Jom Klik

Monday, January 31, 2011

Kenduri kat Felda Lakum, Lanchang, Pahang

Alhamdulillah..selamat sampai rumah pengantin pompuan. Kenduri ni memang dekat kampung tempat tumpah darahku Lanchang tetapi yang kenduri ni sepupu suami aku..Anim ngan pasangannya Nazrie, orang Kelantan.

Sebenarnya aku pon tak sangka dapat balik ke kampung sebab aku demam ngan sakit gigi dari Isnin minggu lepas lagi. Tambahan hari Sabtu tengahari tu pergi cabut gigi geraham bongsu..ya..adoi..sakitnya sampai demam...Ahad pagi tu kalau ikut hati tak mahu pergi tapi suami ajak, anak2 pun nak jumpa nenek ngan mak cu dia...Jom la pegi....Mama ni dari semalam tak boleh nak makan.....minum jer...

Amboi! manjanya pengantin baru ye..

Sedondon...cantik..Pak Anjang ngan Mak Anjang bersama anak ngan menantu 'baru'
Kami bertolak dari rumah dalam pukul 10.30 pagi Ahad tu. Hujan dari awal pagi tak berenti lagi.. Rupanya sepanjang perjalanan hujan sampai la ke rumah pengantin. Kesian kenduri berlangsung dalam hujan yang agak lebat juga...Kami sampai lagi 15 minit nak pukul 1 tengahari tetapi pengantin lelaki belum sampai lagi. Tidak lama kemudian rombongan pengantin lelaki pon sampai...

Wah! ramainya...nasib baik muat masuk dlm gambar..he..he..Keluarga dari Johor datang (emak ngan adik Alin, Cik San ngan Mimi, Angah ngan Kak Ina dan Kak? ala tal ingat nama tapi rupa dia sebijik muka suami aku...hah tengok betul2...he..he...

La ni pengantin mana plak ni...Anak2 tidak ketinggalan bergambar di atas pelamin...
Wah! yayat dikelilingi bunga 2 kuntum...

Nasib baik aku dapat mengunyah berjaya makan nasi..Nasi bukan sebarang nasi, makan bersama pengantin baru...ha..ha...dah la sakit gigi..nak nangis tengok lauk pengantin..gigi masih sakit..jadi makan..ala..ala aje....

Kami keluar dari rumah pengantin dalam kul 4 lebih dan singgah di Lanchang kat Kedai Kak Jah. Ini emak saudara aku (adik emak)... Makan mee goreng plak.. Balik dibekal sekotak limau..amboi happynya Fatin ngan Yayat...Bertolak ke KL dalam pukul 6 petang dan hujan masih belum berhenti....

Saturday, January 29, 2011

Jom Shopping @ Beli Examo n Salindah Online

Saya hendak umumkan kelahiran BLOG baru saya Beli Examo n Salindah Online. Kami dengan murah hati membuat jualan promosi bermula esok 30 Jan 2011 sehingga 30 Mac 2011.
Salindah Set Lengkap RM370.00 KINI hanya RM350.00


MatSa RM45.00 KINI hanya RM40.00
Examo CKM 500 RM56.00 KINI hanya RM51.00
Teh Tarik Tudya RM30.00 KINI hanya RM25.00 (Papan)
Saya berbesar hati ingin berkongsi berita baik buat semua rakan-rakan atau sesiapa sahaja yang berminat untuk mendapat info tentang produk ERAEDAR Marketing Sdn Bhd atau ingin mendapatkan produk-produk tersebut boleh la berkunjung ke BLOG baru saya..tara....

Sempena lahirnya blog baru saya tu dengan murah hati mengadakan jualan promosi seperti yang tertera di sini...Sebarang pertanyaan atau order boleh dibuat di BLOG baru . Kat blog ini pon boleh jugak..he..he...


Jemput semua melawat blog baru ye...Jangan lupa tinggalkan komen anda ye... Terima kasih banyak-banyak...

Friday, January 28, 2011

BEN ASHAARI BLOG


Ala...aku nak join jugak... Aida la ni...buat aku jealous ni....aku pun nak glamor jugak....

Thank you En.Ben bukak peluang lagi untuk kami ni....

Soalan cepu emas En Ben antaranya: berapa kali update blog sehari....bukan berapa kali sehari kalau aku ni..berapa hari sekali...oh...tidak..macam mana ni la nuffnang nak bg bonus banyak..ye tak...kalau aku rajin ada la 2 atau 3 entry sehari...kalau tak sehari satu entry jer.....kalau sibokkkk sangat,..2-3 hari baru satu entry...hu..hu.. Jumlah entry baru 71 jer..

