Jom Klik

Saturday, April 25, 2009

SALINDAH SET LENGKAP

SALINDAH SET LENGKAP

Bagi wanita, kehamilan atau mengandung adalah suatu pengalaman yang tidak sama dengan pengalaman-pengalaman lain yang pernah dilalui, terutamanya wanita yang mengandung untuk kali pertama. Ada yang tersangat gembira dengan berita kehamilan itu dan ada pula yang menjadi bimbang dan cemas terutamanya bila menjelang waktu-waktu hampir melahirkan anak. Ini berlaku kerana mungkin bakal ibu ini pernah mendengar pelbagai khabar bagaimana susahnya untuk melahirkan anak.

Setelah menyedari masalah yang dihadapi kaum wanita semasa mengandung, Prof. Dr. Azizan bin Hj. Ismail telah mengkaji secara mendalammengenai kehamilan dari semua aspek dan kemudian berusaha menghasilkan suatu rencana makanan jagaan rawatan ibu dan anak yang dikandung. Dengan adanya rencana makanan ini, maka kaum wanita dapata melalui zaman kehamilan dan dapat melahirkan anak dengan aman tenteram, jauh daripada rasa takut, cemas dan bimbang, terhindar daripada aneka rupa masalah waktu mengandung, semasa bersalin dan selepas bersalin. Dengan itu mengandung dan bersalin akan menjadi suatu pengalaman yang dapat dinikmati. Rencana makanan jagaan dan rawatan kehamilan ini telah banyak berbakti kepada kaum ibu, dan telah mendapat sanjungan di kalangan ibu dan para doktor, bukan hanya dari dalam Malaysia malah juga oleh mereka dari luar negara. Prof. Dr. Azizan menamakan rencana jagaan dan rawatan kehamilan ini sebagai SALINDAH.

Antara masalah yang kerap dihadapi oleh kaum ibu semasa mengandung ialah seperti loya,muntah, pening pising, kurang selera makan, ada kecenderungan berdarah dari rahim, keguguran, sakit gigi, lenguh dan bisa tulang, pedih hulu hati, kembung dan memulas dalam perut, sembelit, krem-krem (simpul biawak), aluran dalam vena lembab, vena varikos, berat badan meningkat, tekanan darah tinggi, bengkak kaki, bersalin tidak cukup bulan, atau lebih tempoh, sakit dicabang peha dan kedudukan anak songsang. Kemudian terdapat pula masalah selepas bersalin, seperti tersangkut uri, tumpah darah, sakit meroyan, rahim gelincir, sembelit, kencing tertahan, kurang susu dan sebagainya. Insya'Allah dengan mengambil SALINDAH sebahagian daripada masalah yang dinyatakan itu dapat diatasi ataupun diringankan kesannya.

Bagi mereka yang mengambil rencana SALINDAH ini adalah dinasihatkan agar sekali sekala ke pusat pemeriksaan kehamilan untuk memeriksa kandungannya. Oleh kerana ada di antara ibu yang menggunakan SALINDAH bersalin tanpa bidan yang menyambut kelahiran bayinya, maka adalah disarankan agar segera mendapatkan bidan ataupun di bawa kehospital apabila terasa sahaja hendak bersalin walaupun ras sakit tidak bersungguh.

Hasil kajian yang begitu lama, SALINDAH mulai diperkenalkan kepada masyarakat sejak tahun 1980. SALINDAH merangkumi kedua peringkat dari sebelum bersalin sampai waktu lepas bersalin. SALINDAH Set Lengkap mulai dari 3 bulan hamil dan tamat pada habis waktu pantang, iaitu kira-kira 40 hari lepas bersalin. Bagi ibu yang mengambil SALINDAH Set Lengkap ini maka ia memperolehi keseluruhan kebaikannya. Perlu juga dinyatakan di sini bahawa rencana makanan jagaan dan rawatan ibu hamil ini disediakan daripada ubat-ubatan menurut kaedah Homeopati dan Biokimia yang telah memang dimaklumkan tidak boleh mendatangkan sebarang kesan sampingan atau keracunan.

Semasa mengandung ibu-ibu adalah dinasihatkan agar menjaga makan minumnya. Prof. Dr. Azizan yakin bahawa banyak daripada masalah-masalah kesihatan yang dideritai oleh bayi yang baru lahir dan kanak-kanak seperti jantung berlubang, penyakit kunung, cacat anggota tertentu, leukimia, thalassemia dan lain-lain lagi ada kaitannya dengan amalan makan minum ibu sewaktu hamil.




Catatan: lbu yang menggunakan SALINDAH dari item B1 (bermula dari 12 minggu hamil) akan memperolehi anak yang sihat, segar, pintar cerdas, keras tulang dan gigi, subur tumbesaran tubuh, dan sukar didatangi penyakit, Insya'Allah.


Catatan: Kalau bayi dalam kandungan songsang, bolehlah minta bidan betulkan. Tapi kalau masih juga berpusing songsang, jangan diganggu lagi, takut nanti tali pusat berpintal pada leher dan anggota bayi. Insya Allah, bila sampai waktu bersalin, bayi akan berpusing betul, kesan daripada remedi item B6.


Catatan: IBU boleh guna barut dan tungku panas jika mahu. Pantang terus kopi, cili, kari, makanan berempah, paling tidak sehingga 2 minggu selepas bersalin. Ubat lepas bersalin ini dirumus bersama akar kayu dan bahan-bahan herba. Tidak perlu guna ubat-ubatan lain. Jika ANAK yang dilahirkan kelihatan kuning (berpenyakit kuning) dapatkan remidi khas untuk itu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nak Order / Beli barang? Sila isi borang dulu ye..

Name:
Phone No / Tel:
Email Address:
Sila jelaskan nama barang dan kuantiti
Alamat
Total kena bayar

Put a website form like this on your site.

Followers