Jom Klik

Saturday, June 23, 2012

Pemenang Exclusive Giftway!! ..Kain Pasang Raya 2012

Alhamdulillah akhirnya kain pasang itu milikku jua...




Terima kasih banyak2 kepada Tuan penganjur..Semoga Allah murahkan rezeki anda dan keluarga..


InsyaAllah - dapat baju raya dari Hadiah GA ni..seronotnya...


Pemenang Exclusive Giftway!! ..Kain Pasang Raya 2012..

Salam semua...para peserta GA,

Kini tibalah masa pengumuman 3 peserta bertuah yang memenangi Exclusive Giftway!! ..Kain Pasang Raya 2012.. Peserta adalah seramai 75 orang. Pemberian nombor bertuah berdasarkan turutan penyertaan yang terdapat di ruang komenExclusive Giftway!! ..Kain Pasang Raya 2012.. Pemilihan peserta adalah muktamad menggunakan Random.org...


 Hadiah Tempat Pertama + Satu Hadiah Misteri


 Pemenang Tempat Pertama : Hawa (34)


  1. Saya dah join….

    http://dmanjapenawar.blogspot.com/2012/06/exclusive-giveaway-kain-pasang-raya.html

    id blog : dmanja
    id FB : shderaman
    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sis Hawa,

      Anda adalah pemenang GA tempat pertama...sila email kami nama penuh, alamat penghantaran dan no phone untuk dihubungi bagi memudahkan urusan penghantaran hadiah kepada Sis...mohon reply dengan kadar segera...





Thursday, June 21, 2012

kek Zebra..

ZEBRA CAKE
Sumber: Jo's Deli Bakery
Menghasilkan 1 loyang 8" bulat

Bahan-bahannya
6 biji telur yang kecil (Diana gunakan 4 biji telur Grade B)
110 gram gula kaster
150 gram tepung kek
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu besar ovalette
100 gram mentega, dicairkan
30 gram susu pekat manis
1 sudu teh esen vanilla

2 sudu teh serbuk koko
3 - 4 sudu besar air
1 sudu teh coklat emulco

Hirisan badam/ badam cincang

Cara-caranya
1. Panaskan ketuhar pada suhu 170 darjah C. Lenser dan salutkan tepung pada loyang bulat 8".
2. Ayak tepung dan baking powder. Ketepikan.


3. Pukul telur, tepung yang telah diayak, gula kaster dan ovalette dengan kelajuan tinggi selama 10 minit atau sehingga adunan tepung menjadi pekat dan kental.


4. Masukkan mentega cair, susu pekat manis dan esen vanilla dan putar menggunakan kelajuan perlahan sehingga sebati.
5. Bahagikan adunan kepada dua bahagian dan warnakan coklat pada satu bahagian.
6. Menggunakan sudu besar, sendukkan 3 sudu besar adunan plain pada tengah loyang dan kemudian 3 sudu besar adunan coklat. Selepas setengah adunan sendukkan 2 sudu besar dan kemudian seterusnya 1 sudu besar pada akhir aduanan habis. Mulakan dengan adunan plain dan akhirkan juga dengan adunan plain.


7. Taburkan dengan hirisan badam/ badam cincang dan bakar pada suhu 170 darjah C selama 35 minit.
8. Biarkan kek sejuk selama 10 minit selepas dibakar dan kemudian boleh dikeluarkan dari loyang pembakar.

Nota:
1. Jangan gantikan susu pekat manis dengan susu segar/ UHT kerana ini akan membuat adunan tepung menjadi cair dan susah bila hendak melapis.
2. Air yang dicampurkan dengan serbuk koko dan coklat emulco boleh digantikan dengan susu segar.
3. Elakkan menggunakan tepung gandum/ tepung serbaguna, jika boleh. Bila memukul tepung pada kelajuan tinggi, gluten dalam tepung akan membina dan ini akan menyebabkan anda mendapat kek yang kenyal bila digigit.
4. Bila menggaul cecair coklat kedalam adunan, gaul satu arah pusingan dan jangan keterlaluan yang mungkin akan mengakibatkan adunan menjadi cair.
5. Sebaiknya mulakan dan akhir proses melapis dengan adunan plain.








Biro bantuan Guaman Negeri Johor

15) Johor Biro Bantuan Guaman Negeri Johor                               (O) 07-223 4960

Tingkat 6, Bangunan Pusat Profesional                                          (F) 07-224 7169

Jalan Dato' Syed Mohamad Mufti

80000 Johor Bharu

Untuk dapatkan peguam Syariah - sila isi borang di Pejabat Biro Guaman Negeri Johor.

Sila bawa: 1) IC (pastikan IC - alamat sama dengan tempat tinggal sekarang).
2) Sijil Nikah
 3) semua surat beranak anak
4) Laporan Pejabat kadi Kluang,
5) Laporan polis jika ada...

Friday, June 8, 2012

Exclusive Giveaway!! Kain pasang raya 2012

http://ynecollectionkainpasang.blogspot.com


Dah lama sangat tak join Give Away. Walaupun tak pernah menang pon tapi setiap kali masuk mesti dalam hati tu mengharapkan agar akulah antara pemenang itu...


Yelah...rezeki itu di tangan Allah..Kita usaha je..kalau memang Alhamdulillah..kalau tak..cuba lagi..he..he..


Jom kita ramai-ramai join GA ni.. kalau menang boleh buat baju raya..Raya dah dekat ni..
Kalau tak menang boleh juga pilih dan beli kain pasang mana yang berkenan dalam blog kawan kita ni..


Antara hadiah yang ditawarkan adalah:



Hadiah Tempat Pertama + Satu Hadiah Misteri

Hadiah Tempat Kedua + Satu Hadiah Misteri
Hadiah Tempat Ketiga + Satu Hadiah Misteri

Sesiapa yang berminat silalah klik banner di atas untuk lihat syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak penganjur..




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nak Order / Beli barang? Sila isi borang dulu ye..

Name:
Phone No / Tel:
Email Address:
Sila jelaskan nama barang dan kuantiti
Alamat
Total kena bayar

Put a website form like this on your site.

Followers