Jom Klik

Saturday, April 25, 2009

SALINDAH SET LENGKAP

SALINDAH SET LENGKAP

Bagi wanita, kehamilan atau mengandung adalah suatu pengalaman yang tidak sama dengan pengalaman-pengalaman lain yang pernah dilalui, terutamanya wanita yang mengandung untuk kali pertama. Ada yang tersangat gembira dengan berita kehamilan itu dan ada pula yang menjadi bimbang dan cemas terutamanya bila menjelang waktu-waktu hampir melahirkan anak. Ini berlaku kerana mungkin bakal ibu ini pernah mendengar pelbagai khabar bagaimana susahnya untuk melahirkan anak.

Setelah menyedari masalah yang dihadapi kaum wanita semasa mengandung, Prof. Dr. Azizan bin Hj. Ismail telah mengkaji secara mendalammengenai kehamilan dari semua aspek dan kemudian berusaha menghasilkan suatu rencana makanan jagaan rawatan ibu dan anak yang dikandung. Dengan adanya rencana makanan ini, maka kaum wanita dapata melalui zaman kehamilan dan dapat melahirkan anak dengan aman tenteram, jauh daripada rasa takut, cemas dan bimbang, terhindar daripada aneka rupa masalah waktu mengandung, semasa bersalin dan selepas bersalin. Dengan itu mengandung dan bersalin akan menjadi suatu pengalaman yang dapat dinikmati. Rencana makanan jagaan dan rawatan kehamilan ini telah banyak berbakti kepada kaum ibu, dan telah mendapat sanjungan di kalangan ibu dan para doktor, bukan hanya dari dalam Malaysia malah juga oleh mereka dari luar negara. Prof. Dr. Azizan menamakan rencana jagaan dan rawatan kehamilan ini sebagai SALINDAH.

Antara masalah yang kerap dihadapi oleh kaum ibu semasa mengandung ialah seperti loya,muntah, pening pising, kurang selera makan, ada kecenderungan berdarah dari rahim, keguguran, sakit gigi, lenguh dan bisa tulang, pedih hulu hati, kembung dan memulas dalam perut, sembelit, krem-krem (simpul biawak), aluran dalam vena lembab, vena varikos, berat badan meningkat, tekanan darah tinggi, bengkak kaki, bersalin tidak cukup bulan, atau lebih tempoh, sakit dicabang peha dan kedudukan anak songsang. Kemudian terdapat pula masalah selepas bersalin, seperti tersangkut uri, tumpah darah, sakit meroyan, rahim gelincir, sembelit, kencing tertahan, kurang susu dan sebagainya. Insya'Allah dengan mengambil SALINDAH sebahagian daripada masalah yang dinyatakan itu dapat diatasi ataupun diringankan kesannya.

Bagi mereka yang mengambil rencana SALINDAH ini adalah dinasihatkan agar sekali sekala ke pusat pemeriksaan kehamilan untuk memeriksa kandungannya. Oleh kerana ada di antara ibu yang menggunakan SALINDAH bersalin tanpa bidan yang menyambut kelahiran bayinya, maka adalah disarankan agar segera mendapatkan bidan ataupun di bawa kehospital apabila terasa sahaja hendak bersalin walaupun ras sakit tidak bersungguh.

Hasil kajian yang begitu lama, SALINDAH mulai diperkenalkan kepada masyarakat sejak tahun 1980. SALINDAH merangkumi kedua peringkat dari sebelum bersalin sampai waktu lepas bersalin. SALINDAH Set Lengkap mulai dari 3 bulan hamil dan tamat pada habis waktu pantang, iaitu kira-kira 40 hari lepas bersalin. Bagi ibu yang mengambil SALINDAH Set Lengkap ini maka ia memperolehi keseluruhan kebaikannya. Perlu juga dinyatakan di sini bahawa rencana makanan jagaan dan rawatan ibu hamil ini disediakan daripada ubat-ubatan menurut kaedah Homeopati dan Biokimia yang telah memang dimaklumkan tidak boleh mendatangkan sebarang kesan sampingan atau keracunan.

