KKali ni nak kongsi cerita , sebenarnya hendak meluahkan rase tak puashati dan kecewa yang amat sangat dengan perkhidmatan kurier City-Link.
Kawan-kawan selalu tak hantar barang atau terima barang dari seseorang? Selalunya la kan you all guna service apa ya? Ya..lah kita kat Malaysia ni kan macam2 ada. Ada ABX ekpress , DHL, GedEx, ada FedEx, City Link – kategori swasta. Katergori kerajaan kita ada Pos Malaysia ---> Pos Laju la tu.
Aku nak cerita pasal City-Link yang servis macam hampeh tak sehebat namanyer..City-Link Express Global Network nama penuh dia kat laman sesawang...dengar nama pun dah tahu ni bukan calang2 company yg beroperasi ni...
Al kisah bermula ceritanya pada 09 Disember yang lalu, customer akak (Pn M) order susu BIO LAC sekotak (6 pek). Akak pun janji nak kurier guna City-Link konon nak lg efisien la. Sebelum ni dah 2 kali Pn M ni order barang, akak hantar ngan Pos Laju..Laju la jugak sampai sebab akak hantar barang kat pejabat pos kul 09.15 pagi Jumaat esoknya Sabtu dlm 11.30 pagi, Pn M beritahu dah dapat barang. The second time pon sama akak hantar kat Pos Kelana Jaya tu dalam kul 3 ptg Khamis, esoknya Jumaat dalam kul 11 pagi pun Pn M dah dapat barang.
Nak dijadikan ceritanya, akak minta tolong Pejabat Jualan kat KL tu pakai City-Link tolong kurierkan barang pesanan customer akak ni la. Pengurus ni (En.L) beritahu akak dia dah pos barang dalam kul 2 ptg pada hari Khamis tu la (09 Dis). So akak dengan senang hati bgtau customer barang dah kurier/pos guna City-Link. Esok sampai la tuh...
Panas hatiku bermula pada tghari Sabtu 11 Dis 2010 apabila Pn M sms beritahu barang dia order kenapa tak sampai lagi.Aik...betul ke....? Iyer..tak dapat lagi..susu anak dia tingal sikit lagi. Akak pun tanya dengan En.L dia kurier pakai apa barang akak ari tu. Katanya barang kurier dengan City-Link ptg Khamis. Selalunya sehari dah sampai kat customer..En.L kata esok sampai. Bila akak minta confirmation betul ke esok (12 Dis - Ahad) boleh sampai ke tangan customer. En. L kata mugkin Isnin la sebab esok cuti.. Aduh...mcmn akak nak explain kat customer ni...duit dia dah bayar hari Khamis lagi.
Macamana pahit pon akak tetap kena beritahu cerita sebenar, segan pon ada tapi yang lebihnya kasihan kat baby dia..maklum la baby dia dah mula minum susu formula..kalau susu habis kan ke naya.
Hari Ahad akak ke Gombak gi umah adik ipar. Akak telefon Pn,M sebab nak hantar susu satu pek kat dia takut susu anak dia habis...tapi dia ada di rumah emaknya tak de kat Ampang.
Esoknya 13 Dis dalam pukul 4 petang terima call dari wakil En.L kata City Link call customer tak de orang angkat, dah smapi ke alamat tetapi tiada orang di rumah.. Aikk..peliknya..
Akak call Pn M, tak angkat, akak sms then dia call blk tanya kenapa..akak tanya betul ke kat umah dia tak de orang. Ada..emak mertua Pn M ada kat umah.
Start hari tu aku geram sangat dengan City Link ni..mula-mula dia ckp dia dah dtg umah customer pada Jumaat lepas tapi tak de orang, diaorang cal katanya tiada yg jawab. Sedangkan Pn M sendiri bagitau aku dia ada ka umah hari Jumaat ngan Sabtu tapi tiada pon orang call dia dan tak de pon wakil CityLink datang hantar barang kat umah dia...
Ok la esok City Link tu janji nak hantar lagi..tapi janji tinggal janji..Petang 14 Dis akak telefon wakil En.L diorang kt City Link tak hantar pon ari tu alasan diorang alamat yg diberi tidak lengkap...Aik ari tu kt tiada orang kat umahrupanya tak jumpa cari umah @ tak pergi pon...alih-alih bila tanya lagi disalahkan kita bg alamat tak lengkap...aduih....la nak klentong agak2 la..ni sekejap cakap A kejap cakap B...
Nasib baik malam 14 Dis tu Ncik Asben setuju nak hantar kat Pn M. Ncik Asbenku gi naik LRT ke stesen LRT Cheras, dlm kul kul 0945pm dapat la susu Bio Lac untuk baby Pn M.
En.L tanya samada akak nak pos juga susu tu sebab dia nak suruh City-Link hantar balik susu tu kepada dia. Kalau nak pos dia minta akak bayar lagi RM5 sebab dia nak pos pakai poslaju..
Akak beritahu dia, saya memang nak barang tu sampai jugak ke tangan customer tetapi saya tak akan bayar tambahan wang sebab sy sudah bayar kos utk City Link dan bukan salah saya barang tu tidak sampai ke tangan customer....sepatutnya En.L buat laporan kepada pihak atasan City Link...En.L ni baik sangat orangnya...Dia telah pos barang akak tadi menggunakan perkhidmatan pos laju dengan duit dia sendiri ptg semalam 16 Dis...harap2 hari ni customer dapat la....
