Jom Klik

Thursday, December 29, 2011

Cinnamon Pull APart Bread - Yummy...






Salam semua, alhamdulillah anak-anak dah kembali ke pangkuan Mama ngan Papa dan sedang membilang hari untuk menyambung sesi persekolahan 2011..

Terima kasih Tok Wan ngan Mak Lang yang sabar melayan kerenah puteri-puteriku..

Alhamdulillah besday Danial Darwisy yang sepatutnya disambut hari ini kami sambut awal 2 hari di kampung bersama dengan Tok Wan...

Danial Darwisy sudah 2 tahun hari ini. Selasa pagi kami makan roti Cinnamon yang ternyata memang sedap...terima kasih kawan-kawan blog yg sibuk bercerita tentang keenakan roti ini. Oleh kerana cerita-cerita kalian yg begitu menarik aku telah berusaha untuk menjadikan Cinnamon Pull APart Bread suatu kenyataan.

Pagi ini kami sekeluarga menjamah lagi roti ini...alhamdulillah dapat juga dibawa ke pejabat hari ini bersama cempedak goreng.

Terima kasih emak kerana membekalkan 3 biji buah cempedak..sudah 2 pagi kami makan cempedak goreng yg begitu enak...

Cinnamon Pull APart Bread

Recipe: Joy the Baker

source : Shidah &  K.Nor



For the Dough

2 3/4 cups plus 2 tbs tepung gandum

1/4 cup gula kasar

2 1/4 sudu kecik yeast

1/2 sudu kecik garam

4 tbs butter

1/3 cup susu penuh krim

1/4 cup air

2 biji telur (size A)

1 sudu kecil Vanilla extract



For the Filling



1 cup gula kasar ~ sy guna Cuma 2/3 jer.

2 sudu kecil serbuk kayu manis (cinnamon) 

1/2 sudu kecil serbuk buah pala (nutmeg) ~ sy skip sbb tak ada stok

4 tbs butter - dicairkan sehingga menjadi brown

Friday, December 23, 2011

Rindu Kamu...Rindu itu amat perit....

Rindu..rindu......aku rindu...aku rindu...waa..waa..dah 9 hari Kak Long ngan Kak Ngah kat kampong Tok Wan....sunyinya tak de kamu berdua....


Kak Long ngan Kak Ngah ngan Danish 

Adik (Danish Lukman) ada satu malam tu dia cakap ngan mama, nak tahu apa dia cakap? Mama...mama...Man sayang kakak...ye ke (mama tanya)..sayang sikit ke sayang banyak? Adik jawab sayang banyak.....

Kadang2 dia tanya lagi...mama, kenapa kakak dekat kampung mama? Ala..laaa sedih la mama dengar soklan dia tuh...

Masa hari pertama (Khamis pagi) minggu lepas kakak dah bertolak ke Pahang dengan Papa, adik Man tak nak turun dr kereta bila sampai taska. Puas mama pujuk..Dia kata dia nak balik kampung..jom la balik kampung...

Sabar ye..anak-anak Mama ngan Papa semua..hujung minggu ni kami akan balik ke Felda Purun..InsyaAllah...Rindu ngan emak (Tok Wan), rindu ngan Kak Long n Kak Ngah juga ngan Mak Lang dan Pak Cu...

Salam sayang semua...Jangan sedih-sedih.....

Luv u all....




Thursday, December 15, 2011

Ulangtahun yang ke 13

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah masih memanjangkan jodoh kami dan hidup bahagia bersama anak-anak tersayang.
Kek Strawberi khas untuk Anniversary kami yang ke-13..
13 Disember 1998 - kami diijabkabulkan berwalikan arwah abah yang telah kembali ke rahmatullah pada April 1999 - 5 hari selepas kami mengadakan kenduri walimah di sebelah 
keluarga suami.


Nurnabilah Huda dilahirkan pada 05052000...sekarang sudah menginjak usia remaja..Sangat teruja dengan dunia komputer dan suka sangat buku-buku....Alhamdulillah - semoga dia terus membesar menjadi seorang yang cemerlang di dunia dan akhirat.


NurFatin Qistina, puteri kedua selamat dilahirkan pada 16072003..Tahun depan umurnya mencapai 9 tahun. Pandai mengurut mamanya yang keletihan/kesakitan. Alhamdulillah, semoga Allah menjadikan kamu anak yang solehah, baik budi pekerti dan menjadi manusia yang cemerlang di dunia dan akhirat.


Setelah 2 puteri dizuriatkan, Allah tambahkan rezeki dengan 2 putera lagi Danish Lukman dan Danial Darwisy. 


Danish Lukman dilahirkan di Hospital PakarANNUR Khasanah, BB Bangi pada 19112007. Si bongsu Danial Darwisy juga dilahirkan pada 29122009 di tempat yang sama dengan abangnya juga disambut oleh doktor yang sama.


Terima kasih abang atas perkongsian hidup ini..Semoga kita akan lebih cemerlang di dunia dan juga di akhirat..InsyaAllah..



Monday, December 5, 2011

Menjelang Hari Asyura pada 10 Muharram

Ni la contoh gambar bubur asyura yang dulu-dulu selalu dapat. Cuma warna ni cerah sikit. Biasa makan masa kecil-kecil dulu warnanya kelabu atau hitam..

Menjelang Hari Asyura pada 10 Muharram

Hari Asyura tahun ini pada 6.12.2011 bersamaan 10 muharram 1433 hijrah.

Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram):
1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya – Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya – Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
3. Menahan marah. Fadilatnya – Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya – Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya – Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
6. Bersedekah. Fadilatnya – Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati.
7. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
8. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya – Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
9. Mandi Sunat. Fadilatnya – Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: “Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.”
10. Bercelak. Fadilatnya – Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
11. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000 kali. Fadilatnya – Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
12. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya – Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: “Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala.” Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11 kali.
13. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat – Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
14. Puasa. Niat – “Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.” Fadilat – Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.
dari laman web al-azim.com

Semoga kita tidak terlepas melakukan amalan sunat menjelang hari Asyura. Pada hari asyura juga selalunya kita menikmati manisnya bubur Asyura. Seronoknya terkenang zaman kecil-kecil dulu kat kampung mesti dapat makan bubur asyura yang telah beku dan dipotong-potong.

-Hawa-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nak Order / Beli barang? Sila isi borang dulu ye..

Name:
Phone No / Tel:
Email Address:
Sila jelaskan nama barang dan kuantiti
Alamat
Total kena bayar

Put a website form like this on your site.

Followers