Semasa mengandung ibu-ibu adalah dinasihatkan agar menjaga makan minumnya. Prof. Dr. Azizan yakin bahawa banyak daripada masalah-masalah kesihatan yang dideritai oleh bayi yang baru lahir dan kanak-kanak seperti jantung berlubang, penyakit kunung, cacat anggota tertentu, leukimia, thalassemia dan lain-lain lagi ada kaitannya dengan amalan makan minum ibu sewaktu hamil.




Catatan: lbu yang menggunakan SALINDAH dari item B1 (bermula dari 12 minggu hamil) akan memperolehi anak yang sihat, segar, pintar cerdas, keras tulang dan gigi, subur tumbesaran tubuh, dan sukar didatangi penyakit, Insya'Allah.


Catatan: Kalau bayi dalam kandungan songsang, bolehlah minta bidan betulkan. Tapi kalau masih juga berpusing songsang, jangan diganggu lagi, takut nanti tali pusat berpintal pada leher dan anggota bayi. Insya Allah, bila sampai waktu bersalin, bayi akan berpusing betul, kesan daripada remedi item B6.


Catatan: IBU boleh guna barut dan tungku panas jika mahu. Pantang terus kopi, cili, kari, makanan berempah, paling tidak sehingga 2 minggu selepas bersalin. Ubat lepas bersalin ini dirumus bersama akar kayu dan bahan-bahan herba. Tidak perlu guna ubat-ubatan lain. Jika ANAK yang dilahirkan kelihatan kuning (berpenyakit kuning) dapatkan remidi khas untuk itu.

Tuesday, March 24, 2009

Bio Lac is the best

Assalamualaikum...

Saya ingin berkongsi kebaikan susu formula Bio Lac dan mempromosikan
kepada semua rakan-rakan.

Bercakap tentang susu untuk bayi kita tentulah yang TERBAIK adalah susu
ibu. Susu rumusan hanyalah alternatif jika si ibu tidak berkemampuan
atau berupaya untuk menyusukan bayinya sepenuh masa.

Bio Lac adalah keluaran Bumiputra Islam pertama di Malaysia.
Ia diperbuat dari susu lembu gred A yang diimport dari New Zealand
(Negara yang jauh dari pencemaran alam dan sisa toksik bhn kimia akibat
peperangan).

Susu ini telah dirumus oleh Allahyarham Prof. Dr Azizan Ismail dari
ERAEDAR Marketing (pengeluar produk Minda EXAMO CKM 500 & CKM 500+),
dikeluarkan di kilang mereka sendiri yang bertaraf GMP. Merupakan susu
yang dipasteur mengandungi kombinasi khas garamtisu biokimia yang
diformulasikan oleh Prof.Dr.Azizan Ismail. *_Membantu pertumbuhan dan
perkembangan fizikal,emosi dan sahsiah kanak-kanak. _*

Selain itu susu ini sangat sedap dan disukai bukan sahaja bayi dan
kanak-kanak malah golongan dewasa turut menggemarinya.

Istimewanya susu Bio Lac ini - ianya boleh dibancuh tanpa menggunakan
air panas atau suam. Cuma guna air sejuk atau mineral sahaja susu bayi
anda dapat disediakan.

Susu Rumusan ini kaya dengan zat makanan seperti berikut:
*kandungan KALSIUMnya membantu dalam perkembangan tulang dan gigi yang kuat.
*kandungan PROTEINnya membantu membina dan membaiki tisu badan
*kandungan MAGNESIUMnya menggalakkan penyerapan dan pengekalan kalsium
*kandungan VITAMIN B2nya diperlukan utk melepaskan tenaga daripda
protein, lemak dan karbohidrat.
*kandungan VITAMIN B12nya diperlukan untuk menghasilkan sel arah merah
*kandungan VITAMIN Cnya meningkatkan penyerapan zat besi daripada sumber
bukan daging
*kandungan VITAMIN D3nya membantu tubuh badan menggunakan kalsium dan
fosforus.

