Jom Klik

Wednesday, May 15, 2013

Hari pertama Baby Adwa Qaireen ke Taska

Salam semua. Jumaat ni dah mula masuk kerja semula. So, hari ni start hantar baby ke Taska.

Akak pilih Taska Qistina - tempat Danial tahun lepas. Walau yuran bulanan agak tinggi (rm300) bagi baby tetapi cikgu2 Kat situ semua adik beradik dan 2 org cikgunya ada baby kecil yg senior sebulan dua jer dari Adwa.

Pagi tadi hantar Baby agak lewat dalam pukul 11am. Baby dah mandi Kat Umah. Ingat nak hantar baby dalam pukul 9am tapi elok jer dah pakai baju comel2 dah pakai topi - dia buat hal plak. Aduh...aduh...kena buka semula semua baju dan sekali lagi kita ke bilik air ye...

Alhamdulillah.. Sepanjang perjalanan ke Taska Qistina, baby diam jer tak nangis. Tapi masa lalu kat sekolah PASTI ternampak Abang Danish duduk sorang kat luar sekolah dgn muka yg amat sedih.

Akak pun berhenti la depan PASTI dan tanya kenapa abang? Terus nangis abang. Jom la balik... Mama Nak hantar baby sebenarnya tapi kena ambik abang plak. Danial pon dah angkat beg dan pakai selipar Nak balik jugak...ops... Ops... Tak leh balik lagi...abang Danish jer balik sebab dia demam.  Ala...la.la....kesian Danial...masuk balik dalam kelas...

Sampai Taska baby....Anak sulung cikgu Samsiah suka sangat Kat baby.. Padahal dia pun ada baby Jgk.... 

Siap pesan dengan cikgu kalau baby nangis tak berhenti tak mahu minum  susu @ tidur...nanti cal ye....almaklum la... Kat umah langsung tak nak minum susu dalam botol.

Pukul 3.30pm Akak sms tanya keadaan Adwa macamana..cikgu dia kata ok cuma baby tak mahu minum susu dalam botol.. So cikgu bagi susu dalam syringe je. Dah tidur tu...

Akak ambik baby dalam pukul 5 petang selepas menjemput Akak Fatin dan Abang Danial dari sekolah masing2.

Wednesday, May 8, 2013

Jom meroti lagi



07.05.13, seawal pukul 4:30am aku dah bangun menyiapkan bhn2 utk membuat roti Dan Kek coklat moist Utk bekalan Kak Long ke asrama.
Ye Lah..kan telur nak kena basuh bersih-bersih dulu. Loyang dan dulang nak ltk roti jg kena basuh. Maklum la dah lama tidak meroti.
Resepi pilihan kali ini adalah pemberian kawan satu opis. Siti Azura Mohd Zaini namanya. Sudah lama Resepi ITU sejak tahun 2011 lagi..
Memang menjadi la roti ikut resepi dia tu.Lembut dan gebu walaupun sudah sejuk..roti TDK mengeras.
Terima kasih daun keladi Zura. Sudah acapkali buat roti rujuk resepi INI belum pernah mengecewakan aku hasilnya.

Sunday, May 5, 2013

05.05.2013 Part 1 - PRU 13

Hari ini merupakan hari membuang undi bagi Pilihanraya ke 13.
Alhamdulillah, Allah permudahkan urusanku untuk menjalankan tanggungjawab terhadap Agama, Bangsa Dan negara walaupun hari INI adalah hari ke 48 usia Adwa Qaireen.
Seawal 7.40am kami (aku, adik dan Emak) telah dihantar oleh   suamiku ke SRK Felda Purun. Kami sampai di Sana lg 10 minit pukul 8am. Pintu pagar sekolah masih berkunci.
Akhirnya pada pukul 8am pagar sekolah pun dibuka. Kami masuk terus ke destinasi masing2. Emak di saluran 1, aku di saluran ke4 dan adikku di saluran ke5.
Aku orang kedua beratur di depan kelas. Selepas menyerahkan kad pengenalan Dan nama disemak, jadi telunjuk Kiri dicalitkan dakwat barulah  kita diberikan kertas undi.
So boleh pangkah siapa calon pilihan kita. Sudah siap, lipat kertas Dan masukkan ke dalam peti undi. Siap Dan boleh balik.
Aku kena balik ke Selangor plak sebab  suami mengundi di Bandar Baru Bangi.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nak Order / Beli barang? Sila isi borang dulu ye..

Name:
Phone No / Tel:
Email Address:
Sila jelaskan nama barang dan kuantiti
Alamat
Total kena bayar

Put a website form like this on your site.

Followers