk bilik air untuk mandi dan rasa nak buang air besar lagi...aku buang air besar lagi sekali walau rasa cuak jgk takut terbersalin dalam toilet...dari mula masuk toilet sampai keluar dari toilet tu rasenya 3 kali aku menahan rasa sakit yg datang 5 min sekali tu...
Akhirnya...kami bersiap untuk ke Hospital Serdang...Danial dan Danish masih tidur, hanya Kak Ngah jer yang sudah bangun dan bersiap untuk ke sekolah. Aku pujuk Kak Ngah supaya tidak ke sekolah pada hari ini dan beritahu dia mama hendak pergi ke hospital pagi ni...tetapi Fatin berkeras hendak pergi ke sekolah jugak...
Oleh kerana waktu Subuh dah masuk, aku minta suami solat Subuh dulu...aku dah tak larat nak solat dah...hanya Solat isyarat je la...akhirnya pukul 06.30am kami bertolak dari rumah...untuk mengelakkn jem....orang nak pergi kerja.
Sampai di Hospital Serdang pada pukul 06.50am.Sepanjang perjalananan hanya menahan sakit dan menahan rasa hendak meneran...sambil minum air dan baca tasbih nabi Yunos...sempat juga ambik B6...
Sampai jer terus daftar dan masuk PAC room, ambik tekanan darah, kencing dan disuruh tunggu di katil. Misi di situ suruh aku baring tapi akak tak leh nak baring dah misi oiii...rasa nak berak ni...Misi tanya kenapa ni puan? Saya rase sakit dah 5 minit sekali sejak pukul 3 pagi td lg...ni.
Misi mohon kebenaran nk buat VE. Selepas selesai VE, dia memberitahu doktor yg tengah check pesakit sebelah katil aku - dah 7cm...doktor pun kelam kabut dan beritahu nak buat buat prosedur utk pecah air ketuban, tapi doktor pun buat VE lagi sekali..katanya dah full - dah 10cm..tak yah buat prosedur tu, terus bawak ke labor room..
Setelah menukar baju uniform hospital aku terus ditolak ke labor room sambil Misi terus menghubungi suami tentang situasi aku.
Di labor room ada 2 orang misi yang sedang menunggu seorang Melayu dan seorang India. Aku pun beritahu Misi yang Melayu tu..aku rasa nak buang air besar ni..dia bagitau aku..kalau puan nak berak..berak jer...tak pe...eh aku confius plak...rupanya aku rasa nak teran baby tu..yang rase macam nak buang air besar tu...Misi tu beritahu...dah boleh teran..dan kita tak pecahkan air tuban ye..puan teran jer kalau ada rase nak teran...nanti air tuban tu akan pecah sendiri...
Aku macam tidak percaya jer aku sudah mahu melahirkan..sebab rase sakit yang aku rase tu tidak la semacam sebelum kelahiran anak pertama, kedua dan ketiga seperti sebelum ini.. Kesakitan ini masih boleh dikawal. Akhirnya setelah 2 kali teran...kepala baby dah selamat keluar dan misi suruh tahan sekejap bagi kepala baby pusing jap...dan mama boleh teran sekarang...aku pun teran la...akhirnya baby selamat keluar melihat dunia...
Baby diletakkan di atas dadaku...alhamdulillah...rasa bersyukurnya ke hadrat Allah kerana telah selamat melahirkan seorang insan lagi di dunia ini...Di dalam kepalaku terbayang...wah..awal pagi bersalin ni..tentu petang ni dah boleh keluar kalau tiada apa2 masalah...
....
|
No comments:
Post a Comment