Selain itu tambahan garamtisu biokimianya memberi menjadikan susu ini
lebih istimewa kerana ianya membantu:

*Kesuburan, pertumbuhan dan pengembangan fizikal, emosi dan mental.
*Kecergasan dan kecerdasan
*Mencegah gangguan kesihatan, demam, selesema, batuk dan ruam.
*Menyihatkan kulit dan rambut, menguatkan tulang dan gigi.
*Membuang bahan toksid dalam badan.
*Membaiki penghadaman, pencernaan dan perkumuhan.
*Mengurangkan ragam tangis dan memudahkan penjagaan.

Sesuai untuk bayi seawal baru lahir. Sebaiknya untuk diberi kepada bayi
gunakan air suam supaya bayi tidak kembong.

Pengalaman sendiri:
Anak kedua saya sebelum ini telah mengalami buasir yg teruk walau baru
berumur tidak sampai setahun. Setelah berubat dengan pakar dan menukar
penggunaan susu rumusan kepada Bio Lac - penyakitnya sembuh dan tidak
mengalami kesukaran untuk membuang air besar lagi. Fizikalnya juga tegap
dan cergas. Jarang demam, batuk dan selsema.

Sesiapa yang berminat boleh hubungi saya atau just reply email ini.

Sekian, terima kasih.


Jom tengok ----> baby Salindah at http://cthawa.fotopages.com/?entry=1443058
--
Siti Hawa Deraman
Dapatkan EXAMO/SALINDAH/BIOLAC
019 3962053

Wednesday, March 18, 2009

DManja Penawar

Kami menawarkan produk-produk Minda, Kesihatan, herba dan aromatherapi. Kami menawarkan produk berasaskan homeopathi, biokimia, herba dan aromatherapi.

Sila dapatkan produk-produk terlaris kami Examo CKM 500 & Examo CKM 500++, Salindah, Susu Bio Lac, Intellac, GastroLac.

Terdapat juga produk hebat untuk wanita set Griptite juga untuk golongan lelaki set Phos X untuk menjamin kesejahteraan dan kebahgian rumahtangga anda.

Kita sering dengar saranan 'pulaukan/boikot produk Israel/Yahudi/US' tetapi adakah kita sahut seruan ini? Sejauh mana kita kotakan apa yang kita laungkan atau sebutkan... Kita bencikan Yahudi dan kafir laknatullah tetapi dalam masa yang sama kita masih memberi anak-anak susu rumusan keluaran negara mereka. Di DManja Penawar kami menawarkan produk-produk ERAEDAR yang hebat seperti Susu BioLac - susu yang diformulasi dengan garamtisu biokimia yang diperbuat dari susu Gred A dari negara New Zealand yang jauh dari pencemaran. amat sesuai untuk bayi hingga golongan dewasa. Juga terdapat susu Intellac untuk kanak-kanak sekolah dan golongan pelajar khususnya. Manakala susu gastrolac pula amat sesuai untuk segala jenis penyakit yang berkaitan dengan masalah penghadaman..

Produk-produk hebat ini dikilangkan di Homeo Lab, Jitra, Kedah satu-satunya kilang Homeopathi yang bertaraf GMP di Asia Tenggara.

Sesiapa yang berminat dan ingin mendapatkan produk-produk kami, sila hubungi:

Puan Siti Hawa - 019 3962053
Tel: Rumah 03 89435631
En.Hamidon - 019 3684545

Motto: Mencari yang Halal itu Fardhu bagi setiap umat Islam...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nak Order / Beli barang? Sila isi borang dulu ye..

Name:
Phone No / Tel:
Email Address:
Sila jelaskan nama barang dan kuantiti
Alamat
Total kena bayar

Put a website form like this on your site.

Followers