Jom Klik

Wednesday, September 26, 2012

1st and 2nd checkup at Jameaton Clinic

Salam semua...

1st checkup aku pada 8 Ogos yang lalu masa bulan Ramadhan. Kata doktor kalau ikut tarikh LMP - usia kandungan sudah 11 minggu tetapi bila scan, diukur - doktor menyatakan usia kandungan baru 8 minggu...

So, 2nd checkup selepas Raya hari tu pada 09 September 12. Oleh kerana suami sibuk mengemas rumah KONONnya ada sedara nak datang beraya pada hari yang sama, makanya aku pergi checkup dengan ditemani 2 orang anak teruna dan seorang dara..Kak Long tak de, dia pergi sekolah ada kelas tambahan.

MasyaAllah, ramainya orang yang datang buat checkup pada hari Sabtu..Aku sampai ke klinik dalam kul 11 lebih..Mak ai lamanya sensorang jumpa doktor...Ingatkan checkup kat swasta cepat la...Dengan kerenah anak bujang 2 orang itu yang buat klinik itu macam rumah dia sendiri...masuk kat kawasan kaunter klinik sesuka hati...haih....anak-anak....inilah 1st time aku bawak korang gi klinik..lepas ni sorry la...

Nak beli makanan pun tak de plak kedai runcit yang berhampiran ...yang ada cuma kedai makan. Akhirnya aku suruh Fatin beli air milo ais bungkus 3.

Pukul 1 lebih baru aku dipanggil untuk berjumpa doktor...Semua anak-anak sibuk nak masuk juga..padahal di klinik itu disediakan 'taska' a.k.a. taman permainan untuk bebudak..

Masuk je ke dalam bilik doktor, Danish Lukman meluru naik atas katil dah baring...Eh..eh...macam dia plak yang mengandung...gelak  dan senyum jer doktor tu tengok gelagat anak aku. Then doktor scan baby..masa ni baby dah 13 minggu, 1 hari...anak-anak sibuk tanya baby boy ke girl..Doktor tanya Fatin nak baby apa kali ini? Cepat jer Fatin jawab: saya nak baby girl...kenapa? Baby boy nakal sangat...ha.ha..ha..macam la ko tu tak nakal...ye..

Doktor beritahu belum nampak lagi jantina baby..tunggu next check up...Doktor kata...uri kat bawah ni...tengok next checkup macam mana...ish..risau jugak aku..sebab setahu aku kalau uri kat bawah...confirm tak boleh bersalin normal...kena operate..tak nak...

Doktor ambik darah hari tu..tapi next check up baru boleh tahu..samada hemoglobin ok ke tak...Harap-harap ok la...Next check up adalah pada 06 Oktober 2012.

Danish tak nak keluar dari bilik doktor...dia nak baby..dia suruh doktor keluarkan baby dari perut mama...Ah..sudah...kenapa la sorang budak ni perangai pelik...walau sudah aku terangkan pada dia baby ni masih kecik tak boleh keluar dr perut mama lagi..kena tunggu dia besar dulu  nanti baru boleh baby keluar..

Tak...nak..yayat tak nak baby besar..yayat nak baby kecik...Last-last kami tinggalkan dia bersama doktor..

Puas pujuk dia nak ajak balik...haish...anak..anak..macam-macam pe'el iyer..Sabor la....

Sekian...akhirnya pukul 2 lebih baru sampai ke rumah...


Perkembangan janin - hamil 15 minggu





Perkembangan janin - hamil 15 minggu

Salam semua kawan-kawan blogger..Saya sambung balik artikel yang pernah saya kongsikan dari http://www.babycenter.com.my sedikit waktu dahulu. Last entry..Info kehamilan bertarikh 13 January, 2011 dan tajuk n3 -PERKEMBANGAN BAYI DARI BULAN KE BULAN {5-6 BULAN}

Untuk pengetahuan semua..artikel ini disambung penulisannya kerana penulis sekaraang sedang mengandung 15 minggu (anak ke-5). Tak sangka di usia begini Allah masih mengurniakan rezeki untuk kami menimang zuriat yang kelima...InsyaAllah...

Oleh itu, walaupun artikel last tu sudah lebih setahun berlalu dan telah menerangkan perihal janin / kandungan semasa berusia 5-6 bulan...Hari ni saya nak mula semula pada minggu ke 15 selari dengan kandungan saya yang seusianya...moga ianya menjadi diari kehidupan saya di samping panduan untuk blogger yang lain...

"Anda mungkin tidak sedar ianya berlaku, tetapi penghuni kecil anda kerap tersedu-sedu, satu perlakuan yang dikuasai bayi sebelum bernafas. Bayi tidak mengeluarkan sebarang bunyi sebab trakea mereka bertakung air dan bukan udara.

Walaupun badan anda telah naik berat antara 5 ke 10 paun / 2.2 ke 4.5 kilogram, berat fetus anda hanya sekitar 2.5 auns / 70 gram. Panjangnya dari mercu kepala ke punggung hampir 4 inci / 11 sentimeter. Kaki membesar sehingga lebih panjang dari lengan, kuku sudah terbentuk sempurna dan semua sendi dan anggota boleh bergerak. Anda mungkin dapat mengetahui jantina bayi anda dengan ujian ultrasound, sebab genital luarannya sudah berkembang sehinggakan doktor sudah dapat memberitahu anda samada anak itu lelaki ataupun perempuan.

Jika sebelum ini idea yang anda akan mendapat seorang bayi itu belum begitu nyata, anda akan betul-betul sedar yang ini satu hakikat apabila bayi anda bergerak untuk pertama kali. Ramai bakal ibu merasakan pergerakan (diberi nama 'gerakan pertama' di antara minggu ke-16 hingga minggu ke-20. Jika anda sudah biasa hamil, anda akan menyedari perkara-perkara seperti ini lebih awal lagi. Yang anda sangkakan perut berderam-derum mungkin bayi anda bergerak tunggang terbalik. Rekodkan bila anda mula merasakan pergerakan bayi dan beritahu doktor anda apabila berjumpa dengan dia nanti. Kehamilan di tahap pertengahan ini adalah masa yang baik untuk anda mula bersenam.
Nota: Pakar-pakar menyatakan bahawa setiap bayi berkembang secara berlainan - walaupun semasa dalam kandungan."

 

 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nak Order / Beli barang? Sila isi borang dulu ye..

Name:
Phone No / Tel:
Email Address:
Sila jelaskan nama barang dan kuantiti
Alamat
Total kena bayar

Put a website form like this on your site.

Followers