Terima kasih banyak2 En.L.. Tetapi akak suruh juga En.L buat laporan tentang hal ini kepada pihak atasan City Link..Terpulang la kat dia nak report ke idok.... sebab katanya ni kes pertama barang tak sampai kat customer, sebelum ni tak de masalah.....
Kita minta report sebab sebagai pengguna kita berhak dapat gantirugi seperti slogan yg dipaparkan di laman web City-Link mcm kat bawah ni:
"same day express OR we'll give you your money back"
Panas hatiku bermula pada tghari Sabtu 11 Dis 2010 apabila Pn M sms beritahu barang dia order kenapa tak sampai lagi.Aik...betul ke....? Iyer..tak dapat lagi..susu anak dia tingal sikit lagi. Akak pun tanya dengan En.L dia kurier pakai apa barang akak ari tu. Katanya barang kurier dengan City-Link ptg Khamis. Selalunya sehari dah sampai kat customer..En.L kata esok sampai. Bila akak minta confirmation betul ke esok (12 Dis - Ahad) boleh sampai ke tangan customer. En. L kata mugkin Isnin la sebab esok cuti.. Aduh...mcmn akak nak explain kat customer ni...duit dia dah bayar hari Khamis lagi.
Macamana pahit pon akak tetap kena beritahu cerita sebenar, segan pon ada tapi yang lebihnya kasihan kat baby dia..maklum la baby dia dah mula minum susu formula..kalau susu habis kan ke naya.
Hari Ahad akak ke Gombak gi umah adik ipar. Akak telefon Pn,M sebab nak hantar susu satu pek kat dia takut susu anak dia habis...tapi dia ada di rumah emaknya tak de kat Ampang.
Esoknya 13 Dis dalam pukul 4 petang terima call dari wakil En.L kata City Link call customer tak de orang angkat, dah smapi ke alamat tetapi tiada orang di rumah.. Aikk..peliknya..
Akak call Pn M, tak angkat, akak sms then dia call blk tanya kenapa..akak tanya betul ke kat umah dia tak de orang. Ada..emak mertua Pn M ada kat umah.
Start hari tu aku geram sangat dengan City Link ni..mula-mula dia ckp dia dah dtg umah customer pada Jumaat lepas tapi tak de orang, diaorang cal katanya tiada yg jawab. Sedangkan Pn M sendiri bagitau aku dia ada ka umah hari Jumaat ngan Sabtu tapi tiada pon orang call dia dan tak de pon wakil CityLink datang hantar barang kat umah dia...
Ok la esok City Link tu janji nak hantar lagi..tapi janji tinggal janji..Petang 14 Dis akak telefon wakil En.L diorang kt City Link tak hantar pon ari tu alasan diorang alamat yg diberi tidak lengkap...Aik ari tu kt tiada orang kat umah
Nasib baik malam 14 Dis tu Ncik Asben setuju nak hantar kat Pn M. Ncik Asbenku gi naik LRT ke stesen LRT Cheras, dlm kul kul 0945pm dapat la susu Bio Lac untuk baby Pn M.
En.L tanya samada akak nak pos juga susu tu sebab dia nak suruh City-Link hantar balik susu tu kepada dia. Kalau nak pos dia minta akak bayar lagi RM5 sebab dia nak pos pakai poslaju..
Akak beritahu dia, saya memang nak barang tu sampai jugak ke tangan customer tetapi saya tak akan bayar tambahan wang sebab sy sudah bayar kos utk City Link dan bukan salah saya barang tu tidak sampai ke tangan customer....sepatutnya En.L buat laporan kepada pihak atasan City Link...En.L ni baik sangat orangnya...Dia telah pos barang akak tadi menggunakan perkhidmatan pos laju dengan duit dia sendiri ptg semalam 16 Dis...harap2 hari ni customer dapat la....
Terima kasih banyak2 En.L.. Tetapi akak suruh juga En.L buat laporan tentang hal ini kepada pihak atasan City Link..Terpulang la kat dia nak report ke idok.... sebab katanya ni kes pertama barang tak sampai kat customer, sebelum ni tak de masalah.....
Kita minta report sebab sebagai pengguna kita berhak dapat gantirugi seperti slogan yg dipaparkan di laman web City-Link mcm kat bawah ni:
"same day express OR we'll give you your money back"
Consignment No: 060301205491300
09-Dec-2010
User address as below:
Ampang 68000 Selangor
Previously, akak dah hantar barang 2 kali kepada customer yang sama dengan menggunakan alamat yang sama seperti di atas TETAPI guna khidmat POS LAJU Malaysia....akak pos ari ni esok dah sampai. Tak de plak pos laju punya agen call bgtau alamat tak lengkap...
City Link ni nak alamat lengkap macamana lagi ye? No rumah sudah ada, nama Jalan, nama Taman ada, poskod ada...daerah, negeri semua dah tulis...nak bgtau umah kaler apa, dpn umah ada pokok ape, kereta apa ada kat umah...dll kot.
No comments:
Post a Comment