Jom Klik

Friday, April 22, 2011

Adik masuk Kosmo!


Rabu, 20 April 2011, adik iparku sms suruh beli Kosmo..Aku kat opis, heran jugak..Mesti ada pa2 ni. Buka Kosmo online tetiba nampak h\gambar Uji ngan hasil kebun belakang umah dia... Wah...aku tumpang bangga adik beradik (suami) masuk suratkhabar ni..

Meh, kita kongsi juga berita tu kat dalam blog, walau Abangnya sempat beli jugak kosmo ari tu..yang tu nanti kita framekan yee....

Berkebun cara orang kota

Oleh FARHANA HANIM MOHD. MYDIN
farhana.mydin@kosmo.com.my


KEPADA Rozi  Mohd. Nasir, 33, menanam lebih 30 jenis sayur dan buah di laman belakang kediamannya, mampu memberi kepuasan yang sukar diterjemahkan dengan kata-kata.

Merealisasikan impiannya yang mahukan laman dapur atau lebih popular disebut sebagai edible garden seperti di luar negara, dia yang sebelum ini menetap selama tujuh tahun di kediaman jenis pangsapuri memilih untuk berpindah ke rumah teres di Kampung Sungai Kertas, Batu Caves.

“Saya selalu mengimpikan untuk memetik sayur dan tanaman yang lain dari tingkap rumah terus ke masuk ke periuk, seperti yang sering ditonton di dalam rancangan masakan di televisyen,” katanya yang minat dengan aktiviti berkebun sejak berumur lapan tahun. Pada masa itu, Rozi Maria banyak membantu ibunya menyiram tanaman di halaman rumah mereka di Simpang Renggam, Johor.

Dia yang mesra disapa Maria, menggunakan idea kreatifnya memilih tanaman yang sesuai untuk ditanam di pelbagai sudut. Kediamannya juga diceriakan dengan elemen warna menawan selain kombinasi tumbuhan yang sepadan. Barisan tanaman berpasu yang disusun kemas di segenap ruang seperti laman hadapan rumah, dapur, kaki lima dan belakang kediaman cukup sinonim menterjemahkan inspirasi pemilik yang cintakan keceriaan sepanjang masa.

Selain itu, pembantu teknikal di Jabatan Kerja Raya itu turut mendapat sokongan suaminya, Linezam Roseli, 33. Linezam, mula meminati aktiviti berkebun selepas melihat kegigihan isterinya menjaga tanaman dengan begitu rapi.

Dibantu suami

Maria mengakui, suaminya sebelum ini kurang menunjukkan minat terhadap hobinya mungkin kerana laman dapur di rumah pangsapuri mereka agak kecil.

“Sebelum ini suami kurang membantu, saya sahaja yang menjaga tanaman terutama selepas pulang kerja dan membersihkan kawasan laman di sudut balkoni rumah. “Selepas berpindah ke rumah teres, suami banyak membantu membersihkan kawasan laman belakang rumah, membuat pondok rehat, pergola.
“Bahkan, kami sekeluarga meluangkan masa cuti hujung minggu dengan menyiram tanaman, memetik sayur terutama kacang botol kerana ia tumbuh dengan cepat selepas dipetik,” kata ibu kepada tiga orang anak itu yang mempunyai hobi memasak.

Antara tanaman hijau yang tumbuh subur di laman belakang rumah Maria ialah bendi, cili, kunyit, halia, limau purut, ubi, lengkuas, daun kari dan daun pandan.
Selain menanam  untuk kegunaan memasak, Maria juga menanam pokok buah-buahan seperti jambu, ciku dan mempelam. Biji benihnya dibeli dari nurseri manakala sayur-sayuran kebanyakan dibawa daripada kampung.


MARIA memilih tanaman yang sesuai untuk kebun mininya.

Khidmat nasihat
Menceritakan cara-cara dia memastikan tanamannya tumbuh dengan subur dan sihat, Maria akan meletakkan baja organik dan mempelajari tip menjaga tanaman daripada laman web. Dia juga mendapat khidmat nasihat daripada perunding tanaman di nurseri dan ibunya.

“Hobi saya ini bukan sahaja dapat mencantikkan kawasan lapang di belakang di rumah saya, malah konsep edible garden yang semakin popular di kalangan masyarakat juga mampu mengurangkan kos perbelanjaan dapur.

“Selain itu, ia juga menambah nilai estetika kepada landskap halaman atau tanah kosong di kediaman. Bahkan, ia bukan sahaja dapat menyejukkan mata penghuni rumah, malah tetamu yang berkunjung.
“Saya mengakui saya tiada pengetahuan khusus mengenai penataan taman tetapi saya suka mencuba sesuatu yang baru,” katanya yang juga menanam pokok markisa.

Sebagai seorang yang menitikberat susunan barangan di dalam dan luar rumah, lulusan Diploma Seni Bina, Politeknik Kuantan, Pahang itu lebih selesa menjaga dan menguruskan rumah tanpa pembantu rumah.
Walaupun ketiga-ketiga anak-anaknya, Laila Rasyida, 8, Nayli Athirah, 6 dan Rizq Luqman yang baru berusia dua setengah tahun memerlukan perhatian sepenuhnya, Maria mengaku dia memperoleh kepuasan apabila dapat melakukan sesuatu mengikut kreativitinya.

2 comments:

mamawana said...

Tahniah. Mwana ada baca kesah ni.

ejaMaria said...

amboi... siap buat entry panjang... ;p
TQ...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nak Order / Beli barang? Sila isi borang dulu ye..

Name:
Phone No / Tel:
Email Address:
Sila jelaskan nama barang dan kuantiti
Alamat
Total kena bayar

Put a website form like this on your site.

Followers