Kenapa anda berminat nak berada dalam blog list BEN ASHAARI....aku memang minat nak dok dalam blog list En. Ben ni sebab nak kumpul ramai kawan2 blogger, nak tingkatkan traffik blog aku, nak glamer, nak baca blog2 glamer lain, nak macam2 la.....

Sekiranya blog aku popular....aku nak berenti kerja...nak berblog dan kerja sendiri sepenuh masa....Oh alangkah indahnya hidup jika dapat lari dari hiruk pikuk jem di LDP highway setiap pagi dan petang, dapat lari dari dengar masalah orang2 yang tidak pernah habis...dapat kawan2 baru, buat bisness sama2...bertukar2 cerita hidup, berkongsi pengalaman hidup...oh ..alangkah.....



KEK SHORTENING KEJU BERKRIM

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.


Entry kali ni baru la betul.. Kek Mentega Keju Berkrim (ops bukan mentega, aku sebenarnya guna shortening) saje nak try... Resepi asalnya Kek Mentega Cream Cheese...Terima kasih dulu buat blogger Yati kerana sudi berkongsi resepi...

Sudah lama teringin tapi malam semalam baru disempatkan jugak membuatnya...Dalam sakit kepala, sakit gigi yg masih terasa....Kak Ina jangan jeles ya... tak dapat rase..ala tak sedap mana pon sebab ikut orang yg buat kot.... orang yg buat kurang sihat..keknya pon ikut kurang sihat...hu..hu..

Kek Shortening Cream Cheese
 
Tu..yang dah terkuping2 tu sudah dikorek oleh anak teruna Si DD...tak sabar2...

Wednesday, January 26, 2011

EXAMO ORIGINAL - pastikah anda?


N3 kali ini mengajak kawan-kawan atau bakal pengguna produk juga yang dah guna mengenali produk EXAMO CKM 500 yang original... Jangan tersalah beli - buruk akibatnya... Di dalam dunia ini berbagia cara orang buat untuk cari untung....

Produk ini harga awam adalah RM56.00 kalau single (satu botol) mcm kat atas tu..Tapi kalau dapat diskaun tu lain cerita....Ada jugak dijual secara duo pack (ekonopek dia panggil)..harganya RM80.00 dan akan dapat dua botol biru dan hijau macam kat bawah ni...


Sebab itulah pentingnya membeli produk daripada pengedar / outlet / stokis / pusat Jualan bertauliah untuk mengelakkan dari ditipu....

Jom beli online dengan saya outlet yang bertauliah...

Hawa Dmanja

Sunday, January 23, 2011

Salah Faham Tentang Produk Salindah


Produk Salindah adalah antara produk 'panas' keluaran Era Edar Marketing Sdn. Bhd. 
Era Edar Marketing Sdn. Bhd. merupakan salah sebuah syarikat milikan penuh Bumiputera yang menjalankan perniagaan Single Level Marketing. Ianya diformulasikan oleh Allahyarham Prof Dr Azizan b Ismail. Salindah adalah rencana pemakanan kesihatan yang paling lengkap yang telah berjaya dihasilkan dan banyak memberi kebaikan kepada wanita yang menggunakannya.

Salindah telah dihasilkan mengikut kaedah perubatan Homeopati, Biokimia dan Herbalisme yang tidak akan mendatangkan kesan-kesan sampingan atau keracunan kepada pengguna. Kesan kebaikan SALINDAH ini merangkumi peringkat waktu sebelum dan selepas bersalin. Lumrahnya wanita yang mengandung akan menghadapi pelbagai masalah. Pada kalangan ahli perubatan, masalah berat ini dinamakan 'Faktor Berisiko Tinggi'. Masalah yang sering dihidapi oleh wanita mengandung seperti loya, muntah, pening berpusing, kurang selera makan, ada kecenderungan beradarah dari rahim, keguguran, sakit gigi, sembelit, krem, anak songsang dan lain-lain lagi. Semasa dan selepas bersalin pula, masalah yang dihadapi oleh wanita ialah tersangkut uri semasa melahirkan, tumpah darah, sakit meroyan, rahim tergelincir, sembelit, kencing tertahan, kurang susu dll. 

