Jom Klik

Saturday, February 23, 2013

Enam Makanan Kaya Zat Besi dan Penambah Darah


Enam Makanan Kaya Zat Besi dan Penambah Darah


Nak berkongsi artikel ni dengan sahabat2 blogger dan siapa juga yang sudi singgah dan baca blog ini. Ia juga sebagai panduan untuk diri sendiri dan anak-anak di masa hadapan..

Kebetulan Doktor tekankan saya ni kurang zat besi dalam sel darah merah..so kena teruskan ambil vitamin Iberet Folic Acid dan makan makanan yang kaya dengan zat besi...

Saya baca dan kongsi dari JaringNews, kekurangan zat besi, boleh membuat kadar hemoglobin --yang menyalurkan oksigen ke seluruh tubuh-- dalam darah terganggu. Rendahnya kandungan besi di dalam tubuh penderita anemia menyebabkan sel darah merah yang dihasilkannya pun sedikit.

Pengambilan vitamin biasanya menjadi pilihan ramai orang agar tidak kekurangan darah. Namun, vitamin semata-mata tidak mencukupi, kita juga memerlukan makanan yang berkhasiat yang mengandungi zat besi agar sel-sel darah yang mengalir dalam tubuh kita terus meningkat.


1. Ubi Bit 
Ubi Bit mengandungi serat, zat besi, vitamin C, serta mengandung betacyanin yaitu zat kuat yang boleh melawan kanser usus. Ia juga mengandungi antioksidan yang telah dibuktikan boleh menurunkan total kolestrol dan meningkatkan HDL atau kolestrol baik dalam tubuh.

Protein yang terkandung dalam ubi bit diperlukan untuk meningkatkan sel-sel darah dan meningkatkan aliran darah. Ubi bit juga dapat membantu mengeluarkan racun dalam tubuh dan sebagai pembersih darah. Maka dari itu, masukkan Ubi bit dalam senarai diet anda. Ubi bit mempunyai sumber vitamin A dan akar ubi bit sendiri merupakan sumber vitamin C.

2. Klorofil (zat hijau daun)

Sayuran seperti bayam, seledri, brokoli, kubis dan kangkung sangat baik bagi tubuh. Klorofil (zat hijau daun) pada sayuran hijau merupakan pigmen dari tanaman yang warnanya hijau dan terdapat dalam kloroplas sel tanaman. Klorofil mempunyai struktur kimia yang hampir mirip dengan hemoglobin (sel darah merah), sehingga menurut penelitian para ahli gizi, klorofil bermanfaat untuk merangsang pembentukan sel darah merah pada penderita anemia.

3. Kacang Almond / Badam 

Kacang yang satu ini kaya dengan zat besi yang dapat meningkatkan aliran darah dalam tubuh. Satu auns badam sehari mencakupi enam peratus dari keperluann zat besi setiap hari.

4. Buah-buahan 

Para ilmuwan menyarankan orang yang mengidap anemia untuk rajin mengambil buah dan sayuran hijau. Tidak hanya bergizi, buah juga efektif dalam meningkatkan jumlah darah dalam tubuh. Buah seperti alpukat / avokado, tembikai, epal dan anggur boleh melancarkan aliran dalam darah tubuh.

5. Jamur tiram / cendawan tiram 

Setiap 100 gram cendawan tiram segar mengandungi 45,65 kalori, 8,9 miligram (mg) kalsium, 1,9 mg zat besi, 17,0 mg fosforus, 0,15 mg vitamin B-1, 0,75 mg vitamin B-2, dan 12,40 mg Vitamin C. Nah, cendawan juga mengandungi asid Folik yang cukup tinggi, dan disebut-sebut mampu menyembuhkan anemia.

6. Udang 

Mineral selenium dalam 100 gr udang segar cukup untuk memenuhi 54 persen kebutuhan harian, disusuli  fosforus (20 peratus), besi dan tembaga (masing-masing 13 
peratus) , magnesium (9 peratus ), zinc (7 peratus) , sodium (6 peratus), potassium dan kalsium (masing-masing 5 peratus), serta berbagai mineral penting lainnya.

Selain itu aku juga sedang makan ceraian B4 dan B5 (Set Salindah - keluaran ERA EDAR Marketing Sdn Bhd), minum Extra Virgin Olive Oil sesudu sebelum tidur dan sesudu sebelum sarapan...juga kadang aku ambil juga pati minyak Habbatussawda keluaran syarikat Morhabshi...

Semoga kelahiran kali ini depermudahkan dan baby sihat walafiat ...- InsyaAllah...



Friday, February 22, 2013

36 minggu sudah

Alhamdulillah. Semalam pergi checkup kat Hospital Serdang. Sebelum tu singgah Klinik Jameaton ambil result darah, buat pada 18 Feb ari tu.

Hb darah dah ok sket (9.8). ye ke OK? ok la tu sbb doktor pakar kat spital Serdang tu srh rujuk hospital kalau hb bwh 8.

Sampai hospital pukul 9:15, temujanji aku pukul 9:00..haih...kat sini nak parking susah betul 2 kali pusing br dpt parking. Itu pun lepas aku bertekak dgn bdk yg jaga parking tu. Ada ke dia kata parking 'full' padahal 2 kali aku lalu aku nampak 3 lot parking kosong. Isshhh...nak kena ketuk budak2 ni...ntah apa yg dijaganya.

