Jom Klik

Monday, August 22, 2011

ANCHOR UHT Whipping Cream - Halal ke tidak?

Sebenarnya aku dah beli whipping cream ni kat Yummie Bakeries. hajat di hati nak buat Mango Cheese Cake. Alih-alih anak sulungku baca label produk ada E471..dan berbagai E lagi la..Tanda halal memang ada tapi bukan Malaysia punya, New Zealand punya logo.

Tanya kawan2 tak de yang memberi jawapan/kepastian. masa beli tu aku confident sangat benda ni halal...entah la..(dalam hati dah terbayang...nak kena buang ke tong sampah jugak whipping cream ni..dah la beli mahal..hu.hu.hu..).

Pagi Ahad yang lepas, dengar tanyalah Ustaz di TV9 berceramah isu Halal Haram Makanan. Alhamdulillah dapat petunjuk, ada yg bertanya tentang keju dan produk tenusu keluaran luar negara, adakah ianya halal? 

Ustaz dari Jakim memberitahu, JAKIM mengiktiraf badan2 Agama luar negara yg mengeluarkan sijil halal bagi produk2 keluaran mereka. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari laman sesawang www.halal.gov.my untuk sebarang kemusykilan dan pertanyaan.... 

Malah JAKIM telah menjalinkan kerjasama erat dengan pihak KASTAM yang tidak akan melepaskan produk yg diragui status halalnya DARI LUAR NEGARA KE PASARAN MALAYSIA.

Selain aku dah confirm status Halal produk ini melalui laman web www.halal.gov.my....aku juga terjumpa juga isu 'whipping cream' ni kat satu blog Pandan Pusat Bekalan Bakeri..

Biasa kita dengar orang cakap beli barang-barang nak buat roti/kek/biskut kat BWY, Bagus, Yummie Pastry, Mak Cik dsbnya.

Pandan Bakeri ni satu lagi kedai Orang Melayu Bumiputera Islam yang senantiasa mementingkan status produk halal setiap yang dijual kepada pengguna. Selepas Vanilla Pastry (kedai Melayu kat B.Baru Bangi) ada lagi pilihan kedua yang saya dapat tahu..Di Pandan Bakeri ni boleh order dan barang dihantar melalui pos laju atau mengikut keselesaan pelanggan..

Aku nak kongsi artikel ni....ambil dari blog Pandan Bakeri

GENERIC HALAL LOGO USED IN ANCHOR WHIPPING CREAM 250ML : THE CLARIFICATION

Below are the clarification from Fonterra about the generic halal logo used in their 250ml Anchor Whipping cream. Few online and walk in enquiries on the difference of the Halal logo

 Anchor UHT Whipping Cream 1Liter (Halal Logo)
Anchor UHT Whipping Cream  250ml (Halal Logo)

Monday, August 15, 2011

15 Ramadhan dah...

Alhamdulillah...hari ini sudah 15 hari umat Islam menunaikan ibadah puasa..Alhamdulillah juga anak sulungku Nurnabilah Huda masih bertahan walaupun Jumaat lepas kami sekeluarga balik ke kampungku di Pahang dia masih berjaya meneruskan puasanya.

Iye la kalau nak diikutkan kami boleh berbuka sebab dalam keadaan musafir..Kak Long siap tengok meter kereta tuh..mama dah sampai 200km..boleh la kakak berbuka ye...sabor je la...

Kak Ngah - NurFatin Qistina - awal-awal lagi sudah berbuka puasa...dia dah tinggal 2 hari puasanya..alhamdulillah..tahun ni jauh lebih baik dari tahun sebelumnya...

Seronok betul balik ke kampung dan dapat berbuka juga bersahur bersama emak dan adik-adik...Petang Jumaat kami berbuka puasa dengan lauk udang masak sambal petai, ketam masak lemak cili api..Kuih pula badak berendam dan buah Melaka pulut hitam...Lauk semuanya sedap-sedap...cuma kuih kureng sket..maklum la aku yang buat sendiri..konon nak cuba resepi baru...pakai pulut hitam..sekali kuihnya keras la plak..biasanya emak buat buah melaka sekali ngan buah Melaka kukus sedap je..lembut...adoi la..

Hari sabtu kami pergi 'shopping' raya kat bandar Triang..Aduih la letih melayan anak-anak berlari ke sana, ke sini..jap-jap hilang...Sudahnya kitaorang balik sampai ke rumah..dah kul 3.30pm. Petang tu beli ayam golek seekor dan kami masak nasi beriani...Alhamdulillah gembira tengok emak suka makan nasi beriani..Sekilo beras basmathi Faiza Moghul..boleh makan sampai ke sahur..itu pun ada lagi sket..emak suruh simpan berbuka esok dia nak makan lagi...Kami makan nasi beriani ngan ayam golek dan sotong masak kicap je...aci tak? 






Monday, August 1, 2011

Ahlan Wa Sahlan Ramadhan Ya Karim

Bulan Ramadhan adalah bulan Allah...Rebutlah ganjaran rahmatNya di bulan ini..
Alhamdulillah, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki. Bertemu sekali lagi kita dengan Ramadhan pada tahun ini. Saat ini baru lepas memasak nasi untuk sahur nanti. Jam dikunci pukul 4 pagi untuk kejutkan seluruh ahli keluarga bersahur...


Alhamdulillah, semalam sudah siap masak ayam masak merah kegemaran suami dan anak-anak untuk bersahur nanti. Sedikit sayur campur sudah disiapkan cuma belum digoreng...


Semoga anak-anak mudah bangun sahur dan dapat berpuasa penuh pada tahun ini.


Kepada semua, selamat bersahur, berbuka, berterawikh. Saya memohon maaf Zahir dan Batin sempena bulan yang mulia ini. Jika ada saya berhutang dan be;um dibayar lagi, mohon diberitahu untuk dijelaskan....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nak Order / Beli barang? Sila isi borang dulu ye..

Name:
Phone No / Tel:
Email Address:
Sila jelaskan nama barang dan kuantiti
Alamat
Total kena bayar

Put a website form like this on your site.

Followers