Berdasarkan kajian dan kes yang telah diterima, maka didapati bahawa salah satu daripada punca yang membawa kepada masalah tersebut adalah pengambilan makanan dan minuman yang tidak betul. Maka, jauhi atau kurangkan daripada mengambil makanan atau minuman berikut :
  • Garam yang dicampurkan ke dalam makanan secara berlebihan
  • Masakan yang tinggi kandungan gula, minyak, rempah-rempah, bahan perasa, bahan penaik, pewarna dan kicap
  • Makanan dan minuman di dalam botol, terutama jenis peraman, awetan, buahan bersirap, dan minuman bergas.
  • Makanan yang menggunakan tepung gandum yang halus kerana tepung gandum yang dikilang halus ini sebenarnya menjadi racun pada tubuh.
  • Minum air yang tidak dimasak atau ditapis mengandungi kandungan klorin atau fluorid disamping bahan plumbum daripada paip yang digunakan.
  • Minum kopi atau menghisap rokok telah didapati oleh pakar-pakar perubatan sebagai tidak baik bagi ibu hamil kerana ia boleh memudaratkan kandungan.

Monday, January 17, 2011

Khatam Al Quran

Assalamualaikum semua...

Biasa dengar tak Majlis Khatam Quran atau Khatam Quran...Akak masa kecik-kecik dulu tak berapa biasa tetapi menjelang akhir remaja selalu plak dengan atau tengok majlis khatam Quran ni. Biasanya diorang buat dekat majlis kahwin selalunya sebelum majlis sanding atau makan beradap..


Al Quranul Karim - Petunjuk sepanjang zaman

Anak sulung akak NurNabilah baru je tamat mengaji Al Quran di KAFA Integrasi Fathul Quran minggu lepas.

Kak Long beriya-iya mintak mama dia buatkan pulut kuning.. Alamak mama tak pernah masak / buat pulut kuning...



Pagi tadi, mama gagahkan juga bangun kul 2.30 pagi untuk mengukus pulut kuning kakak. Buat sambal ikan bilis, goreng telur dadar yg dihiris nipis untuk hiasan... Nasib serunding beli masa kat MAHA ari tu ada satu peket belum buka lagi...Boleh la buat makan ngan pulut tu..

Alhamdulillah..cubaan mama pertama kali menjadi juga..Mama bekalkan Kak Long ngan Kak Ngah pulut kuning untuk dimakan bersama kawan2 di sekolah nanti. Amboi! berseri2 muka kak Long bila tahu mama dia buatkan pulut kuning untuk dia..

Pukul 10.00, mama hantar pulut kuning sempena Kakak dah tamat ngaji Quran kat KAFA dan bagi pada Ustazah...Alhamdulillah tertunailah hajat kakak...

Kak Long semoga terus rajin membaca Al Quran dan jadikan ianya panduan hidup dan amalan harian ya..






Thursday, January 13, 2011

PERKEMBANGAN BAYI DARI BULAN KE BULAN {5-6 BULAN}

sAlAm semua.....

Sambung lagi cerita pasal kandungan pada bln kelima dan keenam plak kali ni ye...

*BULAN KELIMA*

Bayi anda ketika berusia 20 minggu di alam rahim
 
Degupan jantung bayi boleh didengari jelas dengan menggunakan stetoskop. Pegerakkannya lebih kuat dan mudah dirasa.Panjang bayi kini kira-kira 10 inci (25 cm) dan beratnya kira-kira ¼ paun (227g) .


*BULAN KEENAM*

Ha...kalau mengandung anak kembar begini la agaknya - kedua bayi anda di dalam
 
Perut anda semakin besar manakala pegerakan bayi betambah kuat.Kulit bayi kelihatan merah dan berkerut.Panjangnya kira-kira 12 inci (30g) dan beratnya kira-kira 1 ½ paun (680g). 

Tapi kalau ada satu je baby/janin macam kat bawah ni la keadaannya leih kurang....

Ala comelnya...dia. Baik je kan....   



Masa ni selalunya bayi anda telah aktif menendang atau membuat aksi-aksi lasak yang kadang-kadang menggelikan hati kedua ibu bapanya..Tidak kurang juga kadang2 menyebabkan ketidakselesaan ibu-ibu...banyakkan la berinteraksi dengan bayi anda ya...


Cadangan makanan tambahan untuk ibu-ibu hamil.
PERINGKAT HAMIL :
MULAI MINGGU KE 24 HAMIL
 
*GUNA KAN B2 *
B2 - adalah satu ceraian dari set Salindah seperti di dalam gambar ini.

KHASIAT :
Membekalkan zat untuk tumbesaran tian serta menguatkan tulang dan membina otak tian. 
Menambah selera makan dan menambah darah.
Menghilangkan sengal tulang dan kebas anggota kaki dan tangan. 
Mencegah serangan sejuk dan sakit gigi. Mencegah Osteoporosis.

Sekian dulu...akan bersambung di n3 yang akan datang...da..da...