Pukul 10 lbh baru dpt jumpa doktor. Takut juga sbb 2 minggu sebelm ni scan kat Klinik Jameaton baby 'breech'. So, kalau ari ni baby msh breech lagi...makanya doktor akan buat ECV prosedur....

Alhamdulillah doktor kt darah dah ok cuma awak ni kurang zat besi. Biasanya org 4.4, aku cuma 2.4.

Ok jom kita scan plak. Doktor bgtau baby dah ok kepala dah trn bawah, tak songsang lg. Air ketuban ok, uri dkt atas....berat baby range 2.7 - 2.8.

Alhamdulillah..lps ni dah tk de temujanji kt Hospital dah..doktor kt nanti blh check up kat klinik yg biasa aku check up.

Datang ke hospital bila dah nak bersalin atau 9 hari slps Due date 16 Mac nanti klu tak bersalin lg. D

Friday, February 15, 2013

Putera-putera telah bersekolah



Alhamdulillah...
Tahun ini 2013 - Danial sudah pergi ke sekolah bersama abangny a Danish Lukan di Tadika PASTI Taman Lestari Putra.
Moga keduanya mendapat ilmu yang bermanfaat dan saling membantu dalam semua perkara.

   Ismi Danial Darwisy bin Hamidon 

 Danial Darwish dan Danish Lukman - untuk yuran pendaftaran korang kena RM1085.00 mengalahkan yuran mama nak masuk universiti dulu..Itulah harga pendidikan zaman sekarang..Nak masuk Tadika KEMAS tak layak..Pra Sekolah pon tak layak...bulanan setiap seorang RM250.


Ala sweetnya abang Danish, tolong betulkan kopiah adik masa hari 1st nak ke Tadika..

 

Abang tiap hari nak beli roti coklat..haih..

 Sekarang ni abang dah mula liat nak pergi sekolah..Mula menghitung hari jer..nak cuti...
Abang kena pergi sekolah biar jadi orang berilmu, beramal dan anak yang soleh.

Nanti adalah anak2 yang akan mendoakan papa dan mama bial kami sudah tiada lagi..InsyaAllah.

Aamin..










Thursday, February 14, 2013

Balik Cuti CNY

Kak Long di depan asrama Puteri SMA Al Falah..sedih la..
CNY..Chinese New Year tahun ini cuti panjang bagi pekerja  dan juga warga pelajar..bukan main gumbiranya kak long sbb dpt balik ke rumah dan cuti sekolah.  Yeah...

Majoriti kawan-kawan asramanya balik ari Jumaat ptg seawal pukul 12:30pm. Kakak telefon ptg Khamis tanya mama ngan papa nk dtg jemput kakak?
Mama bgtau la yg mama tak leh nak jemput byk kerja nk buat, report kn siapkn. Nanti papa pergi jemput tp papa akan sampai sana dlm pukul 5 - 6pm la. La lmbtnya..knp tak jemput mcm mnggu lepas. La minggu lps memang mama cuti ari wilayah dn kami bertolak pukul 9am dr umah..blh  la sampai sana sblom pukul 12pm.

Baru je hantar balik ke asrama Isnin lps 4 feb, esok dah nk blk lg 8 feb. Tk sampai 5 hari dok asrama..alahai...

Esoknya, papa gerak dr umah kul 12pm, kebetulan adik DD kamu demam dr petang smlmnya so papa ambik el jg adik. So DD ikut Papa gi jemput kak long.

Perjalanan ke Raub mengambil ms 4 jam lbh. Papa sempat beli dunkin donat je utk lunch...alhamdulillah akhirnya selamat juga kak long n kak Aqilah sampai ke  rumah. Seronok ke cuti kat umah bersama keluarga?......

Tuesday, February 5, 2013

Berkaca mata atau tidak?

Comelnya Kak Long pakai spek..adik DD pon kata..Kakak Bila pakai 'pek mate'

Minggu lepas Kak Long buat pertama kali blk ke rumah selepas kira2 10 hari tinggal di asrama.

Mama dan papa pergi jemput kakak  01 feb, nasib baik mama cuti hr wilayah. Km grk dr Serdang kul 9 am dn sampai ke asrama kakak pukul 11:30am. 

Kami makan tghari di Lurah Bilut. Sampai kat PJ dlm kul 3, mama kn tinggal kt hq opis sbb ada meeting. Kakak blk rumah ngan Papa.
Kakak asyik menangis sampai demam tak nak blk sekolah ngan asrama. Dia nak dok ngan mama je.

Isnin, 4 feb, sekolah kakak diberi cuti peristiwa. Kul 11 pg, mama bwk kakak gi AEON big, Tmn Equine buat spek mata kakak. Sian kakak dah lama dia ngadu tk berapa nampak kalau cikgu tulis kat depan, dia tak leh baca.

Ini kali ketiga kot buat pemeriksaan mata scra berkomputer. Hasil pemeriksaan mmg sah dia ada rabun (150) dan silau (50). So kita pilih bingkai dan terus tempah spek mata utk kakak. 

Tadi org kedai tu dah telefon mama bgtau spek mata kakak dah siap dan blh ambik bila-bila masa.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nak Order / Beli barang? Sila isi borang dulu ye..

Name:
Phone No / Tel:
Email Address:
Sila jelaskan nama barang dan kuantiti
Alamat
Total kena bayar

Put a website form like this on your site.

Followers