Jom Klik

Saturday, February 18, 2012

A Trip to Mines Wonderland By NurNabilah Huda


Mines Wonderland  Slideshow: Nurnabilah’s trip from Putrajaya, Selangor, Malaysia to  was created by TripAdvisor. See another Selangor slideshow. Create your own stunning free slideshow from your travel photos.


Mulanya ingatkan Kak Long nak ajak pergi Mines Wonderland...Rupa-rupanya dia dah buat video trip semasa kitaorang semua gi ke Wonderland dulu.. Dah lama sangat koleksi gambar-gambar ni....Ye lah Kak Long pon MakCu boleh dukung...umur berapa masa tu yek?


Sekarang Kak Long dah nak masuk 12 tahun...Fatin pun dah nak masuk 9 tahun...



Friday, February 17, 2012

Keadaan Janin ketika Al Quran dibacakan

Subhanallah...



Marilah kita semua banyak membaca Al Quran ketika sedang melalui tempoh kehamilan...Semoga anak-anak yang bakal dilahirkan menjadai anak yang taat kepada ibu bapa, perintah Allah dan Rasulnya..

Aamin..

Thursday, February 16, 2012

Keajaiban Ciptaan Allah - Kejadian seorang manusia



Ya Allah, maha Sucimu yang telah menciptakan kami dari setitis mani, segumpal darah...Peliharalah diri kami, pasangan kami, anak-anak zuriat keturunan kami dari siksa api nerakaMu ya Allah...Kurniakan kami semua kekuatan untuk menunaikan segala perintahMu ya Allah.

Jadikan kami dari golongan mereka yang beriman dan beramal soleh, sabar dan bersyukur atas segala ujian dan nikmat yang engkau berikan...

Terima kasih Allah atas kurniaanMu kepada kami..

Aamin..

Wednesday, February 15, 2012

Panduan Kehamilan ikut Sunnah Rasulullah S.A.W

Alhamdulillah...berkesempatan menjenguk ke blog Mama Yatie dan saya sangat berkenan dengan sedutan tazkirah yg dikongsikan di blognya. Saya kongsikan di blog ini untuk tatapan semua yang sudi singah di blog ini...juga panduan untuk diri sendiri...Insya Allah..



Semoga dapat memberi manfaat kepada semua..

Tuesday, February 14, 2012

Bergaul Dengan Kanak-Kanak Cara Rasulullah SAW

Sempena Maulidur Rasul S.A.W baru-baru ini...marilah kita bersama-sama menghayati cara baginda bergaul dengan kanak-kanak.. Ini juga panduan untuk saya dalam mendidik anak-anak kami. InsyaAllah.



Bila saya sendiri menonton video ini terasa begitu terkesan kerana saya bukanlah ibu yang terbaik buat anak-anak saya..Maafkan mama, anak-anakku atas segala kesilapan mama, kemarahan mama terhadap kamu semua...Janganlah disimpan di dalam hati segala yang telah mama lakukan terhadap kamu. Semua itu  dilakukan adalah untuk menjadikan kamu semua insan yang lebih sempurna di dunia dan akhirat walau kengkadang agak menyakitkan...namun jauh di sudut hati mama ini...terlalu amat sayangkan kamu semua....

Mama doakan semoga kamu semua menjadi anak-anak yang soleh dan solehah. Boleh berdikari di mana sahaja kamu berada. Sayangilah adik beradik kamu kerana air yang dicincang tidak akan putus...

Doakan juga semoga mama dan papa menjadi kedua ibubapa terbaik kepada kamu semua dan semoga keluarga kita sentiasa mendapat rahmat dan keampunan Allah...

Aamin...

Monday, February 13, 2012

Kek Karamel @ Caramel Cake

Alhamdulillah akhirnya aku berpuashati juga dengan karamel kek yang aku buat sendiri...Ini adalah kali ke 5 kot..aku membuatnya...ada sekali tu tk jd keknya bantat mungkin terlalu lama semasa gaul nak sebatikan warna..maklum la nk buat kek ala-ala pelangi...



Terima kasih Kak Ina, atas tunjuk ajar walau hanya melalui skype..Aku dah lama teringin nak merasa kek karamel hasil tangan Kak Ina. Alhamdulillah hasil pertemuan kami sempena Kick Off Meeting company kat Tropicana Golf n Country Resort pada 13 Januari yang lalu..dapat juga aku merasa kesedapan kek karamel ini...tak puas makan..sedap betul...selama ini buat ikut resepi yg biasa tu..tapi kek karamel Kak Ina tebal karamelnya..lebih kurang tebal macam kat sebelah....emmm sedapnya..cuba la....

Untuk karamel setebal ini memerlukan 7 biji kuning telur...syoknya..siapa nak cepat gemuk boleh la selalu makan..he..he..he...






RESEPI KEK KARAMEL INI.


A : Karamel

2 sudu besar gula
Masukkan gula dalam Loyang (8 x 3 @ 9 inci) – panaskan di atas dapur sehingga
Gula cair dan keperangan. Guna api sederhana. Letak ketepi.

Saturday, February 11, 2012

Angry Birds



Inilah trend budak-budak sekarang...sana sini Angry Birds.. Baju ni Danial Darwisy..Terima kasih Cikyu Ayu yang murah hati memberikan baju ini kepada Danial sempena besday kedua DD pada 29 Disember 2011 yang lalu.

Danial sangat suka pakai baju ini...
Ini pulak Abang Danish Lukman punya....Suka sangat beg ni. Ini beg sekolah Danish. Tiap-tiap hari dia bawak gi sekolah PASTI dia...

Waa.aaaa....Angry Birds!..

Friday, February 10, 2012

Danish ke Tadika PASTI

Wah..abang Danish nampak bersemangatnya nak belajar pada hari kedua persekolahannya.
Eh.eh kenapa ni? Abang tak nak sekolah...nak ikut mama balik....pulak dah...ish..ish...sesi pujuk memujuk bermula...hai anak....tak bagi sekolah...nangis-nangis nak pergi sekolah...dah bagi sekolah tak nakl pergi plak..aduuuyai...







Alhamdulillah dah habis sebulan Danish Lukman pergi ke sekolah Tadika PASTI..Belum sehari dia ponteng walau kengkadang bermacam alasan untuk tidak ke sekolah....tetapi mama ngan papa masih berjaya memujuk agar dia pergi juga ke sekolah.


Hari Isnin yang lepas bersamaan dengan 13 Rabiul Awwal / 6 februari 2012 sehari selepas Hari Maulidur Rasul...PASTI Lukman membuat mengadakan sambutan Maulidur Rasul dengan ceramah Maulidur Rasul dan diadakan juga pertandingan mewarna bagi kanak-kanak...


Apa lagi Lukman...suka la dia bab mewarna ni....dapat la hadiah saguhati...


Jadi la Lukman...yang penting dapat hadiah....

Semoga Danish Lukman dapat belajar menjadi seorang muslim yang berani dan gagah dalam mengamalkan Suruhan Allah, menjauhi laranganNya..menegakkan Agama Islam di muka bumi ini dan menyemarakkan amalan sunnah Rasulullah S.A.W...

INsyaAllah....Allahu Akbar...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nak Order / Beli barang? Sila isi borang dulu ye..

Name:
Phone No / Tel:
Email Address:
Sila jelaskan nama barang dan kuantiti
Alamat
Total kena bayar

Put a website form like this on your site.

Followers