Tuesday, January 11, 2011

Bersyukurlah Wahai Anak-anakku: Award-winning film: 'Chicken a la Carte'

Award-winning film: 'Chicken a la Carte' on Independent Catholic News

Tersentuh hati bila lihat filem ni. Walaupun mereka ni bukan muslim tapi naluri kemanusiaan tetap terasa...

Anak-anakku lihat la kanak-kanak miskin di negara jiran....bandingkan keadaan mereka dengan kamu yang hidup serba mewah dan banyak membazir....

Moga terdetik sedikit pengajaran apabila kalian menontonnya................sungguh kesusahan hidup itu payah untuk dimengertikan oleh golongan kanak-kanak apatah lagi mereka yang tidak pernah merasai susah atau keperitan hidup...

Pernahkah anak-anak merasa nasi tidak berlauk atau hanya berlaukkan cili api tumbuk dgn santan pekat yg dicampur garam sebagai kuah untuk hidangan tengahari.

Pernahkah anak-anak pergi ke sekolah tanpa duit belanja? atau berjalan kaki selama lebih 15 minit untuk sampaike sekolah....

Fikirkan...lahh...Bersyukurlah kita sekarang dapat hidup dalam keadaan yang selesa walau tidak serba mewah....

1st n3 Tahun baru 2011

Dah hari ke 11 tahun 2011 ni tapi satu entry blom sempat lg nak buat..Hari ni 1st n3 join GA kawan baik aku...

Semalam MC – sakit kepala dari mlm Sabtu lepas bwk ke hari semalam. Ni tempias jaga baby la ni...Dr. kata ni demam virus....virus pun virus la..janji ari ni dah sihat dan boleh kerja...cuma yang amat merisaukan Mama ni Baby DD masih belum pulih sepenuhnya..Malam tadi pagi sebenarnya ( 03.30am) lepas minum susu sebotol terus terbtk dan muntah dengan sebanyak2nya..

Jumaat lepas dah bwk gi jupa doktor Alopati kat Poliklinik An Nur.. Doktor kata dada dan paru-paru bersih. Bila check telinga tu doktor risau sikit sebab nampak putih je....banyak cecair. Sebenarnya DD dah lama batuk dan selesema on dan off....sejak awal Disember tahun lepas...


Doktor bagi antibiotik yg perlu dihabiskan dlm tempoh 7 hari...Ubat demam dengan selesema aku tk nak sebab aku nak pakai ubat homeopathi...

Baby Darwisy Vs Abang Lukman



Aku tak bagi pon baby DD antibiotik tu...Pagi Sabtu tu keluar darah plak dr hidung DD....tghari aku ajak husband gi Klinik Homeopathi Hassan kat BB Bangi...ramainya orang...dekat 2 jam juga la kami menunggu.


Doktor bgtau banyak kahak lg. Dapat 3 jenis ubat utk DD.. Abang Lukman pun dapat ubat jugak...2 je..ubat batuk..


Diorang tengah makan ubat/remedi homeopati sekarang ni...moga cepat baik ye nak.....

Adialuvluze : My First GA.

Klik sini nak join ya..

Jom kita ramai-ramai join First GA kawan baik aku ni..Tahniah Aida...dah berjaya dan dengan beraninya menganjurkan First GA nya untuk blog purple-bluenya.

Sebelum tu, sila follow syarat2 tuan punya blog ye untuk join GA ni. Kalau tak nanti kempunan nak dapat hadiah plak...

1. Warganegara Malaysia yang sah
Oho..ho..akak memang warganegara SAH..so memang teramat layak la ni..

2. Lagi best kalo leh jadi follower aku ^___^ (Tp takde la aku paksa pulok)..
Dah jadi follower...dah..dah lama dah...
3. Sila copy paste pic di atas dan diletakkan di sidebar korang beserta link ke entry ni dengan tajuk : Adialuvluze : My First GA.
Iyo..la dik...akak suka ko punyer banner tu...canteekkk banget..

4. Kalo dah join, tinggalkan komen korang kat SINI beserta ngan link korang utk n3 ni (supaya senang aku nak trace balik).
Dah buat dah..sila tengok ya...

5. 3 bloggie bertuah akan dipilih secara rawak.Nak tau hadiahnye? Tunnngggguuuuu ^_^
Ni yang tak sabar nak tunggu.

6. Tarikh Tutup : 28 Feb 2011
Oh..nasib baik akak sempat...lambat lg ni...


7. Nak Tag kengkawan pun blh je (Tp biarlah kwn tu tau yee)
Ok..ok..kita nak tag Cik Mimi....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nak Order / Beli barang? Sila isi borang dulu ye..

Name:
Phone No / Tel:
Email Address:
Sila jelaskan nama barang dan kuantiti
Alamat
Total kena bayar

Put a website form like this on your site.

Followers