Jom Klik

Saturday, December 8, 2012

Checkup bulanan ke 4 - 21 minggu dah

Pemeriksaan bulanan masih di klinik Jameaton, Bandar Pinggiran Putra. Aku pergi pada 06 November yang lalu..Keluar rumah kul 08:15 sampai klinik belom 8:30am lagi. doktor pon belum sampai...Aku orang kedua.

Alhamdulillah checkup kali ni cepat jer, 09:15am dah habis. Sepatutnya nak ambik darah dan buat pemeriksaan kencing manis tapi sebab aku tak berpuasa maka tidak boleh dibuat pemeriksaan itu.

So, untuk next check up, doktor nasihatkan berpuasa dari malam pukul 12 malam sebelum checkup esoknya dah tak boleh minum air dan makan...


Kali ini aku berjaya download video baby dalam perut ini. Terima kasih doktor bagi download masuk dalam pendrive tanpa dikenakan bayaran..It is free...

InsyaAllah baby GIRL kali ini...Berat badan aku maintain jer tak naik tak turun sama seperti bulan lepas...71.5kg...tapi berat baby naik...it is ok..kata doktor..

Thursday, December 6, 2012

Masam Manis Kehidupan..Alahai...

Hari ni pagi-pagi lagi darah aku dah menyirap dengan seorang customer ni...dah la aku sorang2 kat opis..

Aku kongsikan sedikit perbualan dengan customer aku ni..Dari Shah Alam rupanya.


Pn NXX: Boleh cakap dengan Pn Junxxxxx…

Aku: Pn Jun tak de..dia cuti 2 bulan…

Pn Nxx: Oh..dia cuti bersalin ye…siapa yg replace dia ye?

Aku: Ni siapa ye?

Aku: Nama siapa? Pn ke Cik…

Pn Nxx: Eh awak ni saya Tanya siapa yg replace Pn Jun..kan biasa kalu staf cuti mesti ada staff lain yg ganti dia kan..so sy nk berckp dgn staf yg ganti Pn Jun..awak ni staff jugak kan takkan tak tahu procedure..

Aku: (dlm hati: eh..eh..Minah ni meroyan apa..) ye Puan…ada apa-apa masalah, cuba beritahu..saya dengan Jun tu sama.kami sama-sama kerja..saya bukan replace dia…yang replace dia tk dtg ari ni.

Pn Nxx: I rase you  ni kena ambik kursus Bahasa Inggeris la..Kan tadi I tanya siapa yg incharge.

Aku: ok..ok..tadi Pn tanya siapa yang replace..

Pn Nxx: Replace dengan incharge tu sama la…you jangan main-main dengan I, nanti I datang pejabat u..

Aku: (dlm hati ..ada aku kisah)..

Ya Allah sakitnya hati dan perasaan bercakap dengan customer yang berlagak Datin @ Diva ni ..macam dia bagus sangat..komplen kerja orang macam2..dah setahun setengah kot aku dok kat ICU JPM ni – tak pernah dapat customer yang perasan bagus macam dia ni..

Dia buat bisness Roti Impit je pon – kecil-kecilan baru mula..dah keret bagai nak rak…tanya apa yang BLESS ni boleh bagi kat dia..eiii..betul la dia yg tak faham…BLESS ni – bukan Agensi yang bagi bantuan kewangan ke bantuan promosi ke…BLESS is stand for Business Licensing Electronic Support System.

Maaf la ye Cik Kiah ye…pergi baca dulu kat portal BLESS tu www.bless.gov.my

Selepas Minah ni ada dua orang lagi customer yang call seorang tu pegawai dari Klinikal Research Malaysia – Pn Wakiah – yang berminat untuk memanggil pihak BLESS mengadakan sesi Training untuk permohonan lesen-lesen di bawah PKD - District Health Office atau Pusat Kesihatan Daerah. Aku bertanya pada pegawai ni…adakah cara aku layan pertanyaan dan soalan dari beliau kedengaran kasar di corong telefon ini? Beliau bagitau ok..tak kasar pon..

Ada sorang lagi customer En Syed (dia ni dah kerap kali telefon dari mcammn nak create id dlm BLESS application sampai ari ni..dia cal nak tanya macamana nak update profile company di module Update Profile)…selepas guide beliau bagaimana cara nak add company dlm list organization…aku bertanya..En Syed – adakah layanan/bahasa/intonasi saya pada Encik Syed kedengaran agak kasar? Cepat-cepat dia jawab:: eh tak de lah..ok…teratur dan jelas..senang untuk difahami..ha…aku tak kata la aku bagus sangat..tapi customer yg memula tadi memang...la....apa jenis manusia ..aku pon tak tahu..

Melampau betul…nak disekolahkan aku…dia yang call orang pagi-pagi buta, marah-marah, cakap ngalahkan ckgu disiplin...dikatanya kita pulak yang sergah dia...

 

Saturday, November 24, 2012

Happy belated birthday Danish Lukman

Akhirnya berjaya jgk menyiapkan kek ben10 untuk Danish.

With Chocolate Ganache Topping....

Actually birthday si DD ni 19 Nov 2012 tapi masa tu kitaorang tengah holiday kat Bukit Gambang Water Park...so tak de la nak celebrate birthday dia...

Hari Selasa ngan Rabu pun DD cuti lagi...Hari Khamis 22 Nov 2012 baru DD ke Tadika Pasti dia untuk sambutan birthday dia bersama sebiji kek Ben10 ini dan goodies bag untuk kawan-kawan dia...
Kek DD yang telah dituang dengan topping chocolate ganache...
Mama paksakan diri bangun kul 3 pagi nak buat kek Danish Lukman ni..Resepi asal diambil dari resepi Kek Karamel cuma mama tak buat karamel dia tapi mama tambah dalam adunan ni 50gm cream cheese Philadelphia...nampak macam sedap tapi kami tak rase pun sebab kek ni Danish makan ngan kawan-kawan kat Tadika PASTI dia...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nak Order / Beli barang? Sila isi borang dulu ye..

Name:
Phone No / Tel:
Email Address:
Sila jelaskan nama barang dan kuantiti
Alamat
Total kena bayar

Put a website form like this on your site.

Followers